Mullahkane-habis tu x salah guna ke ISA ni? apa tujuan utama ISA ni di buat? nak tangkap KOMUNIS!
Operasi lalang tu apa? tau tak? tau tak operasi lalang tu paklah jadikan satu isu untuk kondem mahathir? Yang mula2 buat statement pasal darah org cina tu terlepas. jangan lupa! pencetus nya terlepas, yang kena ramai ahli2 pembangkang. yang kerajaan pon ada tp yg bilis2 punya. saya taktau la kenapa anda masih ada niat nak sokong ISA ni.. dah di salahgunakan sejak zaman 80-an lagi. Lepas tu duk tangkap pejuang2 islam kat malaysia ni, kerana menyokong kempen anti pengganas oleh amerika ni. taruk dalam smpai 8 tahun x jumpa2 bukti. Kalau salah, bicara lah, ini penjarakan rakyat sendiri semata2 menyokong kempen anti keganasan amerika tu. orang yang kene tangkap tu ada anak bini bang oi!
:
2. sekali lagi saya tekankan, kita maklum yang waktu UMNO ditubuhkan, ianya adalah lebih pada sentimen membebaskan tanahair dari cengkaman British dan menjaga hak Melayu. mungkin inilah yang menyebabkan perkara ini lebih ditekankan. namun setidaknya inilah yang berjaya menyatukan seluruh umat Islam-Melayu di semeneanjung tanah melayu dan berjaya pula menuntut kemerdekaan. bersalahan benar nenek moyang kita? kita usah terlalu bongkak menyalahkan segalanya.
:
Mullahkane-Itu lah, kalau baca buku teks je mmg la anda akan berfikiran sebegini.
Pejuang sebenar kemerdekaan yang di penjarakan, di bunuh, mana ada kerajaan highlight sebab bukan ahli umno.
:
UMNO ni kecik je masa zaman kemerdekaan dulu.. baca sejarah tak?
:
Pernah dengar tak pasal PKMM? Burhanuddin Helmi? Ahmad Boestamam? Mereka2 ini lah yang berjuang smpai di penjarakan dan ada yang dibunuh. Percaya tak PKMM itu lagi besar dari UMNO? Baca ya? Bendera umno yg merah putih ni pon asal dari bendera PKMM.. Percaya tak? Baca dan cari sendiri.
:
Apabila PKMM Di haramkan oleh british, baru lah UMNO timbul. UMNO, melalui Onn Jaafar, beliau adalah Staff kepada kementerian under british ketika itu.
:
Sbb tu lah UMNO boleh dapat rundingan kemerdekaan dari british, itu pon terpaksa sacrifice beberapa kepentingan melayu sbb nak bagi jalan pada cina n india, ONn jaafar tu staff british. ada hubungan dengan british.. Takkan british nak bagi kemerdekaan melalui orang2 dan kumpulan2 yang menentang mereka ini?
:
Mestilah british boleh berunding soal kemerdekaan dengan kumpulan yang baik dengan mereka sahaja, kumpulan yang boleh meneruskan dasar2 penjajahan mereka ini, kalu tak anda ingat british nk lepas tanah melayu ketika itu?
:
Yang berjuang menuntut kemerdekaan ni yang bukan pro british ni anda tak highlight, anda perasan umno tu je la yang perjuang kemerdekaan malaysia ini. Mana ada pemimpin umno yang di penjarakan ketika itu kerana menentang British? Mereka2 yang menentang british ini dianggap orang jahat..
:
Saya tau lah saya adalah researcher dlm arkib negara malaysia. no pendaftaran 2006/00429.
:
Cuba tgk isu IRAQ. Mula2 amerika attack diorang, kemudian pejuang2 sunah bangkit mempertahankan Iraq. Mereka di namakan Freedom Fighter. Orang syiah hanya segelintir yang bangkit melawan jugak melalui muqtada tu.
:
kemudian, amerika menang. puak2 syiah naik sbb mereka awal2 lagi dah bg laluan dkt amerika, majoritinya suka pulak bile amerika nk jatuhkan saddam.
:
Akhirnya, pejuang sunah yang masih melawan ini, di cop sebagai pengganas pulak..
dah di cop orang jahat pulak..
:
So dalam buku teks diorang nnti, wiranya adalah puak syiah, orang yang berunding dengan amerika ini utk dptkan kuasa. orang yang berjuang sampai mati tu dilupakan...
:
:
3. saudara boleh sebut, lampirkan beratus link sekalipun, gambar dan apa yang anda dakwa sebagai "fakta" tapi pastikah saudara yang itu "benar-benar" fakta? 100%? jika hanya anda kutip dari blog2... semak dan pastikan dulu kebenarannya. mungkin dirobohkan dan dibina masjid (misalannya lah.. saya cuma bagi contohlah :) ), mungkin ada "fakta" itu yang mungkin fitnah? sudara arif saja yang dizaman serba canggih ini kita ada beribu laman web, blog, video dan sebagainya. kadang2 ianya boleh ditafsir mengikut apa yang kita mahu lihat, dan apa yang orang berkenaan mahu kita lihat. tajuk "blog" dan "video" bisa saja "mislead" kita dari mungkin apa yang tersembunyi, bergantung bagi penulis atau si pengupload video berkenaan. semak dan pastikan dulu kebenarannya. itu nasihat saya. takut sia-sia membuat dosa fitnah yang berantai, pahala wallahualam Allah yang lebih tahu.
:
Mullahkane-DAh bagi bukti video dan gambar pun , anda banyak alasan lagi, lantaklah. Itu pon ada misalan2 lagi, sbb tau hujah sendiri x konkrit. nak salah kan youtube pulak dah..... mislead apa benda nya, tersembunyi apa bende nya?, benda yang terang lagi nyata, jangan nak berdolak dalik lagi, terimalah hakikat bende tu memang berlaku kan? saya tau memang pedih bagi anda sebagi penyokong UMNo, bila tau umno buat mcam ni kat org2 melayu. Hujah nombor tiga awak ni hujah awk tak dapat terima kenyataan dan hakikat. awak berdolak dalik lagi. syndrom of denial.
Mullahkane-ya, kita memang mengakui ada kelemahan dan kelebihan dalam semua pihak, namun, kecurangan yang sudah terbukti yang kita bahaskan.
:
Kalau anda ada bukti dan fakta ttg kerosakkan yang telah di buat oleh PAS atau PKR, takkan saya mau jadi bodoh sombong lagi tak mau dgr dan tutup mata dan bagi alasan2 kanak2 yang lain? mestilah saya pun akan menyokong hujah anda.
saudara,
:
Mullahkane: Ia, Politik dan islam x boleh di pisahkan. kene ada strategy, jdn main terjah bodoh je, mmg kalah la kalau takde strategy. Dalam perang pon tentera muslim dahulu kala pakai strategy. apa yang nak di hairankan? pasal negara islam tu, apa yang nk dihairankan? kene lah kukuhkan dulu pakatan tu, kan strategy tu?
:
6. walaupun pahit, kita harus juga akui yang dalam arena politik Malaysia yang kotor ini, tiada jalan "lurus". everyone need to play.
:
Mullahkane-YAng yang mengotorkan secara terang-terangan ni? Siapa yang terlibat dengan rasuah besar-besaran ni? siapa yang salah guna DEB ni? siapa yang pakai duit untuk tarik undi ni? siapa yang pakai duit utk menang ketua cawangan dan ketua bahagian ni? Menteri mana yang banyak terpalit dengan rasuah ni? Politik di malaysia ini dikotorkan oleh pihak ini lah.
:
Mullahkane-Ia, kita akan jadi bodoh kalau buta sejarah. ini kenyataan umum. Kalau saya boleh berhujah dari zaman parameswara dan ice age, maknanya ini sudah bagus dan saya tidak buta sejarah. Saudara boleh ungkit dari 'fakta' utusan malaysia atau TV3.. Saudara juga boleh berhujah menggunakan 'Kalau' atau persepsi dan andaian kepada perkara2 yang belum berlaku, "kalau pas perintah, sama jugak rasuah nanti, kalau itu kalau ini"
:
Mullahkane-Yang ada bukti video,clear as crystal, cakap pula mungkin ada yang tersembunyi. Kenyataan no. 8 diatas ditujukan untuk anda sendiri dalam hal ini.
No comments:
Post a Comment