Saturday, January 24, 2009

Jaga Dunia Sahaja, atau Akhirat Sekali?

Salam Sdr Amierrul,
:
Dalam ingatan saya, perkara ini tak kunjung sepi jadi pertikaian, biarpun sudah acap kali di perjelaskan oleh pendokong, pemimpin mahupun "kipas susah mati" UMNO. Saya sekadar mengulangi semula apa yang sudah pernahpun diperjelaskan dalam "thread-thread" Prowaris yang terdahulu berkenaan kenyataan saudara "UMNO jaga melayu di dunia ini sahaja".
:
Sekalipun asal-usul perjuangan UMNO adalah untuk mempertahankan hak Melayu dan Raja-Rajanya di Tanah Melayu, harus kita jangan cetek melihat UMNO semata-mata menjaga bangsanya di dunia semata. Pendapat begini adalah suatu pendapat yang sedikit dangkal dan kurang adil.Sekalipun UMNO meletakkan nama Melayu di dalam pertubuhannya, mesti itu jangan dijadikan ukuran yang UMNO tidak pernah memperjuangkan Islam. Harus kita ingat, UMNO lah yang meletakkan "batu asas" Islam sebagai agama rasmi negara. Dan UMNO jugalah yang masih (sekalipun senantiasa terhimpit dek kerana konon menidakkan hak asasi manusia) tetap mempertahankan Perlembagaan Malaysia yang menyatakan hak-hak tersebut sepertimana terkandung dalam Artikel 11 dan 160.
:
Tidaklah saya berniat mengungkit isu Lina Joy dan yang bersangkutan kerana hakikatnya kita tidakpun berjaya mendorong mereka kembali ke jalan yang benar. Namun sekurang-kurangnya jelas terlihat, usaha mempertahankan kesucian dan memperjuangkan ugama itu ada kan?Dan UMNO lah yang merupakan pimpinan tertinggi negara, akhirnya sudi juga mengisytiharkan Malaysia sebagai Negara Islam, biarpun didakwa lebih kepada bersifat kosmetik cuma.Bukan mendabik dada mengenang jasa-jasa lampau, tetapi sekadar melampirkan bukti bahwa tidak adil memperkatakan UMNO memperjuang Melayu di dunia sahaja. Anggaplah Melayu itu cuma suatu nama yang gunanya untuk melindungi objektif Islam nya dalam UMNO.
:
Dalam kata lain, melindungi Melayu itu seakan membolehkan beberapa kepentingan orang-orang Islam di tanah airnya terjaga.Tidaklah dikatakan pula UMNO telah begitu berjaya sekali memperjuangkan Islam. Kadangkala diakui "roh dan agenda" Islam itu semakin hilang dalam perlaksanaan program-programnya hari ini. Maka hasilnya, bukan sedikit kesilapan dan dosa-dosa UMNO menidakkan hak kebenaran dan keadilan melalui salah guna dasar-dasar dan rancangan pembangunannya, yang kadangkala ternampak lebih memperkayakan yang sedikit sementara yang miskin tegar masih juga bernama Melayu. Malahan, cukup dukacita kerana di abad 21 pun masih ada kampung-kampung Melayu tertentu yang tidak bersumber air bersih dan sekadar disinari lampu minyak tanah pada malam hari.
:
Dan ironinya orang Melayu itulah orang Islam.Mungkin ini antara silapnya UMNO hari ini. "Roh" Islam semakin hilang. Keadilan, kebenaran dan memperkasakan Islam dan Melayu, yang sepatutnya merupakan serampang dua mata perjuangan UMNO di lihat banyak semakin pudar. Sedangkan inilah sepatutnya perjuangan UMNO yang sebenar. Sayang sekali!
:
Dan Sdr Amirul,
:
Meletakkan Islam sebagai salah satu perkataan dalam nama sesuatu pertubuhan dan meletakkan Islam sebagai agenda perjuangan utama, tidaklah menjamin lurah perjuangan itu akan sentiasa kekal betul dan tepat. Bisa saja ianya terpesong, lari dan kadangkala merugikan agama dan bangsa.
:
Dan apatah lagi bagi sesuatu pertubuhan yang melalui liku pancaroba dan onak duri sistem politik Malaysia yang kotor, penuh fitnah dan ambil kesempatan sentiasa berlaku. Tatkala itu, antara objektif mengejar Islam dan mengejar kuasa, mungkin kuasa yang di dulukan. Nafsu, rasa tidak sabar dan dengki boleh saja menguasai diri. Mungkin waktu itu berganding bahu dengan suatu puak yang jelas-jelas tidak bersetuju banyak perkara dengan Islam nampak lebih mengasyikkan walhal tatkala itu masih ada cara yang lain. Saya takut, saat itu golongan tadi sudah tiada lagi dalam cabang memperjuangkan Islam, sebaliknya yang menyalahgunakan ugama.
:
Wallahualam.
A.A.R
______________________________________
Saudara A.A.R,
:
Baiklah, saya terima hujah saudara yang ada pro dan kontra dalam isu UMNO dan Islam. Syabas saudara juga mengakui UMNO ada silap dan kelemahan ketara bab-bab islam ini. Saya tidak kata UMNO ni tak islamik langsung dan hanya keduniaan semata-mata, saya cuma quote-unquote ayat TG Nik Aziz, bahawa PAS juga Jaga Melayu, Bahkan Jaga Melayu dari Dunia smpai Akhirat. Cuma, bagi saya, perlembagaan Utama UMNO adalah bersifatkan Assobiyah dan keBANGSAan sahaja.
:
Bab-bab Islam ini dalam UMNO hanya isu-isu yang kecil sahaja dan kurang bersifat Syariah, lagi pun kalau dillhat pada pemimpin-pemimpin utama UMNO pun, kebanyakkannya terpalit dengan isu-isu negetif.
:
1. Rasuah,
:
2. Menggunakan Pangkat untuk mengkayakan diri sendiri,
:
3. menyalahgunakan Dasar Bumiputra untuk mengkayakan diri sendiri,
:
4. tidak serius soal penghapusan MURTAD yang sebenarnya ada lg beratus2 kes selain dari Lina Joy,
:
5. Buat Masjid utk perlancongan, intipati perjuangan Islam tidak dihayati...
:
6. roboh surau,
:
7. Judi dan Kilang arak,
:
8. tidak sokong undang-undang syariah, menolak pelaksanaan hukum hudud di negeri2 yang dah diluluskan enakmen hudud seperti Kelantan dan Terengganu.
:
9. Berpandukan Perlembagaan SuruhanJaya Reid sebagai rujukan utama pemerintahan,
Meneruskan /terus menerus menyokong Dasar British yang menghapuskan undang-undang Islam di malaysia ini suatu ketika dahulu,
:
10. Meneruskan Agenda Amerika terhadap umat islam melalui ISA, (dengan menangkap orang2 yang disyaki militan islam - ini adalah agenda amerika terhadap perang menentang Pengganas, dan pelaksana ISA ini menjadi Agen Amerika syarikat di Malaysia ini) Menangkap mujahideen2 melayu yang pergi menyertai jihad di afghan dan ambon an disumbat ke ISA atas alasan keselamatan negara dan juga arahan dari Amerika yang melabelkan mereka2 ini sebagai Pengganas) Siapa sebenar Agen Amerika ini, Anwar atau Pelaksana Agenda Amerika?)
:
11. Membahagikan Undang-undang kepada dua, satu untuk pemimpin atasan (kebal dari dakwaan biar pun kertas siasatan utk dakwaan sudah siap) satu lagi pada rakyat bawahan ( rasuah 30 ringgit kene tangkap senang2 je)
:
12. Merobohkan kampung2 peneroka melayu yang dah established 20, 30 tahun di johor, di selangor, kg. rimba jaya, kg. berembang dll.. untuk bagi jalan pada projek kroni2. (Ini ke pembela orang-orang melayu, kita nmpk video surau dirobohkan, orang2 kampung menangis, orang2 tua bergelut dgn FRU, budak2 skolah cari buku2 atas robohan rumah, budak2 study bwh khemah.... Ada pesara Tentera menangis, mengatakan inikah balasan kerajaan setelah dia berkhidmat lama dgn tentera, projek lg penting)
:
Sekarang saudara atau mana2 pembaca, pergi point-ke-point dan jelaskan adakah perkara itu ISLAMIK atau TIDAK dari 1 - 12 tu, setakat pengetahun umum yang saya tahu. kerana kita berhujah berdasarkan fakta dan sejarah, dan semua itu adalah fakta dan sejarah dan bukan persepsi dan andaian saya.
:

Mullahkane

No comments:

Post a Comment

About MULLAHKANE

"I am learning to understand rather than immediately judge or to be judged. I cannot blindly follow the crowd and accept their approach. I will not allow myself to indulge in the usual manipulating game of role creation.

Fortunately for me, my self-knowledge has transcended that and I have come to understand that life is best to be lived and not to be conceptualized. I am happy because I am growing daily and I am honestly not knowing where the limit lies. To be certain, every day there can be a revelation or a new discovery. I treasure the memory of the past misfortunes. It has added more to my bank of fortitude.

I'm not in this world to live up to your expectations and you're not in this world to live up to mine.If I tell you I'm good, you would probably think I'm boasting, If I tell you I'm no good, You know I'm lying. If you don't want to slip up tomorrow, speak the truth today.

I am not teaching you anything. I just help you to explore yourself. Because what works well with me might not work for you, and vice-versa!"

Mullahkane