Wednesday, April 29, 2009

Kenyataan DATO' SERI ANWAR IBRAHIM mengenai Calon PENANTI


– KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA –
28 April 2009

(Permatang Pauh, Pulau Pinang) Sesudahnya tsunami politik Mac 2008, rakyat Malaysia kembali ke peti undi sebanyak lima kali. Empat darinya kita menyaksikan rakyat Malaysia memilih Pakatan Rakyat, yang kelimanya walaupun dicemari politik wang dan penipuan, menunjukkan betapa rakyat begitu mengidamkan perubahan dan politik baru di negara ini.

Mesejnya jelas. Rakyat Malaysia mahukan perubahan dan menidakkan pemerintahan BN yang dikuasai Umno. Mereka mendakap perjuangan Pakatan Rakyat yang mahukan rakyat bersatu padu dan berusaha membasmi rasuah serta memastikan tidak ada lagi kaum yang dipinggirkan, baik Melayu mahupun kaum bumiputera Sarawak dan Sabah.

Oleh itu saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan calon KEADILAN bagi kawasan Penanti pada pilihanraya 31 Mei ini ialah En. Mansor bin Othman. Beliau merupakan Ketua Bahagian KEADILAN Balik Pulau dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri KEADILAN Pulau Pinang. Beliau juga telah berkhidmat selama 10 tahun sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat dan Timbalan Pengarah Pilihanraya Pusat KEADILAN. En. Mansor Othman juga telah berkhidmat dengan saya yang pada ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri sebagai Setiausaha Politik dari tahun 1996-1998.

Beliau telah mencurahkan tenaga demi membawa pembangunan ke Pulau Pinang dan saya yakin beliau bersedia untuk berkhidmat untuk penduduk Penanti sepenuh jiwa dan raga.

En. Mansor merupakan pemegang ijazah sarjana dari Universiti Sains Malaysia dan sarjana falsafah serta sarjana sastera dari Universiti Yale. Beliau merupakan Profesor Madya di USM dan Pengarah Pusat Kajian Dasar. Beliau secara aktif berusaha meningkatkan taraf pendidikan dan program belia di Pulau Pinang dengan penglibatan sebagai ahli Jawatankuasa Pendidikan Masyarakat dan Jawatankuasa Program Pembangunan Belia. Sebagai exco PEMADAM, beliau bekerja keras meningkatkan kesedaran awam berhubung penyalahgunaan serta langkah-langkah pencegahan dari terlibat dengan dadah.

Melalui program TEKUN di mana beliau sebagai Pengurus Besar, En. Mansor Othman terlibat secara aktif dalam pembangunan usahawan bumiputera, bertujuan meningkatkan kemahiran usahawan kecil dan sederhana serta membiayai usaha mereka dengan pemberian kredit mikro.

Saya merakamkan ucapan penghargaan kepada YAB Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana sudi bersama kita malam ini dan membuktikan kepada semua keteguhan kerjasama Pakatan Rakyat. Parti Keadilan Rakyat yakin DAP dan PAS pasti bersama-sama di dalam pihanraya kecil ini bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat.

ANWAR IBRAHIM

Tuesday, April 21, 2009

ZAMBRY PEROLEHI PERINTAH YANG TIDAK LAKU ?

Kata Hanipa Maidin di dalam blognya http://peguampas.blogspot.com/,

Pembaca ruangan ini masih bertanya kepada saya adakah dua perintah perisytiharan yang Mahkamah Persekutuan keluarkan pada 15/4/2009 yang mengisytiharkan penggantungan Zambry dan enam exconya dibatalkan tidak mencukupi untuk mereka menghadiri sidang DUN Perak nanti.

Jawapan saya adalah tidak mencukupi. Berikut adalah alasan-alasan saya.

a. Apa yang diperolehi oleh Zambry dan enam exconya hanyalah perintah deklarasi ( perisytiharan ) semata-mata. Tidak lebih dari itu. Di dalam undang-undang perintah deklarasi yang diperolehi oleh Zambry dan enam exconya tidak membawa apa-apa makna kerana perintah deklarasi tidak mempunyai kuasa pemaksaan ( coercive force ) .

Pakar undang-undang Pentadbiran, Prof M.P Jain secara jelas menyatakan

“ A declaration merely declares what the legal rights of the concerned parties are. A declaratory order has no coercive force as such nor does it quash any decision which may have been taken by an administrative authority.”

( Terjemahan : Perintah deklarasi hanya sekadar satu perisytiharan hak pihak-pihak yang terbabit dari segi perundangan. Perintah deklarasi tidak mempunyai kuasa pemaksaaan ( memaksa seseorang mengikut perintah tersebut ) .Perintah tersebut juga tidak memadam,membatalkan atau mengenepikan sebarang keputusan yang dibuat oleh mana pihak kuasa pentadbiran. )

b. Memandangkan Zambry dan enam exconya hanya memperolehi perintah deklarasi , perintah tersebut tidak meletakkan sebarang tanggungjawab ( impose an obligation ) ke atas Sivakumar untuk mematuhinya kerana dari segi rekod di dalam DUN di Perak, perintah penggantungan tersebut masih wujud selagi tidak dipadam oleh Mahkamah ( not quashed by the court ).

Untuk memudahkan faham saya bagi contoh berikut :-

Kita ambil satu kes misalnya seorang menyaman Jabatan Pendaftaran Negara (JPN ) kerana mengekalkan nama di dalam kad pengenalannya sebagai Ali bin Abu sedangkan beliau mendakwa telah menukar agama dan memohon namanya ditukar kepada John Abraham.

Katakan beliau meminta satu perintah deklarasi bahawa tindakan atau keputusan JPN yang tidak menukar namanya kepada John Abraham adalah tidak sah .

Katakan Mahkamah bersetuju dengan beliau dan mengisytiharkan bahawa keputusan atau tindakan JPN adalah tidak sah dan Mahkamah juga mengisytiharkan nama beliau adalah John Abraham . Maka persoalan yang timbul adalah adakah JPN wajib menukar namanya kepada John Abraham selepas beliau mendapat perintah perisytiharan tersebut ?

Dari segi undang-undang, JPN tidak wajib menukar namanya kepada John Abraham kerana Mahkamah hanya mengisytiharkan tindakan JPN adalah tidak sah tanpa memerintahkan nama Ali bin Abu dipadam dan ditukar kepada John Abraham.

JPN hanya wajib menukar nama Ali bin Abu kepada John Abraham jika pemohon mendapat perintah certiorari iaitu perintah mengenepikan/memadam ( quash ) keputusan JPN tersebut dan selanjiutnya perintah mandamus iaitu perintah mengarahkan JPN menukar nama beliau dari Ali bin Abu kepada John Abraham.

Selagi tidak ada perintah certiorari dan perintah mandamus tersebut maka nama beliau akan kekal di dalam kad pengenalan sebagai Ali bin Abu meskipun Mahkamah mengisytiharkan namanya John Abraham.

c. Dalam konteks kes Zambry lwn Sivakumar apa yang sepatutnya peguam Umno buat adalah selain mendapatkan perintah perisytiharan ( deklarasi ) bahawa penggantungannya tidak sah, Zambry juga sepatutnya memohon Mahkamah mendapatkan perintah-perintah berikut iaitu perintah certiorari iaitu perintah mengenepikan atau memadam keputusan Sivakumar yang menggantung beliau dan enam exconya dan juga perintah mandamus iaitu perintah meminta Sivakumar menbenarkan beliau dan enam exconya hadir ke dalam sidang DUN Perak.

d. Tanpa perintah certiorari dan mandamus tersebut maka perintah perisytiharan yang Zambry dan enam exconya perolehi dari Mahkamah satu perintah yang tidak membawa apa-apa kesan ke atas Sivakumar. Berhadapan dengan perintah seperti itu Sivakumar dengan tenang akan menjawab begini “ So what !”


Mungkin pembaca ingin bertanya mengapa Zambry dan enam exconya tidak memohon perintah certiorari dan mandamus sebaliknya hanya memohon perintah perisytiharan sahaja.

Ada dua sebab mengapa mereka tidak berbuat demikian .

Sebab Pertama adalah peguam Zambry sendiri secara jelas mengakui semasa penghujahan di Mahkamah Persekutuan bahawa Zambry tidak boleh memohon perintah certiorari dan mandamus kerana kedua-dua perintah tersebut tidak boleh dipohon di dalam kes ini disebabkan doktrin pengasingan kuasa ( separation of powers ).

Dengan lain perkataan peguam Zambry mengakui bahawa berdasarkan doktrin pengasingan kuasa , Mahkamah tidak boleh memerintah Sivakumar sebagai speaker untuk sama ada memadamkan keputusannya atau membenarkan Zambry masuk dan hadir di dalam persidangan DUN Perak.

Hatta jika kita lihat kepada 10 perintah yang Zambry pohon kesemunya adalah perintah berbentuk perisytiharan sahaja. Malahan Mahkamah juga tidak membenarkan perintah perisytiharan supaya beliau dan enam exconya untuk masuk , menghadiri dan mengambil bahagian di dalam sidang DUN Perak

Sebab kedua adalah Zambry dan enam exconya telah tersalah memilih prosedur Mahkamah. Jika beliau ingin memohon perintah certiorari dan mandamus , beliau perlu membuat permohonan semakan kehakiman di bawah Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 dan bukannya melalui Saman Pemula seperti yang mereka buat. Memandangkan mereka telah tersalah prosedur maka mereka dengan berat hati terpaksa hanya berpuashati dengan perintah perisytiharan yang tidak membawa apa-apa makna .

Atas dasar itu juga peguam Sivakumar juga telah berhujah bahawa perintah perisytiharan yang Zambry pohon sebenarnya tidak membawa apa-apa faedah dan meminta Mahkamah tidak melayan perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry tersebut.

Hujah peguam Sivakumar adalah berasaskan apa yang dinyatakan di dalam kes Fan Yew Teng v Government of Malaysia di mana Mahkamah telah menerima pakai apa yang dinyatakan oleh Erskine May di dalam buku Parlimentary Procedure ( 17th Edition ) di mana penulis telah menyatakan

“ The decisions of the court are not accepted as binding the house in matters of privilege, nor the decision of the House by the courts.

( Terjemahan : keputusan Mahakamh tidak diterima sebagai mengikat Parlimen atau DUN di dalam perkara menyentuh keistimewaan , begitu juga keputusan Parlimen atau DUN tidak mengikat Mahkamah.” ).

Mengapa , mungkin saudara bertanya, Mahkamah benarkan juga perintah yang tidak berfaedah tersebut ? Jawapan mudah saya ia adalah perintah untuk mengambil hati Umno. Perumpamaan yang mudah , ia adalah ibarat hadiah saguhati kerana menyertai pertandingan.

Jenis Umno ni , kita bagi mereka wang 1 sen pun mereka melonjak gembira sedangkan 1 sen boleh beli apa ?

Seperkara lagi yang saya perlu kongsi di sini adalah mengenai sidang DUN di bawah pokok yang diadakan pada 3 hb Mac 2009. Isu keesahan ( validity ) persidangan di bawah pokok tersebut juga merupakan salah satu isu yang dirujuk oleh Zambry semasa beliau merujuk kes beliau ke Mahkamah Persekutuan di bawah Perkara 63 Perlembagaan Negeri Perak.

Isu yang dirujuk adalah sama ada sidang bawah pokok pada 3 Mac 2009 adalah sah apabila ianya dibuat tanpa perkenan Y.M Tuanku Sultan Perak.

Selepas mendengar hujah peguam Zambry dan peguam Sivakumar ,Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk tidak membuat apa-apa keputusan terhadap isu keesahan sidang DUN di bawah pokok pada 3 Mac 2009 tersebut. Secara tersirat kita boleh menyimpulkan bahawa Mahkamah bersetuju bahawa sidang DUN di bawah pokok adalah sah.

Memandangkan tiada perintah Mahkamah yang membatalkan keputusan sidang bawah pokok , Umno terpaksa menerima hakikat berikut :-

a. Persidangan DUN di bawah pokok telah mengesahkan ( endorsed ) keputusan Sivakumar yang menggantung Zambry dan enam exconya selama 18 bulan dan 12 bulan..

b. Dengan pengesahan tersebut maka keputusan penggantungan tersebut adalah sah dan masih mengikat Zambry dan enam exconya yang lain.

c. Di dalam samannya Zambry mengatakan keputusan Sivakumar adalah tidak sah kerana keputusannya tidak disahkan oleh DUN Perak. Memandangkan sidang DUN Perak pada 3 Mac 2009 telah mengesahkan keputusan Sivakumar yang dibuat pada 18 Fenruari 2009 dan memandangkan Mahkamah Persekutuan tidak membuat apa –apa keputusan yang mengisytiharkan sidang bawah pokok adalah tidak sah maka keputusan DUN Perak di bawah pokok adalah sah dan mengikat Zambry serta enam exconya.

d. Apa yang Mahkamah putuskan hanya melibatkan keputusan Sivakumar pada 18 hb Februari dan bukannya keputusan DUN Perak pada 3 hb Mac 2009.

Kesimpulannya Umno hanya dapat perintah Mahkamah yang tidak membawa apa-apa faedah.

Wednesday, April 15, 2009

UMNO TERENGGANU Pengkhianat Rakyat





Ni nak tanye ni, mu orang-orang UMNO Terengganu ni, bakpe mu baloh sokmo same sendiri? Di berinya kuasa, mu bahang pitih masuk poket mu sendiri, tok kisoh mane2 bahagiang pong. Mu pegang duit royalti minyok, tapi mu dok membangungkan tranung. Mu gi wak monsoong Kap pulok doh, rakyat hok laing jd misking smpai bile2. PAS pegang 4 tahun lagi molek dari puok2 mu perintoh puluh2 tahun.

Ada duit untuk rakyat, mu g wak taman tamadun islam hok dok beri pekdoh pon pada rakyat sendiri. wak masjik utk pelancong. Habis ratus2 jute kat projek kawang2 mu je, konong nok mebangungkan teranung, pastu baloh sama sendiri puok2 mu. Padanglah dgn puok2 mu, pahtu

mu amik nama aku register jadi ahli parti mu. Last2 status aku ni jadi ahli Hantu je. UMNO Terengganu adalah UMNO yang paling tak bela rakyat sendiri dlm bnyk2 umno kat Malaysia ni. Kita berckap berdasarkan sumber pendapatan kerajaan negeri dengan nisbah rakyat melayu terengganu yang misking tu ghama (ramai). Natang ape gini, mane gi pitih2 hok mu dapak berpuluh2 tahun hasil dari royalti minyok tuh? Bakpe mu kayakan dirimu dgn puok2 mu je? bakpe mu biar rakyat2 bawah2 ni miskin serupe tule je?

Dah la UMNO Terengganu, mu menang pong sbb pengundi hantu dengan Undi POS, kalu dok reti perintoh, ni bagi je ke Pakatang Rakyak, baru senang hidup rakyak!

Ahli Hantu UMNO Chabang Tiga
(Bile mu orang nak pecak aku ni?)

MINI KARNIVAL WANITA BERSAMA RAKYAT





MINI KARNIVAL WANITA BERSAMA RAKYAT
Tarikh : 18 April 2009 (Sabtu)
Tempat : 419, Persiaran Idaman Villa, Bandar Baru Sendayan, Seremban.
Masa : 3 ptg – 12 mlm

Semua Dijemput Hadir

TENTATIF PROGRAM1
3 ptg – 7 mlm :

DIALOG SANTAI BERSAMA
YB Zuraidah Kamarudin (Ketua Wanita Keadilan Pusat / Ahli Parlimen Ampang)
YB Haniza Talha (Timbalan Speaker Wanita Selangor)
YB Siti Mariah Mahmud (Ahli Parlimen Kota Raja)
che'GuBard (MPT Keadilan / Ketua Bahagian Rembau)
YBhg Aisah Lamsah (Ketua Wanita Keadilan N.S)
(Ketua Dewan Muslimat PAS NS)

- PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA
- PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK
- Kaunter keahlian Keadilan, PAS, DAP
- ahli keADILan boleh dapatkan Kad Keahlian mereka
- Kaunter pendaftaran pengundi baru SPR
- Demonstrasi teh tarik oleh bekas juara teh tarik F&N 2004
- Penyampaian Sumbangan kepada anak-anak yatim / miskin
- JAMUAN PETANG


TENTATIF PROGRAM 2
WAKTU : Jam 9.00 Malam

CERAMAH PERDANA ISU SENDAYAN & PELANCARAN VCD SENDAYAN
Masa : 9 mlm
Penceramah :
YB Zuraidah Kamarudin (Ahli Parlimen Ampang / Ketua Wanita Keadilan Pusat)
YB Taufek Abd. Ghani (ADUN Paroi)
YB Chaa Kee Chin (ADUN Kepayang / DAP)
YB Aminuddin Harun (ADUN Sikamat / Keadilan)
che'GuBard (MPT Keadilan/ Ketua Bahagian Keadilan Rembau)

- PENYAMPAIAN HADIAH
- PRA PELANCARAN SRI KANDI KEADILAN

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi talian 012 3696474 Norazizi
Kepada yang ingin sama menderma untuk sumbangan anak yatim dan fakir miskin boleh hubungi Pengarah Program Pn. Mas Ayu 0173795204

Anjuran :
Wanita Keadilan Bahagian Rembau dengan Kerjasama Keadilan Bahagian Rembau
serta Wanita Keadilan Negeri Sembilan dengan sokongan PAS Rembau.

Friday, April 10, 2009

Mahasiswa Jurubicara Masyarakat

Mempunyai pengetahuan am dalam hal ehwal semasa dan perkembangan politik negara sepatutnya adalah menjadi perkara yang wajib ada pada mahasiswa dinamik, kerana mahasiswa ini adalah jurubicara masyarakat. Tetapi masalah mahasiswa sekarang ini adalah, mereka takut untuk bersuara atau melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti yang melibatkan politik khususnya yang melibatkan parti-parti bukan kerajaan. Ini adalah disebabkan adanya AUKU atau akta-akta lain yang menyekat kebebasan mahasiswa ini.



Memetik kata-kata Tun Dr. Mahathir;

“I am disappointed. When I talk to young people in the university, they are not interested. They are not interested in what is happening. They are interested in AUKU, akta Universiti dan Kolej Universiti. Kononnya kerana akta itulah maka mereka tidak boleh bergerak. Itu semua bohong, Zaman british dulu saya jugak tak dibenar terlibat dengan politik walaupun dalam universiti ataupun sebagai pegawai kerajaan. Tapi ada cara, kita boleh get around such regulations and rules, if you want, if you love your country. You’ll take the risk. But this one, tiada pun minimal risk, just to say outloud pun tak berani. Kalau nak bercakap, bisik. I’m so sorry to say this, because I’m disappointed in my own race. Selama ini saya cuba nak tukar pemikiran orang melayu, I failed.”



-Tun Dr. Mahathir



Tetapi semua ini akan berubah, apabila banyak pihak, samada ahli akademik, pemimpin politik, pemimpin mahasiswa dan individu tertentu mencadangkan supaya AUKU dipinda kearah yang lebih positif untuk kebaikan mahasiswa pada masa akan datang. Sebagai mahasiswa, saya melihat hujah dan pandangan yang dikemukakan oleh banyak pihak berkenaan kesan positif pindaan ini wajar dijadikan asas yang kukuh kearah melahirkan modal insan yang berkualiti. Walaupun mahasiswa itu tidak dibenarkan untuk memegang apa-apa jawatan dalam parti politik, namun sekurang-kurangnya dapat menjadi ahli biasa sudah memadai sebagai langkah pertama mendekatkan mahasiswa dengan hal ehwal semasa dan perkembangan politk negara.



Mahasiswa ini adalah Jurubicara Masyarakat. Sepatutnya, bukannya mahasiswa ini hanya tahu belajar, tamat belajar dan selepas itu cari kerja sahaja. Sebagai orang yang berpelajaran tinggi, golongan inilah yang sepatutnya bebas menyuarakan pendapat mereka dari segi akademik atau ekonomi. Ini pemuda-pemudi yang mempunyai cita-cita murni dan idealisme, solid untuk memperjuangkan nasib agama dan bangsa. Bukannya pemuda-pemudi ini membutakan mata dan memekakkan telinga dengan isu-isu semasa. Mahasiswa apa ini?



Lihat contoh terdekat di negara jiran, Indonesia. Gerakan pelajar mereka sungguh kuat dalam memainkan peranan penting dalam menjadi ‘check and balance ‘ kepada pemerintahan kerajaan Indonesia. ‘Gerakan Pelajar’ inilah yang telah memberikan transformasi dan reformasi dalam sistem kerajaan Indonesia kepada sistem yang lebih berdemokrasi dan pro rakyat.



Jika mahasiswa ini mempunyai perasaan takut untuk menjadi lebih dinamik, maka akhirnya tidak ke manalah apabila;



Mahasiswa takut kepada Pensyarah

Pensyarah takut kepada Dekan

Dekan Takut kepada Rektor

Rektor takut kepada Menteri

Menteri takut pada Presiden

Presiden takut kepada Mahasiswa




Jikalau anda perhatikan pada kenyataan terakhir itu, inilah yang saya maksudkan dengan ‘Student Power’.

Tetapi apabila budaya takut ini menular, semuanya jadi tidak dinamiklah akhirnya. Negara tidak maju ke hadapan dan idea tidak berkembang. Saya tidak mengatakan Mahasiswa itu perlu extreme dalam soal-soal hal ehwal semasa ini, tetapi sekurang-kurangnya ada pengatahuan, dan menyumbangkan idea bagi mengurangkan masalah-masalah negara, seperti yang saya sebut tadi, Mahasiswa adalah jurubicara masyarakat.



Mahasiswa adalah generasi muda yang matang, berfikiran terbuka dan sedia menerima pandangan sama ada daripada parti pembangkang mahupun parti pemerintah. Senario ini menjadikan mahasiswa lebih rasional dalam membuat keputusan. Kematangan ini sebagai persediaan mereka menjadi lebih dinamik serta mempunyai keyakinan terus bersaing pada peringkat global



Baru-baru ini kita ada mendengar sudah ada kumpulan yang ingin mendaftarkan ‘Parti Mahasiswa Negara’ ke Pendaftar Pertubuhan. Isu ini sepatutnya didebatkan oleh golongan cendekiawan atau professional samada sudah layakkah mereka-mereka ini untuk melibatkan diri dengan politik sepenuh masa, kerana mereka itu adalah Mahasiswa. Ini saya tidak bersetuju, kerana Mahasiswa tidak boleh menumpukan sepenuh masa untuk menjadi ahli politik, bagaimana pula dengan Kelas yang perlu dihadiri dan bagaiman pula ingin menjadi Wakil Rakyat dalam masa yang sama?



Di sini lah perbezaan diantara wakil rakyat dan Jurubicara Masyarakat itu perlu difahami oleh golongan-golongan Mahasiswa ini.





Mullahkane
Bekas Mahasiswa Universiti Bumiputera

Wednesday, April 8, 2009

Mengapa Ini Terjadi, Wahai PerKeMBer?

1. Perdana Menteri Flip-Flop dah letak jawatan pun, kalah 1-2 jugak.
2. Master of Puppet masuk balik parti dan turun kempen pun, kalah 1-2 jugak.
3. Tabur duit kepada pengundi-pengundi pun, kalah 1-2 jugak.
4. Buat Projek Kilat Mee Segera pun, kalah 1-2 jugak.
5. Memperkudakan S.P.R pun, kalah 1-2 jugak.
6. Tayang video Pak Sheikh hentam PAS dan DAP 14 tahun lepas pun (Yang ni cara paling desperate dan tak releven, malah memperbodohkan diri mereka sendiri) kalah 1-2 jugak.
7. Buat Transformasi dan peralihan kuasa pun, kalah 1-2 jugak.

Sejak dari P.R.U Mac 2008, dah kalah 4 dari 5 P.R.K selepas itu. Padahal P.R.K lah cara paling senang nak rampas kerusi, kerana Media Perdana, Agensi Kerajaan diperkudakan sepenuhnya bagi membantu kempen mereka, hingga kempen menjadi berat sebelah, menjadi PARTI VS KERAJAAN dan bukan PARTI VS PARTI.

Inilah akibatnya menukarkan arah perjuangan parti dari Parti Politik kepada Parti Korporat. Membela Nasib Orang Melayu telah menjadi slogan yang usang. Yang di atas mengejar jawatan dalam parti hingga timbul pepecahan dalaman, mengaut projek dan kontrak bernilai juta-juta untuk kepentingan perut sendiri dan kroni. Yang dibawah kejar 2, 3 ratus time pilihanraya atau pemilihan parti. Agenda Melayu menjadi minoriti di dalam arah hala tuju perjuangan parti. Menindas rakyat sendiri apabila merobohkan kampung-kampung peneroka melayu yang sudah diwujudkan puluhan tahun untuk memberi jalan kepada projek tokey-tokey besar.

Utusan Meloya dan TV123 tak henti-henti menjadi kuda tunggangan memperbodohkan pemikiran rakyat dengan agenda-agenda sempit dan berits putar alam. Tiada lagi kebebasan media apabila berterusan menjadi alat propaganda satu pihak sahaja.

Hanya mereka yang mempunyai mentaliti ahli-ahli bawahan ini sahaja yang akan melenting dan marah apabila artikel ini dikeluarkan, sambil memaki hamun penulis artikel ini sambil terpaksa mengakui hakikat kebenaran penulisan ini yang nyata. Hanya mereka yang dapat berfikir dengan waras akan dapat menerima kenyataan ini. Ini bukan cerita dongeng, ini bukan cerita palsu, tetapi suatu hari nanti kenyataan ini akan menjadi hikayat rakyat yang akan diingati selama ratusan tahun. Seperti Hikayat Hang Tuah membela melayu, penuh dengan pelbagai kontroversi baik dari segi Sultannya, derhakanya, kesetiaannya, sahabat-sahabatnya, samalah dengan situasi sekarang ini.


mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik...”


MULLAHKANE

Tuesday, April 7, 2009

Rayuan Undilah PAS Bagi Kerajaan PR (DS Nizar)




Asalamu'alaikum dan salam sejahtera

Setelah selamat hari penamaan calun , maka petugas telah membantu untuk saya menjelajah keseluruh pelusuk dan kawasan parlimen P059 Bukit Gantang.

Saya dapat melihat sendiri keadaan serta suasana kehidupan rakyat. Walaupun terpaksa berhadapan berbagai rintangan dan tohmahan serta tekanan, namun semuanya dapat dihadapi dengan tenang dan penuh kesabaran.

Selaku calun, saya mahu mengambil kesempatan melalui blog ini bagi memohon keampunan dan kemaafan dari seluruh pengundi, warga bkt gantang, petugas parti termasuk sahabat dan kenalan serta petugas dari umno-bn yang datang dari seluruh pelusuk tanah air, jika sekiranya ada dan wujud disepanjang kempen dan kehadiran saya dimana -mana majlis ceramah, kematian, tahlil, perkahwinan dan apa jua, saya menyentuh perasaan atau mengguris hati , maka saya merayu dan memohon untuk dimaafkan serta diampunkan kesemua kesilapan dan kesalahan saya. Jauh dilubuk hati saya tidak berniat negatif dan jahat, namun di sebaliknya hanya sekadar mengenengahkan haq dan kebenaran dan mengembalikan kestabilan politik di Perak dan Malaysia.

Kepada pimpinan Pakatan Rakyat peringkat negeri dan pusat terima kasih atas kepercayaan mencalunkan saya bagi mewakili Pakatan Rakyat dari PAS.

Kepada semua pengundi di Bkt Gantang, Bkt Selambau dan Btg Ai, selamat mengundi dan undilah Pakatan Rakyat. UNDILAH PAS UNTUK SEMUA. VOTE FOR PAS.

Kepada semua petugas parti PAS, DAP dan PKR, terima kasih tidak terhingga. Kepada Bloggers dan media, NGO tempatan dan luar negara, anggota keselamatan Pois dan perisik, terima kasih banyak-banyak! kepada semua penyumbang derma dan tenaga serta masa, selamat berjuang.

Kepada warga Bukit Gantang , selamat mengundi PAS. Hidup Rakyat dan Wasalam.

Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin

Sunday, April 5, 2009

UNDILAH CALON PAKATAN RAKYAT














MAHKAMAH BUKTIKAN SECARA JELAS NIZAR TIDAK DERHAKA
OLEH : BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI PERAK

Sejak krisis Perak dicetuskan oleh Umno, parti tersebut tidak henti-henti menuduh Y.B Dato’ Seri Nizar Jamaluddin sebagai penderhaka. Tuduhan derhaka tersebut dibuat hanya di atas andaian jahat semata-mata. Umno mengandaikan Y.B Dato’ Seri Nizar derhaka kerana enggan mematuhi keputusan Y.M Tuanku Sultan Perak.

Meskipun Umno sedar tuduhan derhaka tersebut tidak mempunyai asas sama sekali namun di atas prinsip “matlamat menghalalkan cara” yang menjadi teras atau rukun politik Umno, gendang derhaka tersebut terus menerus dipalu oleh Umno bagi mendapat undi rakyat dengan cara yang tidak bermaruah. Sejak dari awal Dato Seri Nizar dan Pakatan Rakyat ( PR ) tidak pernah berniat jauh sekali menderhaka kepada Y.M Tuanku Sultan. PR dan Dato’Seri Nizar menerima dengan terbuka konsep Raja berperlembagaan

PR boleh dan telah pun mengemukakan bukti-bukti sahih dan kuat yang secara jelas menunjukkan Umno adalah sebenarnya penderhaka kepada Sutan. Bukti-bukti yang PR kemukakan adalah bukti-bukti yang boleh diperolehi secara mudah dari rekod-rekod awam ( public record ) dan rekod rasmi. Apa yang berlaku sebenarnya adalah penderhaka Umno menuduh Dato’ Seri Nizar yang tidak derhaka sebagai penderhaka.

Dato’ Seri Nizar telah memfailkan saman ( semakan kehakiman ) ke atas Dato Dr Zambry di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mendapatkan antara lain perintah bahawa Dato Seri Nizar diisytiharkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Memandangkan beliau masih sebagai Menteri Besar Perak yang sah maka Dato Zambri tidak berhak memegang jawatan tersebut.

Semasa pendengaran saman tersebut pada 2/4/2009 ( khamis) yang lalu, pihak Peguam Negara telah bermatian-matian membantah saman Dato’ Seri Nizar tersebut di atas alasan Dato Seri Nizar sebenarnya mencabar keputusan Y.M Tuanku Sultan Perak dan keputusan Sultan, menurut Peguam Negara , tidak boleh dipertikaikan atau disemak oleh Mahkamah.

Pasukan Peguam Nizar berhujah bahawa Dato Seri Nizar tidak pernah berniat jauh sekali mencabar keputusan Y.M Sultan Perak . Peguam Dato’ Seri Nizar juga bersetuju bahawa kuasa Sultan tidak boleh dicabar di Mahkamah. Namun bagi mereka yang mahir dalam undang-undang pentadbiran ( administrative law ) , mereka tentu arif bahawa undang-undang membenarkan Mahkamah bertanyakan kepada mana-mana penjawat awam seperti Dato Zambry atas kuasa apakah beliau layak memegang jawatan tersebut di bawah Undang-Undang Tubuh Negeri Perak di dalam keadaan Nizar mendakwa beliau masih lagi Menteri Besar yang sah.

Pada 3/4/2009 ( Jumaat ) iaitu pada jam 3.50 petang ,Y.A Hakim Dato Abdul Aziz Abdul Rahim menolak bantahan Peguam Negara dan memutuskan permohonan Dato Seri Nizar bukan permohonan yang remeh ( not frivolous ) sebaliknya permohonan tersebut mempunyai merit dan asas yang kuat. Mahkamah menolak hujah Peguam Negara bahawa Dato Seri Nizar mencabar keputusan Sultan kerana berdasarkan saman yang Dato’ Seri Nizar failkan di Mahkamah adalah jelas Dato Seri Nizar tidak menyaman Sultan atau mempertikaikan keputusan Sultan.

Keputusan Mahkamah tersebut secara jelas dan terang menunjukkan bahawa sejak dari awal Nizar tidak pernah mempertikaikan keputusan Sultan . Keputusan tersebut sekaligus menyangkal dakwaan tidak berasas Umno bahawa Nizar adalah pernderhaka.
Keputusan Mahkamah membuktikan secara jelas bahawa isu derhaka yang Umno mainkan selama ini adalah satu politik jahat , politik murahan dan politik putar belit Umno Beginilah politik Umno dulu, kini dan tak tahu sampai bila.

Siapa Pejuang Melayu Sebenar?

Ada sesetengah orang mungkin akan menganggap saya ini radikal dengan taksub kepada pembangkang semata-mata.. Tetapi, ingin saya nyatakan, perjuangan bangsa melayu bukan hak mutlak UMNO sahaja. Juga Perjuangan Islam ini bukan Hak Mutlak PAS sahaja. Termasuklah Perjuangan Keadilan sejagat juga bukan hak mutlak PKR. PAS juga perjuangkan Melayu, malah menjaga melayu untuk dunia sampai akhirat. Kita sering terkeliru dengan perjuangan menyokong parti atau menyokong pemimpin parti. Itu yang jadi undi protes tu, sayangkan parti, tapi tak sokong pemimpin parti. Bila nak sokong PKR, orang2 UMNO menganggap Anwar itu nak jual melayu lah, dan lain-lain. Bila nak sokong UMNO pulak, keluar cerita rasuahlah, mongolia lah, dan macam2 hal.

Sokong Parti atau sokong pemimpin yang membawa parti tersebut?

Bila sokongan parti lebih besar dari sokongan kepada agenda perjuangan asal,

Masa pilihanraya terpaksa undi jugak calon parti walaupun kita sendiri dah tau yang calon tersebut tak elok, kotor dan lain-lain. Maka hasilnya, calon yang tidak elok tadi pun menanglah hasil dari sokongan undi kita, resultnya, parti mempunyai pemimpin-pemimpin yang tidak elok dan menguasai parti ini. Boleh merosakkan bangsa sendiri kalau pemimpin yidak elok yang kita pilih tadi itu banyak agenda sendiri melebihi agenda rakyat, semasa menjadi pemimpin. Bab kata Dr. M, kalau letak tunggul kayu sekali pun jadi calon, orang umno akan sokong jugak kerana tunggul tadi itu adalah Cap UMNO. Walaupun calon lawan itu mempunyai peribadi dan karisma yang amat tinggi. Contohnya semasa PRK Ijok 2007. Orang UMNO terpaksa menyokong Calon Hindu untuk menjadi pemimpin masyarakat mereka di IJOK. Calon satu lagi yang lebih berkaliber, tokoh korporat besar dan Melayu, di tolak oleh orang2 UMNO ini.

Kalau dah tau sesetengah pemimpin itu korup, kotor dan lari dari agenda perjuangan rakyat tidak kira lah PAS ke, PKR ke UMNO ke, kita kena lah tolak. Termasuklah calon-calon yang tunduk kepada pemimpin-pemimpin mereka yang rasuah dan kaki kebas harta rakyat. Ini namanya pembersihan dalaman, (reformasi = Islah Mastata'tum = Menuntut Perubahan Ke Arah Kebaikan)

Saya secara peribadi, tidak mempunyai apa-apa masalah dengan UMNO. Kerana saya dilahirkan dalam keluarga Hardcore UMNO. Yang saya tentang adalah pemimpin2 dalam parti itu yang sepatutnya dijatuhkan oleh rakyat kerana masalah korupsinya, masalah bolot kekayaan negara utk diri sendiri, kroni dan keluarga. Lagi-lagi UMNO yang ada sekarang adalah UMNO baru ciptaan Dr. M, sebuah parti yang 100% tiada kaitan dengan UMNO sebenar yang ditubuhkan sebelum merdeka itu. Semasa UMNO diharamkan pada tahun 1988, ada pihak yang cuba menghidupkan kembali UMNO dengan memberi nama "UMNO MALAYSIA", diketuai oleh kumpulan-kumpulan Tunku Abdul Rahman. Beliau bersama tokoh-tokoh umno yang lain telah cuba mendaftar pertubuhan UMNO MALAYSIA ini di Pendaftar Pertubuhan. Melihat kepada keadaan ini, Dr. M dan konco-konconya cepat-cepat menghantar borang pertubuhan baru iaitu 'UMNO BARU'. Logo UMNO yang ada sekarang ini adalah logo UMNO Baru. Walaubagaimanapun, secara ajaibnya, permohonan pertama Penubuhan UMNO MALAYSIA tadi telah ditolak oleh R.O.S, dan secara ajaib lagi UMNO BARU diterima sebagai Parti Politik baru yang sah. Maka lahirlah UMNO BARU dimana cita-cita perjuangannya lebih kepada mengaut kekayaan dan projek, beransur-ansur menjadi parti korporat dan bukan parti perjuangan rakyat lagi. Itu yang menyebabkan UMNO BARU sekarang ini dilanda dengan pelbagai masalah korupsi, berebut kontrak, projek, tanah dan saham atas nama bumiputera kerana mereka yang mengawal semua-semua ini. Bumiputera lain yang bukan UMNO tidak ada peluang atau punyai peluang yang tipis sahaja untuk merebut peluang dasar istimewa bumiputera ini.

PArti perjuangan adalah parti yang membela Rakyat secara tutp mata dan bukan terpilih. Kenyataan ini bukan di tujukan pada UMNO sahaja, malah kepada PAS dan PKR sekali pun.

Pemimpin PKR Korup, kita tolak.. Pemimpin PAS korup, kita tolak. Pemimpin PR curi tanah kerajaan atau kontrak, kita tolak dan heret mereka ke bawah. Bukannya kita membuta tuli menyokong mereka2 ini dan bantu mengangkat pencuri2 ini, tidak terkecuali PAS, PKR dan UMNO.

Kawan-kawanku, janganlah ambil hati, take it personal apabila kita kadang2 berbicara soal politik perjuangan melayu ini. Seperti yang saya katakan, perjuangan Melayu itu bukan Hak Mutlak UMNO, Perjuangan Islam itu bukan hak mutlak PAS, perjuangan Keadilan Sejagat itu bukan Hak Mutlak PKR.

Saya pun sayang melayu, saya pun mempunyai agenda2 UMNO didalam diri saya dari segi perjuangan Melayu. Cuma, saya lagi suka jika UMNO kembali kepada perjuangan asal, bukan mcm sekarang ini terpalit dengan Pelbagai isu korupsi, parti projek dll.. Saya Sokong UMNO jika UMNO membela orang2 melayu sambil tutup mata (bukan secara terpilih atau punyai target segmentation dimana hanya segelintir orang2 melayu yang ditolong dan diangkat..

Matlamat:
Islam, Melayu dan Rakyat nombor satu.
Projek, saham, kontrak tu biar yang kedua lah, itu pun jangan la bolot diri sendiri atau kroni-kroni, pembangkang pon melayu dan bumiputera.

Pemuda UMNO,
Jika ada pemimpin2 UMNO lain yang nak robohkan kg. Peneroka melayu semata-mata untuk memberi jalan kepada projek kawan-kawan depa, saya mintak pemuda-pemuda UMNO ini turunlah jadi perisai manusia, lawan balik orang-orang yang nak robohkan kampung-kampung melayu itu. Bukan cium keris depan tv sambil blakang tv itu memperkayakan diri sendiri dengan memperalatkan DEB utk perut dia sendiri. Pemuda ini mempunyai cita-cita murni, idealisma, bangkit mempertahankan isu2 melayu dan bukan mempertahankan pemimpin2 yang korup. Pemuda UMNO, bersama-sama bangkit menuntut PPSMI di kembalikan ke Bahasa Melayu, kerana sebagai pejuang Melayu, anda semua mesti mempertahankan mati-matian bahasa ibunda kita ini.


Pergi belajar dengan PEMUDA PAS, macam mana hendak berjuang isu2 ketuanan melayu yang sebenar ini. Selama ini Pemuda PAS yang banyak turun pdng mempertahankan melayu bawah-bawah ini, UMNO pula syik membela tokey-tokey besar sahaja.

Pilihanraya Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai, sokonglh calon yang akan membawa perubahan, bukan calon yang mengampu.

mullahkane

About MULLAHKANE

"I am learning to understand rather than immediately judge or to be judged. I cannot blindly follow the crowd and accept their approach. I will not allow myself to indulge in the usual manipulating game of role creation.

Fortunately for me, my self-knowledge has transcended that and I have come to understand that life is best to be lived and not to be conceptualized. I am happy because I am growing daily and I am honestly not knowing where the limit lies. To be certain, every day there can be a revelation or a new discovery. I treasure the memory of the past misfortunes. It has added more to my bank of fortitude.

I'm not in this world to live up to your expectations and you're not in this world to live up to mine.If I tell you I'm good, you would probably think I'm boasting, If I tell you I'm no good, You know I'm lying. If you don't want to slip up tomorrow, speak the truth today.

I am not teaching you anything. I just help you to explore yourself. Because what works well with me might not work for you, and vice-versa!"

Mullahkane