Tuesday, January 6, 2009

UMNO dan reformasi?

dari www.umno-reform.com


Sehingga hari ini arus perubahan yang mahu dilaungkan oleh UMNO semakin sepi. Langkah seakan serupa semula – dulu kini dan selamanya. Sungguhpun legasi lama menyaksikan kegemilangan UMNO namun kegemilangan itu tidak konklusif dan kemungkinan ia sementara menunggu seakan sumbu habis terbakar. Ramai antara ahli UMNO sendiri sedar akan masalah yang akan dihadapi oleh UMNO namun kesedaran ini tidak akan dapat diubah menjadi satu langkah perubahan untuk menjamin pelaksanaan yang akan menjadi pengukuran kejayaan UMNO.

Kalangan pemerhati – kerap bercerita penyelesaian adalah untuk merobohkan semula UMNO dan menggantikan atau membangunkan semula roh UMNO dengan jasad dan entiti yang mungkin berbeza. Ini mungkin caranya untuk membersihkan UMNO semula dan menerbitkan satu wadah baru bertunjangkan semangat lama agar budaya buruk dapat di kibaskan dari terus melekat di tubuh UMNO. Hujah kemelesetan UMNO bukan hadir baru-baru ini tanpa sebarang justifikasi. UMNO dan Barisan Nasional nyaris-nyaris tidak terlantar – terduduk – terbaring pada PRU 12 yang lalu. UMNO tersentap dan Barisan Nasional seakan ternganga melihat kedudukan parti yang membentuk kerajaan selama ini diserang dengan hebat sehingga hilang majoriti yang selama ini selesa di pegang oleh mereka.

Lantas paluan bermula – reformasi dalam UMNO perlu – perubahan perlu kerana anak muda hari ini menepis dan menolak UMNO – satu perkara yang akan merapatkan UMNO kepada kehancuran. Malang itu tidak penting bagi UMNO. Perjuangan Melayu itu mungkin slogan yang hanya dipalu untuk semangat dan tidak lebih dari itu. Perjuangan Melayu itu tidak relevan dan ia relevan apabila perjuangan untuk menjadikan Melayu itu kaya merujuk kepada segelintir mereka yang mewah berkuasa. Konsep kaya dengan makmur ditindih dengan kehendak dan kemahuan individu tanpa mengambil kira keperluan menyeluruh. UMNO tersasar lagi. Kali ini membentuk semula senario lama dengan mendengar bisik-bisik ahli politik veteran yang berdepan dengan krisis jurang antara generasi – ketidakfahaman – keperluan untuk berubah senada dengan generasi hari ini.


Generasi hari ini memerlukan input yang lebih kritikal, justifikasi yang utuh untuk apa sahaja yang mahu dilakukan serta mereka mempersoalkan dengan lebih terperinci sebarang polisi yang mahu dilaksanakan. Kesedaran politik tinggi – partisipasi dalam isu-isu yang melibatkan rakyat dan soal-soal fundamental perlu diperjelaskan kerana mereka kini tidak akan menerima bulat-bulat apa yang sogokkan kepada mereka. Ini generasi baru – generasi yang terbuka kepada keluasan sumber informasi, generasi Internet dan media terbuka.


mullahkane- Reformis 1998 (Reformasi sebenar)

No comments:

Post a Comment

About MULLAHKANE

"I am learning to understand rather than immediately judge or to be judged. I cannot blindly follow the crowd and accept their approach. I will not allow myself to indulge in the usual manipulating game of role creation.

Fortunately for me, my self-knowledge has transcended that and I have come to understand that life is best to be lived and not to be conceptualized. I am happy because I am growing daily and I am honestly not knowing where the limit lies. To be certain, every day there can be a revelation or a new discovery. I treasure the memory of the past misfortunes. It has added more to my bank of fortitude.

I'm not in this world to live up to your expectations and you're not in this world to live up to mine.If I tell you I'm good, you would probably think I'm boasting, If I tell you I'm no good, You know I'm lying. If you don't want to slip up tomorrow, speak the truth today.

I am not teaching you anything. I just help you to explore yourself. Because what works well with me might not work for you, and vice-versa!"

Mullahkane