Proses pencalonan pilihanraya kecil P036 selesai dengan tiga calon disahkan bertanding.
Pakatan Rakyat diwakili oleh calon PAS, Abdul Wahid Endut manakala Barisan Nasional diwakili oleh calon Umno, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh.
Pakatan Rakyat diwakili oleh calon PAS, Abdul Wahid Endut manakala Barisan Nasional diwakili oleh calon Umno, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh.
Seorang lagi merupakan calon bebas iaitu Azharuddin Mamat, seorang ahli perniagaan.
Pengesahan itu telah diumumkan pengurus pilihan raya kecil itu, Mat Razali Kasim kira-kira pukul 11.30 pagi.
PAS mengemukakan dua bantahan terhadap calon BN tetapi ditolak oleh Pegawai SPR.
- Kepada Rakyat Terengganu,
kalau dapat duit, ambil..
kalau dapat Kain Pelikat, ambil
Kalau dapat Gula dan barangan dapur, ambil
kalau dapat apa-apa pun, ambil
kalau wakil rakyat UMNO /BN datang ke kawasan anda, mintak lah segala-galanya yang sepatutnya dapat dari dahulu lagi... Jalan Tar, Lampu Jalan, Ubahsuai Masjid dan sbgnya.. ambil
tapi
UNDI: PAS
Biarlah mereka mencurahkan segala-galanya ketika musim pilihanraya ini, kerana cara ini sudah lama dipakai sejak sekian lama.
tapi,
UNDI: PAS
hujahnya,
UMNO/BN di Terengganu sudah lama gagal. Gagal untuk menjadi Pro-Rakyat. Gagal menguruskan Wang Berbilion-bilion ringgit sejak dari zaman Wan Mokhtar lagi. Apa sudah jadi, sepatutnya, secara logik dan faktanya, Terengganu sudah lama menjadi Negeri Maju seperti Selangor. Pendapatan Negeri Selangor sebagai Negeri Perindustrian, menjadikan Selangor Neger MAju di Malaysia. Pendapatan Kerajaan Negeri Terengganu melalui Wang Royalti Petronas berpuluh-puluh bilion sejak dari zaman Wan Mokhtar, menjadikan Rakyat Terengganu
sebagai RAKYAT KE TIGA TERMISKIN DI MALAYSIA mengikut Statistik UNDP.
Apa sudah jadi? Kerajaan Negeri Terengganu antara yang terkaya di Malaysia ini, rakyatnya pula antara termiskin di Malaysia ini.
Mengapa ketidakseimbangan ini berlaku?
Mana pergi Duit Kerajaan Negeri?
Duit Royalti Petronas, sampai dekat rakyat tak?
Atau pemimpin-pemimpin kerajaan Negeri Terengganu sejak dari zaman Wan Mokhtar ini berjimat cermat yang melampau? Tapi mengapa kah wakil-wakil rakyat UMNO/BN kaya raya di Terengganu?
Ini lah yang berlaku apabila pemimpin-pemimpin "Bahang Pitih sokmo"
Masa zaman PAS perintah Terengganu, 1999-2004, Tun Dr. M langgar perjanjian Petronas dengan Kerajaan Terengganu, apabila membatalkan Royalti Minyak yang sepatutnya diperolehi oleh Kerajaan Negeri kepada Wang Ehsan.
Wang Ehsan ini datang dari Royalti Minyak juga, tetapi disalurkan terus kepada Wakil Rakyat UMNO/BN. Mereka-mereka ini lah yang dapat duit tersebut. Negeri Terengganu adalah >95% Melayu Islam Bumiputra.
Tetapi, yang mendapat faedah Wang Ehsan ini adalah hanya kepada penyokong-penyokong umno. Yang sokong PAS susah nak dapat faedah dari Wang Ehsan tersebut.. Maka, golongan-golongan ini terpinggir dari faedah Wang Ehsan itu..
UMNO ini, mereka dakwa mereka adalah pejuang orang-orang Melayu... Saya berpendapat, dakwaan ini tidak benar. Mereka hanya berjuang untuk kepentingan golongan mereka. Di Terengganu itu Majoriti Melayu, tetapi tidak maju pun orang-orang melayu di negeri Terengganu ini di bawah penguasaan UMNO dan Barisan Nasional sejak sekian lama. Pejuang Melayu apa ini kalau negeri yang majoriti melayu pun tidak membangun.
Hakikatnya, UMNO- Pejuang Projek.. Itu sebab mengapa golongan mereka ini bermatian-matian mempertahankan DEB ini. DEB ni pun satu.. Dasar nya banyak disalahgunakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO untuk kepentingan mereka sendiri, mengatasi kepentingan Orang Melayu secara khusunya..
Cuba selidik tender-tender projek untuk bumiputra. Siapa yang dapat? adakah Orang Melayu tidak kira PAS atau PKR atau UMNO?
-Tidak
Ahli-ahli Biasa UMNO?
kalau ada pun bertuah lah..
Jawapannya:
Pemimpin-pemimpin elit dan kroni-kroninya..
Bahkan ahli-ahli biasa UMNO pun kadang-kadang tidak dapat faedah apa-apa pun dai Tender-tender Projek, Kontrak, Saham atau tanah.
HANYA PEMIMPIN-PEMIMPIN ELIT UMNO BERSAMA-SAMA KRONI-KRONINYA sahaja..
jadi, nama Dasar Ekonomi Baru untuk Bumiputera itu tidak relevan, tukar sahajalah kepada DASAR UMNOELITPUTERA.
-Mullahkane
berasal dari
Kg. Tokku, Chabang Tiga, Kuala Terengganu
No comments:
Post a Comment