Tuesday, January 6, 2009

Perjuangan Dan Idealisme

Hari ini saya ingin berbicara soal politik umum dan pendirian saya. Tetapi harus diingat, bak kata pepatah,

”mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik…”

Terlalu banyak isu-isu yang hendak diungkapkan oleh saya, tetapi saya akan berbicara soal-soal yang menjadi tumpuan masyarakat kita hari ini. Jujur saya katakan, saya bukanlah ahli mana-mana parti politik. Saya belum lagi berdaftar dengan mana-mana pihak. Tetapi, saya mempunyai ideologi, prinsip dan pendirian yang jelas. Sejarah saya bermula pada tahun 1998. Ya, tahun di mana kestabilan politik negara ketika itu goyah, akibat pemecatan mantan Timbalan Perdana Menteri. Majoriti ahli keluarga saya adalah ahli UMNO, termasuklah Ibu, ayah, datuk, nenek, bapa saudara, mak saudara dan sekalian-sekalian. Tetapi, itu tidak bermakna saya juga akan sama seperti kaum keluarga saya.
Seperti kata-kata bidalan;

“I am learning to understand rather than immediately judge or to be judged. I cannot blindly follow the crowd and accept their approach. I will not allow myself to indulge in the usual manipulating game of role creation.”
-Tao of Jeet Kune Do

Ini bererti tidak semestinya yang majoriti itu adalah betul 100%. Saya juga tidak kata yang minoriti itu betul semua, masing-masing ada pro & kontra masing-masing. Yang penting, kita sebagai individu, mengkaji, belajar, mendengar dan menimbang mana yang baik dan mana yang buruk. Jangan kita berat sebelah, hanya mengambil tahu dari satu pihak sahaja. Lagi teruk kalau kita tidak tau apa-apa, tidak mahu tau kerana tidak minat, atau malas nak campur. Ini adalah pemikiran sempit. Lagi-lagi Mahasiswa. Mahasiswa ini adalah Jurubicara Masyarakat. Bukannya mahasiswa ini tahu belajar, tamat belajar dan selepas itu cari kerja sahaja. Ini pemuda, mempunyai cita-cita murni dan idealisme, solid untuk memperjuangkan nasib agama dan bangsa. Bukannya pemuda-pemuda ini membutakan mata dan memekakkan telinga dengan isu-isu semasa, lebih parah lagi bila ada yang menjadi pencacai-pencacai golongan perasuah dan gila kuasa. Mahasiswa apa ini?
Memetik kata-kata Tun Dr. Mahathir;

“I am disappointed. When I talk to young people in the university, they are not interested. They are not interested in what is happening. They are interested in AUKU, akta Universiti dan Kolej Universiti. Kononnya kerana akta itulah maka mereka tidak boleh bergerak. Itu semua bohong, Zaman british dulu saya jugak tak dibenar terlibat dengan politik walaupun dalam universiti ataupun sebagai pegawai kerajaan. Tapi ada cara, kita boleh get around such regulations and rules, if you want, if you love your country. You’ll take the risk. But this one, tiada pun minimal risk, just to say outloud pun tak berani. Kalau nak bercakap, bisik. That’s just why as he will go. I’m so sorry to say this, because I’m disappointed in my own race. Selama ini saya cuba nak tukar pemikiran orang melayu, I failed.”
-Tun Dr. Mahathir

Ada orang kata, saya ini taksub politik. Ini saya nak jawab. Kita bukan taksub, tapi kita bersungguh-sungguh ingin membela nasib rakyat. Tak kisahla atas platform mana pun, janji kerja betul-betul dengan niat yang ikhlas. Ada orang kata, “apalah kamu ini, belajar di Universiti tanggungan kerajaan, tapi tidak bersyukur kerana dilihat sebagai pro pembangkang. Saya bukan anti Kerajaan atau anti UMNO. Bahkan saya berteima kasih kepada kerajaan yang membantu saya melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi. Ya, memang banyak jasa kerajaan kepada kita.
Sebab itu saya katakan, kita jangan menyokong atau membangkang secara membuta tuli. Otak ada, fikirlah sendiri. Lagi pun, salah satu sumber utama pembiayaan kerajaan di dalam sistem-sistem pendidikan ini hasilnya daripada cukai pendapatan rakyat juga. Pembangkang pun bayar cukai juga, lagi pun negara kita ini mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi, jadi tidak jadi masalah kalau kita ingin berjuang di mana-mana platform sekali pun. Yang saya nak tentang ini soal-soal rasuah, kezaliman, dan ketidakadilan. Memang wujud golongan-golongan seperti ini khususnya di dalam pihak majoriti. Ini yang kita nak highlight kan.
Keadaan Politik Negara sekarang amat memeningkan kepala. Termasuklah kepala-kepala ahli majoriti sekali. Dahulu, bila sebut soal politik, yang kita tahu adalah Dr. M vs DSAI and Barisan Alternative. (PAS, KeADILan Rakyat, DAP) Sekarang, Dr. M vs DSAI, P.L and gang. Meanwhile, P.L and DSAI tidak terlalu ketara pertembungan dia. Ditambah-tambah lagi apabila sesetengah golongan PAS dh boleh terima Dr. M. Hinggakan DSAI terasa hati apabila sesetengah pimpinan PAS yang menyanjung tinggi Dr. M. Tapi, nama pun Politik. Apa-apa boleh terjadi.

Banyak lagi isu-isu kepentingan bumiputera yang ingin saya ungkapkan termasuklah soal-soal pembangunan, pendidikan, ekonomi, soal polemik Negara Islam yang berpanjangan, soal mahasiswa dan lain-lain. Alhamdulillah saya sudah tamat belajar di Universiti Pro-kerajaan. Saya berterima kasihlah untuk itu. Tetapi jangan lupa, saya juga sudah tidak terikat dengan Akta Univeriti dan Kolej Universiti (AUKU) yang selama ini telah menyekat dan mengongkong penglibatan saya secara langsung didalam bidang ini. Selepas status saya sebagai pelajar ini telah tamat, maka lagi kuat semangat saya untuk membawa perubahan!

No comments:

Post a Comment

About MULLAHKANE

"I am learning to understand rather than immediately judge or to be judged. I cannot blindly follow the crowd and accept their approach. I will not allow myself to indulge in the usual manipulating game of role creation.

Fortunately for me, my self-knowledge has transcended that and I have come to understand that life is best to be lived and not to be conceptualized. I am happy because I am growing daily and I am honestly not knowing where the limit lies. To be certain, every day there can be a revelation or a new discovery. I treasure the memory of the past misfortunes. It has added more to my bank of fortitude.

I'm not in this world to live up to your expectations and you're not in this world to live up to mine.If I tell you I'm good, you would probably think I'm boasting, If I tell you I'm no good, You know I'm lying. If you don't want to slip up tomorrow, speak the truth today.

I am not teaching you anything. I just help you to explore yourself. Because what works well with me might not work for you, and vice-versa!"

Mullahkane