Sunday, January 18, 2009

PAS MENANG








PAS telah berjaya memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu melalui calonnya, Abdul Wahid Endut, 51 dalam pilihan raya kecil yang diadakan hari ini.
:
Kemenangan Abdul Wahid dalam persaingan sengit itu menyaksikan Adun Wakaf Mempelam itu mengalahkan BN yang diwakili oleh calon Umno, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan calon bebas Azharuddin Mamat, seorang ahli perniagaan.

:
Ini bermakna jumlah ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertambah menjadi 83 kerusi, sementara jumlah ahli Parlimen BN merosot kepada 137 orang apabila dua ahli Parlimen SAPP turut meninggalkan BN baru-baru ini.

:
PAS mendapat 32,883 undi manakala BN 30,252, sementara undi calon Bebas adalah 193 undi, di mana PAS mendapat kelebihan majoriti 2,631 undi.

:

Majoriti 2,631. UMNO hilang Kuala Terengganu P36. Apakah sebenarnya mesej rakyat Kuala Terengganu? Apa mesej pengundi Melayu pada UMNO dan apa mesej pengundi Cina pada Barisan Nasional.
:
UMNO dan Barisan Nasional patut sedar bahawa keputusan ini memberi beberapa petunjuk yang perlu diambil iktibar. Apa masalah yang sebenar melanda UMNO? Kita akan memulakan perbicaraan mengenai kedudukan UMNO dan Barisan Nasional. Kenapa dan adakah benar bahawa tanda-tanda kemurungan UMNO dan BN semakin jelas?
:
Adakah ini menunjukkan bahawa PRU 13 nanti UMNO dan Barisan Nasional akan berdepan dengan kedudukan yang lebih getir dari PRU 12. Adakah ini kerana faktor calon – faktor UMNO dan BN tidak lagi di terima oleh orang Melayu – Cina dan bangsa lain menolak BN atau strategi UMNO dan BN dalam pilihan raya sudah usang – tidak lagi di terima dan pengumuman pembangunan – peruntukkan wang pembangunan sewaktu pilihan raya adalah satu pancingan yang tidak di terima lagi. Bayangkan Najib dalam Malaysia Hari Ini beberapa hari sudah, memberitahu bahawa beliau telah menandatangani cek bernilai 400 juta lebih untuk pembangunan Kuala Terengganu – namun tidak memberi kesan kepada keputusan pilihan raya. :
Kenapa tidak berubah – kenapa UMNO dan BN masih bergantung pada strategi ortodoks untuk berdepan dengan pilihan raya? Apa pun – kehadiran Ezam Mohd Nor – semakin membawa parah. Kehadirannya tidak membantu – malah lebih mendukacitakan. UMNO kena sedar – heret Ezam Mohd Nor – minta dia bongkar rahsia Anwar baik di Permatang Pauh dan hari ini di Kuala Terengganu – maka semakin parah UMNO dalam pilihan raya.

:

Itulah dia, trend tsunami politik akan berterusan sehingga Pakatan Rakyat menaikkan bendera-benderanya di Putrajaya.

:
Apa kata anda

No comments:

Post a Comment

About MULLAHKANE

"I am learning to understand rather than immediately judge or to be judged. I cannot blindly follow the crowd and accept their approach. I will not allow myself to indulge in the usual manipulating game of role creation.

Fortunately for me, my self-knowledge has transcended that and I have come to understand that life is best to be lived and not to be conceptualized. I am happy because I am growing daily and I am honestly not knowing where the limit lies. To be certain, every day there can be a revelation or a new discovery. I treasure the memory of the past misfortunes. It has added more to my bank of fortitude.

I'm not in this world to live up to your expectations and you're not in this world to live up to mine.If I tell you I'm good, you would probably think I'm boasting, If I tell you I'm no good, You know I'm lying. If you don't want to slip up tomorrow, speak the truth today.

I am not teaching you anything. I just help you to explore yourself. Because what works well with me might not work for you, and vice-versa!"

Mullahkane