Thursday, January 29, 2009

Mari Kita Bahas ( Penyokong UMNO VS Reformis)

Tulisan Merah: Penyokong UMNO dari Prowaris
Tulisan Hijau: Reformis Mullahkane
Tulisan Hitam: Kenyataan Mengenai UMNO
____________________________________________________
:
Assalamualaikum wbt,
:
"Baiklah, saya terima hujah saudara yang ada pro dan kontra dalam isu UMNO dan Islam. Syabas saudara juga mengakui UMNO ada silap dan kelemahan ketara bab-bab islam ini. Saya tidak kata UMNO ni tak islamik langsung dan hanya keduniaan semata-mata, saya cuma quote-unquote ayat TG Nik Aziz, bahawa PAS juga Jaga Melayu, Bahkan Jaga Melayu dari Dunia smpai Akhirat. Cuma, bagi saya, perlembagaan Utama UMNO adalah bersifatkan Assobiyah dan keBANGSAan sahaja." -(kenyataan Mullahkane sebelum ini)
:
Pertama, ingin saya perjelaskan kembali bahwa tujuan tulisan saya ialah semata penegasan bahawa tidak adil menyatakan UMNO menjaga Melayu semata-mata. Dan UMNO juga ada sumbangannya dalam perjuangan Islam di Malaysia ini bahkan di dunia Islam itu sendiri. Alhamdulillah, melihat sudara menyatakan penerimaan pro dan kontra dalam hujah saya, nampaknya objektif saya sudahpun tercapai. Dan tulisan saya yang seterusnya ini sekadar menjawab kemusykilan sudara. Ada yang saya bersetuju dan ada yang tidak.
:
Sebelum saya menyatakan pendapat saya, bolehkah saya bertanya, sewaktu sudara menulis kepada saya, adakah sudara sebenarnya pernah membaca Perlembagaan UMNO? Berilah jawapan dengan jujur.
:
Di dalam fasal 3 berkenaan Asas dan Tujuan, ada menyebut "UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara" dan item 3.3 memperjelaskan "Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama." Saya tidak mahu mengungkit berkenaan item 3.1 dan 3.2 yang kelihatannya didahulukan, kerana kita maklum UMNO sewaktu ditubuhkan adalah bertujuan memperjuangkan kemerdekaan tanahair dan mempertahankan Raja-raja, justeru faktor sentimen semasa ketika itu harus turut diambil kira.
:
Pun demikian, kalau melihat keseluruhan Perlembagaan UMNO itu secara keseluruhan, saya akui bahwa kenyataan UMNO itu lebih bersifat kebangsaan masih boleh diperdebatkan. Namun, adakah itu menjadi suatu yang tersangat utama jika UMNO masih bertindak mempertahankan Islam? Saya rasa tidak.Tetapi sudara harus hati-hati menggunakan perkataan Assobiyah. Besar maknanya itu, dan anda harus betul-betul arif memahami maksudnya sebelum menggunakan perkataan sedemikian.
:
Dalam suatu hadis, seorang lelaki pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W. " Apakah assobiyah itu seseorang yang kasih kepada kaumnya (Puak)?
:
"Rasulullah bersabda, " Tidak. Tetapi assobiyah ialah orang yang menolong kaumnya atas dasar zalim"
:
Mullahkane: UMNO Bukan meneruskan DasaR Kerajaan British? DAsar ini zalim tak untuk umat islam? ISA Tak zalim? Riba Tak zalim? Tolak Hukum Syariah Tak zalim untuk umat islam di MAlaysia ini? Dasar british "Devide and Rule" Dahulu tak zalim untuk kaum melayu? British tu pon dah zalim dgn melayu, dasar2 nya pon lebih kurang lah. meneruskan dasar british dan perlembagaan reid itu bukan "menolong kaumnya atas dasar zalim"? Menolong kaumnya atas dasar Islam baru saya percaya tidak assobiyah.
:
Namun demikian, di dalam item 3.4 menyebut "Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya" dan item 3.5 memperjelaskan lagi bahwa "Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera".
:
Nah, dari sudut mana pula perlembagaan UMNO itu di dakwa Assobiyah?? Pada saya, mungkin sudara sepatutnya mempersoalkan isu kemungkinan berlakunya "perlaksanaan perlembagaan secara curang" dan bukan intipati perlembagaan itu sendiri. Bab-bab Islam ini dalam UMNO hanya isu-isu yang kecil sahaja dan kurang bersifat Syariah, lagi pun kalau dillhat pada pemimpin-pemimpin utama UMNO pun, kebanyakkannya terpalit dengan isu-isu negetif.
:
Mullahkane: So Assobiyah itu bukan membincangkan soal2 perkauman? Intipati perlembagaan itu pun dah nmpak assobiyahnya. kan bercerita pasal hak2 istimewa kaum bumiputra dan melayu? tak sebut pun islam. ada cerita pasal syariah? ada cerita pasal al-quran dan sunah sebagai pegangan tertinggi? Sbb itu, Nik aziz, bnyk x bersetuju dengan UMNO ni, sbb dasar2 umno. Disaat pemimpin2 lain bercetitakan soal pemimpin2 umno yang rasuah, TG Nik aziz pula asyik menekankan bahawa dasar umno itu yg dia x setuju. Yang selalu kluar media ni, ceramah2 agamanya bnyk berkisarkan fardhu ain, betul tak? lirik lagu ciptaan Mufti Perlis pon RTM Banned sbb cerita pasal pemimpin korup.
Terlalu terang sangat2 pasal assobiyah dan UMNO ini. Kenapa nak nafikan pula? Kan sejarah dan fakta telah terbukti dalam buku2 teks kita blaja masa skolah2 dahulu?
:
Perlembagaan UMNO?
Yang penting pelaksanaan nya tidak mencukupi, tidak kuat, tak kira lah kenyataan dalam perlembagaan yang di buat oleh manusia itu ditulis secantik mana pon.
:
_______________________________________________________________
Tulisan Merah: Penyokong UMNO dari Prowaris
Tulisan Hijau: Reformis Mullahkane
Tulisan Hitam: Kenyataan Mengenai UMNO
:
:
:
1. RASUAH -beranikah sudara PAS dan Keadilan seratus peratus bersih? Masihkah ingatkah saudara kes "rasuah seks" di Perak tahun lepas?
JWPN SAYA: Rasuah Seks, jika mahkamah membuktikannya bersalah, Baguslah.. Atleast dlm pakatan, kita ambil tindakan, bukan nya buat laporan tetapi senyap dan tiada tindakan. Sudah saya katakan, rasuah boleh berlaku di mana2 sahaja, isunya ialah, siasatan dan dakwaan terpilih yang dilakukan oleh Pihak Kerajaan.. Yang bilis2 ni boleh la nk uar2kan dlm media, tapi yang jerung2 besar2 tu buat diam, kenapa? sebab kroni. Menteri ini rasuah, menteri itu rasuah, tp mana ada tindakan. DSAI pernah sebut, kertas dakwaan oleh bpr dah siap dah, tinggal nak dakwa je, tetapi dakwaan x berlaku pun. Kes AP ke, rm 36 juta Rahim Tamby chik ke, pprt annuar musa ke, Rafidah ke, kapal selam ke, sukhoi ke, bukit cerakah ke, Perwaja ke, senyap semua. Ini DSAI yang cakap, bekas timbalan presiden UMNO. File semua sampai dekat dia, tp bile nak dakwa, Tun Dr. M x bagi. Alasan? "anwar, u jgn campor semua ni, ini politik je" jwpn Che Det. Rasuah mana2 pun kita tentang, tak kira lah pakatan atau barisan.. Saya tidak kata PAS dan PKR 100% dijamin bersih, tetapi alhamdulillah, ambil cth kerajaan Kelantan, sbb negeri2 pakatan lain masih baru lg kan, track record pon baru lg, Kelantan, nak dekat 20 tahun dan memerintah, tetapi takde satu pun kes rasuah yang terpalit, ya, siasatan dan dakwaan pihak tertentu itu ada, tapi x lekat pon, sbb mmg dah takde kes.
:

2. MENGGUNAKAN PANGKAT UNTUK MENGKAYAKAN DIRI SENDIRI - barangkali yang benar-benar menjadi masalah ialah mengkayakan diri sendiri, menidakkan hak yang miskin. Adakah masyarakat akan "explode" jika seorang dua orang Melayu yang kaya asalkan ia tidak bersifat salahguna dan tidak bersifat menindas?
JWPN SAYA: Seorang dua? Betul ke seorang dua? kebanyakkan pemimpin cawangan/bahagian/adun UMNO hidup sederhana sahaja ke? betul ke saudara ni? Bukan Kaya sekelip mata ke kalau dah jadi pemimpin cawangan/bahagian/adun UMNO? Ada cadangan dr kepimpinan Tertinggi UMNO suatu ketika dahulu, " Apa salahnya kalau AP ini dibahagi2kan kepada semua Ketua Cawangan, supaya xde pihak yg bolot2?" WAH.. AP ni utk ketua2 cawangan umno sahaja ke? bukan utk bumiputra lain? yang dapat faedah kontrak2 DEB ni siapa? Ahli PAS? Jwpnnya, kelompok elit dlm umno.. Diorang ni je yang bumiputera.. orang PAS ke, PAkatan ke, bukan bumiputera kot, itu habis kontrak2 saham2 bumiputra kelompok2 elit ni sapu semua.. Jangan kata ini tuduhan, orang2 umno bawahan sendiri pun merana dengan isu ini
:
3. MENYALAHGUNAKAN DASAR BUMIPUTRA UNTUK MENGKAYAKAN DIRI SENDIRI – beranikah sudara PAS dan Keadilan seratus peratus bersih?
JWPN SAYA: Ini soalan perseption/ andaian / hipotesis. Seperti yang selalu saya tekankan, hujah, mesti disertakan dengan fakta dan sejarah, bukan persepsi dan andaian.. Ya saya boleh setuju jika ada sejarah dan fakta.
:
4. TIDAK SERIUS SOAL PENGHAPUSAN MURTAD YANG SEBENARNYA ADA LG BERATUS2 KES SELAIN DARI LINA JOY – adakah PAS begitu berani bersuara dalam kes-kes ini? Apabila berhadapan dengan DAP serupa saja. Tak berani jugak!
JWPN SAYA: Ya, PAS berani dengan ISU2 ini, dah banyak forum dan ceramah mengenai isu ini. tazkirah2 agama dalam masjid2 pun ada sebut. Aktivis2 pon banyak bongkar kan hal2 ini. Check you-tube 'ustaz badrul amin', atau 'zulkifli nordin' dll.. banyak dah ulama2 pas ckap pasal ni, cume medium nya berbeda la, PAkatan tidak mempunyai saluran media perdana, yang ada cume ceramah2, tazkirah dan internet. sbb itu isu ini saudara x nampak. sebab x kluar tv n utusan pon bile usaha penentangan pas berkenaan dengan isu ini.
:
5. BUAT MASJID UTK PERLANCONGAN, INTIPATI PERJUANGAN ISLAM TIDAK DIHAYATI ... – jika ya, saya setuju yang ini. Tapi saya rasa hakikatnya ini berlaku hampir di seluruh Malaysia.
JWPN SAYA: Baguslah kalau setuju. Tp yg berlaku di hampir seluruh malaysia ini bukan masjid utk perlancongan. ini isu buat masjid utk perlancongan. Isu pakai duit utk masjid untuk tujuan perlancongan itu boleh dibuat utk benda2 kebajikan rakyat yang lain.
:
6. ROBOH SURAU– surau yang mana? boleh bagi senarai dan alamat? Lampirkan untuk kami di Prowaris.
JWPN SAYA:
:
1. Kg. Bujal
7. JUDI DAN KILANG ARAK – jadi sekarang PR (PAS dan Keadilan) sudah berkuasa, kenapa tak robohkan kilang GAB dan lagi satu kilang arak di Shah Alam? bagaimana pula dengan pengharaman penjualan arak di Selangor? dulu kecoh, sekarang sudah sunyi. sudah tunduk pada DAP?
JWPN SAYA: atleast ada inisiatif. ada seorang adun DAP pun sokong. Yang penting awal2 dahulu siapa yang keluarkan lesen? siapa yang benarkan?
:
8. TIDAK SOKONG UNDANG-UNDANG SYARIAH, MENOLAK PELAKSANAAN HUKUM HUDUD DI NEGERI2 YANG DAH DILULUSKAN ENAKMEN HUDUD SEPERTI KELANTAN DAN TERENGGANU – saya setuju dengan saudara jika UMNO tidak ada alasan yang kukuh ini memang tidak patut.
JWPN SAYA: Baguslah kalau sedar.
:
9. BERPANDUKAN PERLEMBAGAAN SURUHANJAYA REID SEBAGAI RUJUKAN UTAMA PEMERINTAHAN,MENERUSKAN /TERUS MENERUS MENYOKONG DASAR BRITISH YANG MENGHAPUSKAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA INI SUATU KETIKA DAHULU – adakah untuk mengubah perlembagaan itu hanya perlukan ahli parlimen PAS dan UMNO? Anda fikir DAP atau MCA akan sokong?
JWPN SAYA: Bukan masalah MCA atau DAP sokong ke tak, masalahnya UMNO terang-terangan Menentang. Cina x sokong tu masalah diorang lah, yang UMNO ni MElayu Muslim sendiri yang terang-terang tentang? kenapa? Sebab itu Hj. hadi cakap, x perlu pun penjelasan mengenai HUDUD ini di buat kepada Karpal Singh, Hj. Hadi kata, yang perlu dibuat penjelasan ini ialah kepada UMNO.
:
10. MENERUSKAN AGENDA AMERIKA TERHADAP UMAT ISLAM MELALUI ISA, (DENGAN MENANGKAP ORANG2 YANG DISYAKI MILITAN ISLAM - INI ADALAH AGENDA AMERIKA TERHADAP PERANG MENENTANG PENGGANAS, DAN PELAKSANA ISA INI MENJADI AGEN AMERIKA SYARIKAT DI MALAYSIA INI) MENANGKAP MUJAHIDEEN2 MELAYU YANG PERGI MENYERTAI JIHAD DI AFGHAN DAN AMBON AN DISUMBAT KE ISA ATAS ALASAN KESELAMATAN NEGARA DAN JUGA ARAHAN DARI AMERIKA YANG MELABELKAN MEREKA2 INI SEBAGAI PENGGANAS) SIAPA SEBENAR AGEN AMERIKA INI, ANWAR ATAU PELAKSANA AGENDA AMERIKA?) itu suatu tuduhan berat. Ada bukti? Lampirkan untuk tatapan di Prowaris.
JWPN SAYA: Bukti? Bukti Apa? Apa beza Kem Kamunting tu dengan Kem Guantanamo? Pernah baca tak artikel2 dari bekas tahanan2 ISA? Yang pergi tangkap Jemaah Islamiah lah, Kumpulan Mujahidin Malaysia la, sapa punye kempen ni yg kita join n teruskan?
:
Abu Bakar Basyir yang kene tuduh jadi ketua pun cakap, dia x pernah tau pasal JI ni. yang bagi nama2 ni ialah CIA dan FBI, Amerika meluaskan Perang menentang Pengganas ni hingga ke rantau ini. Kita pon tangkap lah KMM lah, JI lah, penjara 7,8 tahun tanpa bicara. Secara logiknya, kalau takde bukti lagi, bebaskan lah.. ISLAM x suke dengan ISA2 ni, zalim. Dahulu, para pejuang Melayu kita yang pergi ke Afghanistan menyertai Mujahideen. ini Di sahkan sendiri oleh DSAI dan Dr. M.. Tapi bila balik, yang sokong PAS tu masuk ISA. MAri kita tengok nasib dua rakyat Malaysia yang tgh berada di Kem guantanamo sekarang ini. Obama dah beri jaminan nak tutup kem Guantanamo ni. dalam buletin utama td PDRM dah terlibat nk bawak balik dua orang ini.. hmm kalau kerajaan amerika skrg ni pon dah nak bebaskan diorang ni, taktaulah balik malaysia nanti dioarang akan still di penjarakan atau bebas.
:
11. MEMBAHAGIKAN UNDANG-UNDANG KEPADA DUA, SATU UNTUK PEMIMPIN ATASAN (KEBAL DARI DAKWAAN BIAR PUN KERTAS SIASATAN UTK DAKWAAN SUDAH SIAP) SATU LAGI PADA RAKYAT BAWAHAN ( RASUAH 30 RINGGIT KENE TANGKAP SENANG2 JE) – itu suatu tuduhan berat. Ada bukti? Lampirkan untuk tatapan di Prowaris.
JWPN SAYA: Yang bilis2 ni boleh la nk uar2kan dlm media, tapi yang jerung2 besar2 tu buat diam, kenapa? sebab kroni. Menteri ini rasuah, menteri itu rasuah, tp mana ada tindakan. DSAI pernah sebut, kertas dakwaan oleh bpr dah siap dah, tinggal nak dakwa je, tetapi dakwaan x berlaku pun. Kes AP ke, rm 36 juta Rahim Tamby chik ke, pprt annuar musa ke, Rafidah ke, kapal selam ke, sukhoi ke, bukit cerakah ke, Perwaja ke, senyap semua. Naik PAngkat lagi. Ini DSAI yang cakap, bekas timbalan presiden UMNO. File semua sampai dekat dia, tp bile nak dakwa, Tun Dr. M x bagi. Alasan? "anwar, u jgn campor semua ni, ini politik je" jwpn Che Det. Rasuah mana2 pun kita tentang, tak kira lah pakatan atau barisan.. Saya tidak kata PAS dan PKR 100% dijamin bersih, tetapi alhamdulillah, ambil cth kerajaan Kelantan, sbb negeri2 pakatan lain masih baru lg kan, track record pon baru lg, Kelantan, nak dekat 20 tahun dan memerintah, tetapi takde satu pun kes rasuah yang terpalit, ya, siasatan dan dakwaan pihak tertentu itu ada, tapi x lekat pon, sbb mmg dah takde kes.
:
12. MEROBOHKAN KAMPUNG2 PENEROKA MELAYU YANG DAH ESTABLISHED 20, 30 TAHUN DI JOHOR, DI SELANGOR, KG. RIMBA JAYA, KG. BEREMBANG DLL.. UNTUK BAGI JALAN PADA PROJEK KRONI2. (INI KE PEMBELA ORANG-ORANG MELAYU, KITA NMPK VIDEO SURAU DIROBOHKAN, ORANG2 KAMPUNG MENANGIS, ORANG2 TUA BERGELUT DGN FRU, BUDAK2 SKOLAH CARI BUKU2 ATAS ROBOHAN RUMAH, BUDAK2 STUDY BWH KHEMAH.... ADA PESARA TENTERA MENANGIS, MENGATAKAN INIKAH BALASAN KERAJAAN SETELAH DIA BERKHIDMAT LAMA DGN TENTERA, PROJEK LG PENTING) – kalau tiada pampasan, tidak dibinakan rumah baru untuk mereka saya setuju. Tapi sebelum itu usah omong-omong di balik tabir. Saudara ada senarai sila kemukakan. Saya yakin ramai di ProWaris sendiri berminat untuk mengetahuinya "detail" dan senarainya.
JWPN SAYA: Bukan masalah ada pampasan ke tidak, masalahnya perampasan secara kasar dan zalim, memaksa penduduk menerima pelan pemindahan (ingat semua nk setuju ke?)
:
Pada 17 November 2006 beberapa buah rumah di Kg. Berembang roboh menyembah bumi dek kerakusan orang-orang besar Umno dalam Permodalan Nasional Selangor Bhd (PNSB). Operasi Perobohan itu dilakukan oleh anggota Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), atas arahan PNSB dan berlajutan dalam 3 siri yang berikutnya iaitu pada 20 dan 30 November 2006. Operasi terakhir pada 7 Mac 2007 menyaksikan semua rumah penduduk termasuk sebuah Surau dirobohkan walaupun, rayuan penduduk masih di dengar di Mahkamah.
:
Para penduduk kecewa dan kesal akan penindasan itu. Sebahagian penduduk bersetuju untuk pindah ke Puchong dan menginap di rumah Flat yang disediakan oleh PKNS. Sebahagian lagi berkeras menuntut keadilan dan ganti rugi. Mereka terus berkampung dipinggir kampung mereka sehinggalah Kerajaan Pakatan dibentuk pada 8 Mac lalu dan membela nasib mereka.
:
Asalnya tanah-tanah Kg. Berembang itu diteroka oleh datuk nenek mereka dan setelah beberapa generasi, Kerajaan Selangor yang ketika itu diperintah oleh Barisan Nasional enggan memberikan geran tanah kepada mereka.
:
Dalam diam, Kerajaan BN telah mengeluarkan surat geran kepada beberapa pemimpin dan pelobi Umno yang kaya raya untuk memiliki tanah-tanah di Kg. Berembang. Pemilik geran ini kemudiannya menjual semua tanah-tanah itu kepada PNSB setelah Kerajaan mengumumkan untuk melaksanakan projek Damansara-Ulu Kelang Expressway (DUKE) yang turut melibatkan kawasan Kg. Berembang.
Setelah pindah milik dibuat, PNSB mengunakan kuasa mahkamah, Polis, Rela dan MPAJ bagi mengusir para penduduk.
:
Rumah penduduk dirobohkan tanpa sebarang ganti rugi. Kemusnahan ratusan ribu harta benda penduduk Kg. Berembang tidak dipedulikan sesiapa termasuklah Perdana Menteri dan pemimpin Umno walaupun mereka tahu bahawa penduduk Kg. Berembang adalah penyokong kuat Umno selama ini.
:
http://www.youtube.com/watch?v=kz7XGuD5Zww&feature=related
:
Isu ini samalah seperti kampung2 lain yang dirobohkan. (kg. Berembang, Kg. Rimba JAya, Kg. Bujal etc.. nak bagi laluan kepada projek2 kroni, dgn mengorbankan penempatan peneroka melayu
:
Saudara, Barangkali saya tidak dapat menangkis atau menjawab persoalan saudara. Tapi cobalah lihat dan nilai persoalan yang saya timbulkan. Lucunya, kadang-kadang PAS dan UMNO itu dua kali lima sahaja. How ironic isn't it? Haaai...
:
Saudara sekalian,
:
Kita memang wajib mengejar kesempurnaan untuk melaksanakan ajaran Rasulullah demi mengejar keredhaan-Nya. Namun, ikhlas saya katakan dunia bukan syurga. Kadang-kadang ada "constraints" yang harus kita jangan perkecilkan yang menghalang perlaksanaan itu. "Constraints" ini pula harus di atasi dengan berdikit.
:
Tentu saja ia tidak patut di biarkan saja selama-lamanya jadi penghalang hukum ugama dan keadilan. Keadaan ini kita katakan "pilihan terbaik" biarpun tidak "seratus peratus tepat".
:
Hakikatnya, di saat ini saya fikir kita terjebak untuk memilih antara yang "kononnya masih pilihan terbaik", dan yang di dakwa "kononnya benar dan lebih baik". Saya.. masih suka memilih yang terbaik jika ia terbukti "less risk". Negeri kelahiran saya Perak telah membayar harga yang mahal, kerna memilih jalan yang "high risk". Wallahualam.
:
Buka Mata dan Minda, Pendapat bahawa UMNO dan PAS adalah sama ternyata jauh meleset. Saudara berkata demikian kerana ingin memalitkan PAS sekali dengan kekotoran-kekotoran yang telah dibuat oleh sesetengah pemimpin UMNO, Saudara tahu UMNO banyak kelemahan, saudara bersikap hipotetikal dengan PAS, supaya orang melihat PAS pun seperti UMNO, walhal kenyataannya tidak begitu...
:
-Mullahkane

No comments:

Post a Comment

About MULLAHKANE

"I am learning to understand rather than immediately judge or to be judged. I cannot blindly follow the crowd and accept their approach. I will not allow myself to indulge in the usual manipulating game of role creation.

Fortunately for me, my self-knowledge has transcended that and I have come to understand that life is best to be lived and not to be conceptualized. I am happy because I am growing daily and I am honestly not knowing where the limit lies. To be certain, every day there can be a revelation or a new discovery. I treasure the memory of the past misfortunes. It has added more to my bank of fortitude.

I'm not in this world to live up to your expectations and you're not in this world to live up to mine.If I tell you I'm good, you would probably think I'm boasting, If I tell you I'm no good, You know I'm lying. If you don't want to slip up tomorrow, speak the truth today.

I am not teaching you anything. I just help you to explore yourself. Because what works well with me might not work for you, and vice-versa!"

Mullahkane