Tuesday, January 6, 2009

Idealisme dan Cita-cita Perjuangan di Kuala Terengganu

Siapa saya? Saya orang Islam, saya orang melayu. Saya ingin berjuang bersama-sama untuk memartabatkan Islam dan Melayu. Yang jadi masalahnya bila ada golongan-golongan yang menyertai perjuangan ini, tetapi untuk kepentingan diri dan kaum keluarga mereka sahaja. Bila ada kuasa, mereka menyalahgunakan kuasa tersebut untuk mengaut untung, untuk memperkayakan kroni-kroni, untuk menjaga kedudukan. Di manakah niat sebenar agenda perjuangan itu sendiri? Saudara-saudari terlalu ingat yang kita tidak boleh bawa perubahan, disebabkan kita ini golongan-golongan di bawah sahaja. Ini satu kesilapan terbesar.

Disebabkan sokongan saudara-saudari secara membuta tuli ini lah yang menyebabkan golongan-golongan ini bermaharajalela. Kebanyakkan mereka-mereka yang banyak buat masalah ini, tetapi terus disokong, hanya kerana mereka adalah popular. Kalau ade penyelewengan yang dilakukan pun, akhbar-akhbar tidak dedahkan, kerana media massa di negara kita ini semua nya telah di kawal rapi oleh pihak tersebut. Apabila golongan-golongan penyeleweng ini terus berkuasa, ini sebablah kaum melayu Islam itu terus mundur.
Yang kaya bertambah kaya, yang miskin bertambah miskin. Sikap rakyat Malaysia yang terlalu bergantung kepada Media Arus Perdana ini lah yang menyebabkan minda mereka di jajah. Semua betul, semuanya baik. Tapi kena ingat, nampak saja baik, nampak saja seperti gedung besar, tetapi dalamnya robek pak!
Saya sudah kaji, dan melalui pengalaman, saya melihat golongan-golongan seusia dengan saya, pemuda-pemuda yang mengikut pihak majoriti ini, mereka ini ikut sebab dapat upah. Bukan kerana idealisme. Ini kenyataan, saya tidak kata semua, tetapi melalui apa yang saya lihat sahaja. Tanyalah mereka mengapa mereka duduk di ’sana’, tanyalah mereka isu-isu soal-soal kaum melayu Islam ini, kalau dapat jawab saya akan hormat mereka, kalau jawab pasal upah, projek dan sebagainya, ini bukan pejuang yang sebenar.
Saya orang Terengganu. Di negeri saya ada hasil minyak. Mengikut statistik United Nation Development Program, Terengganu adalah antara negeri yang paling kaya di Malaysia, tetapi juga adalah rakyat antara yang paling miskin di Malaysia. Ya, memanglah hasil minyak itu milik kerajaan pusat, tetapi jangan lupa, kerajaan negeri juga mendapat komisyen atau royalti berjumlah beratus-ratus juta. Mengapa nasib rakyat Terengganu masih tidak terbela? “Kamu” katakan kamu adalah Pembela Kaum Melayu, ini negeri Terengganu 98% majoriti rakyat adalah Melayu. Mengapa ini boleh terjadi? Ada orang katakan, “alaaa yang lepas tu lepas la, jangan dikenang lagi, yang penting sekarang dan masa depan”.
Ya betul, kita kena maju ke depan, tp kita jangan tutup mata pada sejarah. Kerap kali saya berbicara atau berdebat dengan rakan-rakan yang tidak sealiran, saya akan gunakan sejarah, dan fakta sebagai pelengkap isu. Tetapi, melalui pengalaman saya, mereka lebih gunakan ‘perception’ dan menuduh tanpa bukti dan fakta.
Contohnya, mereka akan cakap; “alaa kalau pihak pembangkang perintah pun, sama jugak rasuahnya nanti, sama jugak ketidakadilan nya nanti” Seolah-olah, apa yang mereka lihat sekarang yang berlaku dalam pihak majoriti (mereka tahu itu) dan mereka membuat andaian kepada pihak pembangkang yang belum di beri peluang lagi ini. Awal-awal sudah label, ini satu justifikasi yang salah. Mereka sedar ada penyelewengan yang berlaku di kalangan puak majoriti ini, tetapi mereka hanya berserah.

Semua orang tahu, di saat ini, orang2 kampung sudah pun dilimpahi dengan Wang yang di taburkan oleh pemimpin2 kotor itu. Untuk undi mereka. Busuk2 boleh rm 200. Nk pancing undi pon nak kene guna duit, ini politik perjuangan apa ini?

Ni aku nok kabo ke pemude2 tenganu kite, jgn jadi bute, sbbkan pitih, bangsa mu tergadai dgn perangai2 tabur duit dan rasuah yg sudah lari dari perjuangan sbnr!

No comments:

Post a Comment

About MULLAHKANE

"I am learning to understand rather than immediately judge or to be judged. I cannot blindly follow the crowd and accept their approach. I will not allow myself to indulge in the usual manipulating game of role creation.

Fortunately for me, my self-knowledge has transcended that and I have come to understand that life is best to be lived and not to be conceptualized. I am happy because I am growing daily and I am honestly not knowing where the limit lies. To be certain, every day there can be a revelation or a new discovery. I treasure the memory of the past misfortunes. It has added more to my bank of fortitude.

I'm not in this world to live up to your expectations and you're not in this world to live up to mine.If I tell you I'm good, you would probably think I'm boasting, If I tell you I'm no good, You know I'm lying. If you don't want to slip up tomorrow, speak the truth today.

I am not teaching you anything. I just help you to explore yourself. Because what works well with me might not work for you, and vice-versa!"

Mullahkane