Disini saya ingin membela nasib rakan-rakan usahawan yang telah menarik diri dari program keusahawanan Hadhari CAttle Industry ini.
Ya, dan saya adalah salah seorang dari peserta terbaru yang telah menarik diri. Khabarnya, program-program keusahawanan yang dijanjikan oleh Pihak Hadhari Cattle Industry ini tak berjalan pun.
:
Ya, mungkin anda semua ingat, "Biasalah sebab kegawatan ekonomi ni biasalah projek tak jalan".
:
Yang menjadi masalahnya adalah, peserta-peserta yang mengikuti program ini, semua telah pun membayar wang komitmen wajib sebanyak RM 15k, Rm 30k, bergantung kepada program yang disertai.
Yang menjadi masalahnya adalah, peserta-peserta yang mengikuti program ini, semua telah pun membayar wang komitmen wajib sebanyak RM 15k, Rm 30k, bergantung kepada program yang disertai.
:
Saya pula telah membayar RM 30,000.00 sebagai wang komitmen untuk menyertai Program I.K.S kelolaan Hadhari Cattle Industry ini.
Saya pula telah membayar RM 30,000.00 sebagai wang komitmen untuk menyertai Program I.K.S kelolaan Hadhari Cattle Industry ini.
:
Hadhari Cattle telah mengepos Surat Perjanjian yang akan saya tanda tangani, dan surat tersebut mestilah di kembalikan kepada mereka satu salinan, dan satu salinan lagi saya dikehendaki untuk fax kepada Peguam yang dilantik oleh mereka sendiri bagi tujuan mati setem. Akaun Bank tersebut disertakan dan saya juga dikehendaki 'bank in' RM 200 ++ untuk tujuan yuran mati setem. ( FYI, cara bank in kepada peguam ini adalah tidak betul)
:
Pada mulanya, saya telah dijanjikan untuk menyertai kursus kelolaan mereka pada bulan November 2008. Namun apabila sehari sebelum tarikh kursus itu tiba, saya telah menghubungi pihak Hadhari Cattle Industry untuk pengesahan kursus tersebut, namun pegawainya telah memberitahu saya bahawa kursus tersebut telah di tunda.
:
Pada hari-hari yang berikutnya, saya telah bertandang ke rumah kawan baik saya, kebetulan saya telah berjumpa dengan ayah kawan saya itu yang merupakan seorang VIP di MIDF @ Amanah Group. Beliau menasihati saya untuk memeriksa latar belakang Hadhari Cattle Industry ini secara terperinci, namun tidak pula memberitahu sebab-sebab yang terperinci tentang maksudnya itu, cume beliau membanyangkan bahawa Syarikat Hadhari Cattle Industry ini adalah syarikat yang sedang diperhatikan oleh pihak-pihak tertentu atas sebab-sebab tertentu. Beliau juga berkata Hadhari Cattle pernah cuba untuk berurusan dengan Pihak MIDF tetapi Hadhari Cattle gagal untuk mendapatkan apa yang mereka mahu dari MIDF. Daripada saat ini,sudah timbul perasaan curiga saya terhadap Hadhari Cattle ini, kerana yang menasihati saya supaya berhati-hati dengan pihak Hadhari Cattle ini adlah seorang VIP dari MIDF.
:
2,3 hari yang berikut, saya telah menghubungi peguam yang dilantik oleh Hadhari Cattle itu untuk mengetahui dengan lanjut tentang surat perjanjian, mati setem etc.. Apa yang mengejutkan saya adalah, peguam tersebut mengatakan bahawa beliau sudah enam bulan tidak berurusan dengan Pihak Hadhari Cattle ini kerana sayrikat tersebut tidak membayar yuran guaman.
:
Bahkan apa yang mengejutkan saya lagi bahawa, Peguam ini pula yang bertanyakan khabar Hadhari Cattle ini kepada saya. Antara soalan-soalan beliau adalah,
:
- Projek hadhari cattle ini masih berjalankah?
- Office mereka ada lagi ke?
:
Haha sungguh kelakar sekali apabila saya ditanya soalan-soalan ini, menguatkan lagi rasa curiga saya kepada Hadhari Cattle Industry ini.
:
Selepas pada itu, barulah saya telah berjumpa satu lagi petunjuk kepada kecurigaan saya ini apabila saya berjaya menemui blog usahawan-usahawan hadhari ini. (http://usahawanhadhari.blogspot.com/)
:
Rupa-rupanya inilah blog penting dimana usahawan-usahawan yang menyertai program ini berkumpul dan berbincang sesama sendiri, lebih penting lagi mereka-mereka ini lebih lama terlibat dengan permasalahan ini berbanding saya sendiri. Mereka ini sudah berbulan-bulan lagi awal dari saya menjadi pihak yang teraniaya dengan Hadhari Cattle Industry ini. Setelah saya meneliti perbincangan mereka, barulah saya sedar dan confirm bahawa saya pun telah terkena sekali.
:
Mereka ini telah lama berjuang mendapatkan kembali wang komitmen mereka setelah mereka menarik diri dari program ini.
:
Maka mulai sekarang, saya sudah pun 'start engine' untuk memulakan perjuangan meminta kembali wang komitmen RM 30,000.00 saya.
:
Di sini saya ingin memberi amaran keras kepada Pihak Hadhari Cattle Industry, pulangkanlah wang komitmen yang telah kami kumpul bertahun-tahun. Ke mana perginya wang tersebut? Awak dah belanja habis ke, sebelum program-program yang akan dilaksanakan itu berjalan?
:
Jangan lupa, banyak gambar PM Abdullah Badawi merasmikan majlis pelancaran anda, sudah pasti tempiasnya akan terkena pada PM Abdullah Badawi dengan isu yang ditimbulkan oleh anda ini. Jangan sampai saya melibatkan sekali PM Abdullah walaupun dia hanya perasmi majlis-majlis anda, tetapi tempiasnya itu tetap ada.
:
Saya dengar, Pihak Ministry of Entrepreneur and Co-operative Development (MECD) pun telah menarik balik apa-apa kaitan mereka dengan Hadhari Cattle Industry ini. Ada juga maklumat mengatakan ada beberapa usahawan telah pun membuat laporan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial berkenaan dengan isu ini?
:
Saya juga ingin membuat perancangan baru bersama-sama usahawan yang lain bagi mendapatkan kembali duit komitmen kami sebelum duit kami 'burn'.
:
Selepas ini kami akan mengadu masalah kami ini kepada Media-media Perdana, Media Alternatif, SPRM, JSJK PDRM, Biro Pengaduan MCA, UMNO, PAS, PKR dan lain-lain lagi.
:
Setahu saya, usahawan-usahawan yang telah menarik diri dan menuntut kembali wang mereka ini berjumlah puluhan orang. Maka kami akan bersatu dan berjuang menuntut kembali wang kami yang dah dikelepetkan oleh kamu wahai Hadhari Cattle Indusrty.
:
Berikut adalah artikel pertama yang telah dikeluarkan di Harian Metro, (Selepas ini akan menyusul lagi press release yang lain. Tunggu....)
:
mullahkane
__________________________________________________________________
Mana 100 lembu saya?
RUGI...mangsa menunjukkan salinan laporan polis dan beberapa dokumen berhubung dakwaan penipuan yang dilakukan syarikat terbabitOleh Ahmad Tajol Ansar Ibrahim(Petikan artikel Harian Metro:13 Januari 2009)
KUALA LUMPUR: Seorang bekas eksekutif akaun kerugian RM15,000 selepas pelaburan yang dibuat untuk menyertai program keusahawanan berasaskan produk daging lembu yang dianjurkan sebuah syarikat hanya indah khabar dari rupa.
:
Syarikat itu turut menawarkan beberapa program kononnya untuk melahirkan usahawan Bumiputera dalam bidang pertanian dan penternakan secara komersial.
Syarikat itu turut menawarkan beberapa program kononnya untuk melahirkan usahawan Bumiputera dalam bidang pertanian dan penternakan secara komersial.
:
Bagaimanapun, setiap peserta yang ingin mengikuti program yang dianjurkan perlu membuat bayaran komitmen sebagai syarat.
Bagaimanapun, setiap peserta yang ingin mengikuti program yang dianjurkan perlu membuat bayaran komitmen sebagai syarat.
:
Shaiful Azman Ismail, 25, berkata dia tertarik menyertai program berteraskan pelaburan penternakan lembu yang ditawarkan syarikat beribu pejabat di ibu kota itu mendakwa turut disokong Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD).
Shaiful Azman Ismail, 25, berkata dia tertarik menyertai program berteraskan pelaburan penternakan lembu yang ditawarkan syarikat beribu pejabat di ibu kota itu mendakwa turut disokong Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD).
:
“Saya mengenali syarikat itu berikutan sentiasa mengikut beberapa ‘roadshow’.
“Saya mengenali syarikat itu berikutan sentiasa mengikut beberapa ‘roadshow’.
:
“Antara tujuh program keusahawanan ditawarkan, saya yang ketika itu bekerja sebagai eksekutif akaun di sebuah syarikat memilih menyertai program Ternakan Lembu Secara Fidlot,” katanya ketika mengunjungi Balai Berita di sini, semalam.
“Antara tujuh program keusahawanan ditawarkan, saya yang ketika itu bekerja sebagai eksekutif akaun di sebuah syarikat memilih menyertai program Ternakan Lembu Secara Fidlot,” katanya ketika mengunjungi Balai Berita di sini, semalam.
:
Harian Metro difahamkan, selain bidang penternakan, syarikat itu turut menawarkan program industri kecil dan sederhana (IKS).
Harian Metro difahamkan, selain bidang penternakan, syarikat itu turut menawarkan program industri kecil dan sederhana (IKS).
:
Katanya, dia memasukkan RM15,000 dan dijanjikan 100 lembu bagi fasa pertama selain pelbagai kemudahan menternak.
Katanya, dia memasukkan RM15,000 dan dijanjikan 100 lembu bagi fasa pertama selain pelbagai kemudahan menternak.
:
“Saya turut dijanjikan kursus menguruskan ternakan serta persediaan masuk ke ladang, namun apabila tiba tarikh ditetapkan, pelbagai alasan diberikan pengendali program.
“Saya turut dijanjikan kursus menguruskan ternakan serta persediaan masuk ke ladang, namun apabila tiba tarikh ditetapkan, pelbagai alasan diberikan pengendali program.
:
“Saya meletak jawatan semata-mata untuk menumpukan sepenuh perhatian bagi projek ini,” katanya.
“Saya meletak jawatan semata-mata untuk menumpukan sepenuh perhatian bagi projek ini,” katanya.
:
Shaiful berkata, selepas beberapa kali kursus dianjurkan syarikat terbabit ditunda tanpa sebab kukuh, dia menarik diri daripada menyertai program berkenaan.
Shaiful berkata, selepas beberapa kali kursus dianjurkan syarikat terbabit ditunda tanpa sebab kukuh, dia menarik diri daripada menyertai program berkenaan.
:
Katanya, dia bersama beberapa peserta program menuntut semula wang yang sudah didepositkan sebelum ini, tetapi pihak syarikat terbabit memberi pelbagai alasan.
Katanya, dia bersama beberapa peserta program menuntut semula wang yang sudah didepositkan sebelum ini, tetapi pihak syarikat terbabit memberi pelbagai alasan.
:
“Kami juga sudah membuat laporan di Balai Polis Kelana Jaya dan aduan kepada MeCD,” katanya.
“Kami juga sudah membuat laporan di Balai Polis Kelana Jaya dan aduan kepada MeCD,” katanya.
:
Sementara itu, melalui surat dikeluarkan kementerian terbabit bertarikh 13 November 2008 dan ditandatangani Timbalan Ketua Setiausaha (Usahawan) MeCD, Datuk Mohd Hashim Abdullah meminta syarikat terbabit membayar balik wang komitmen yang sudah dibuat peserta terbabit.
Sementara itu, melalui surat dikeluarkan kementerian terbabit bertarikh 13 November 2008 dan ditandatangani Timbalan Ketua Setiausaha (Usahawan) MeCD, Datuk Mohd Hashim Abdullah meminta syarikat terbabit membayar balik wang komitmen yang sudah dibuat peserta terbabit.
:
Katanya, kementeriannya ada bermesyuarat dengan syarikat itu selepas menerima beberapa aduan mengenai program yang ditawarkan pada 23 September 2008 dan syarikat itu bersetuju memulangkan kembali wang komitmen setiap peserta.
Katanya, kementeriannya ada bermesyuarat dengan syarikat itu selepas menerima beberapa aduan mengenai program yang ditawarkan pada 23 September 2008 dan syarikat itu bersetuju memulangkan kembali wang komitmen setiap peserta.
:
“Ketidakupayaan syarikat dan kaedah pelaksanaan program yang menimbulkan kecurigaan banyak pihak boleh menjejaskan hasrat MeCD dan usahawan yang berminat terutama kepada mereka yang membuat komitmen melalui pembayaran.
“Ketidakupayaan syarikat dan kaedah pelaksanaan program yang menimbulkan kecurigaan banyak pihak boleh menjejaskan hasrat MeCD dan usahawan yang berminat terutama kepada mereka yang membuat komitmen melalui pembayaran.
:
“MeCD juga memandang serius tindakan syarikat itu yang menggunakan nama kementerian dalam pelbagai promosi dan berharap ia dihentikan segera,” katanya.
“MeCD juga memandang serius tindakan syarikat itu yang menggunakan nama kementerian dalam pelbagai promosi dan berharap ia dihentikan segera,” katanya.
Program yang ditaja oleh para mualaf Cina sapertiternakan adalah antaralain program orang orang ini termasuk juga ada berberapa yang terbabit dinegeri Sarawak, termasuk juga menjadi ahli pertubuhan mualaf itu mareka akan berusaha mendapatkan status jadi bumiputra dengan menjadikan anak angkat kepada penduduk kampung dikewasan pendalaman dan luar bandar. Ramai juga keturunan cina menjadi ahli pertubuhan tersebut dan yang terbaru adalah pemnglibatan berberapa syarikat milik cina islam menyertai kontrak bekaln makanan kesekolah dan melobi diparingkat kementerian agar berjaya dan keuntungan kontrak akan diguna untuk membantu para mubalig baru. Ada satu lagi kes, dimana mareka yang telah dapat status bumi dapat beli tanah tanah milik bumi dan berjaya menukarkan status tanah dari tanah pertanian kepada tanah kekdiaman dan devilop dan mendirikan rumah rumah. Terjadi dalam satu kes, pemilik tanah yang dijanjikan dapat pulangan dari penyertaan saperti ini telah dipingir dengan alasan tanah itu kini bukan lagi milik asal tetapi milik cina muslim. Dan juga dengan memeluk islam, orang orang ini juga ada dapat beristerikan orang orang kampung dan setelah dapat tingal dan bercampor gaul dengan pendudok kampung, dan dengan itu coba mendapatkan kerjasama orang kampung untuk beli tanah tanah untuk dimajukan. Dan ada kes yang beristerikan orang melayu dan setelah dapat 3 orang anak dicerai dan ditinggal bagitu. Penceraian dilakukan melalui Pejabat Bahagian Jabatan Islam setempat. Sampai kini kes ini dibeku dan anak isteri itu tidak dapat apa apa perbelanjaan saraaan yang sapaututnya diberi oleh bekas suami. Dalam perkaraini saya rasa pihak Jabatan Majlis Islam perlu peka dan bertindak waras dan tegas. Tetapi hal ini terus didiamkan dinegeri Sarawak, dan pada satu katiaka yang lalu ada saorang mualaf dari Sarawak diberi pengiktirafan sebagai Tokoh Maal Hijrah. Tetapi orng yang berkenaan adalah diberi pengiktirafan tempa malihat kepada later belakangnya dan peri laku serta cara hidupnya sebagai saorang Islam? Wallahu Alam.
ReplyDeletePada mas ini ramai aktiviti pergerkkan cina muslim dinegara malaysia, terutamanya dari contek pembanguna. Ramai dari kalangan mualaf di negeri Sarawak datang dari kumpulan yang ditaja oleh pertubuhan Cina Muslim Malaysia cawangan Sarawak, dan diketuai oleh saorang bekas hardcore gumpulan communist yang kini maliht kepada kebaikkan dan banyak peluang yang dibuka oleh Kerajaan. Mareka mengambil peluang untuk mengaut sebanyak kekayaan yang ada terutamanya dengan mengenakan orang orang tempatan terdiri dari kalangan pendudok kampong dan yang tigal diluarbandar. Target mareka adalah tanah tanah milik pendudok kampung yang berlum dikeluarkan kepala tanah atau dokumen surat akan dijadikan sasaran dan mmembeli dari para pendudok dan coba untuk mendapatkan oengesahan dari Jabatan tanah yang mareka bolih kerjasama dengan para pegawai yangkorap dan sanggup buat sesuatu dengan balasan wang ringgit. Banyak telah dilakukan dan pihak berkuasa tidak nampak aktiviti yang halus dijalankan oleh para mualaf cina terutamanya mareka yang datang dari kalangan bekas CCOs.(Calendestine Communist Organisation )
ReplyDelete24/02/2010 8:55pm
ReplyDeleteKUALA LUMPUR 24 Feb. – Dua syarikat yang disyaki menawarkan skim kepentingan yang tidak didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kepada orang ramai, diserbu SSM di sini semalam.
SSM, dalam kenyataan hari ini, berkata, melalui siasatan yang dilakukan, syarikat berkenaan iaitu Hadhari Cattle Industry Sdn. Bhd. dan Hadhari Agro Holding Sdn. Bhd. dipercayai mempengaruhi orang awam untuk melabur di dalam satu skim yang dikenali sebagai ”Projek Pembangunan Usahawan”.
"Menurut aduan yang diterima SSM, para pelabur yang telah melabur dalam skim tersebut tidak menerima pulangan yang dijanjikan oleh pihak pengurusan syarikat.
"Ia juga mungkin merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 366(3) Akta Syarikat 1965 yang melarang sesiapa yang merupakan pegawai atau agen syarikat yang memperolehi apa-apa wang sama ada untuk syarikat, diri sendiri atau orang lain secara menipu atau berjanji palsu dengan niat untuk memperdaya,” katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, penganjur skim tersebut boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM30,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan. – Bernama
Walaupun saya tak menyertai skim Hadhari Cattle Industry (HDI), syarikat kami telah dilantik oleh oleh HDI untuk mengendalikan khusus untuk peserta-peserta pemerosesan produk & motivasi & company management in Johor Bahru.
ReplyDeleteSetelah kami mengendalikan training selama 2 minggu pd tahun 2008. Sebelum itu, kami telah bermesyuarat di pejabat MeCD bersama pengarah MeCD & beberapa executive HDI, termasuk Dr. Rashid sendiri.
Sehingga sekarang, bayaran kami sebanyak $35,000 belum dibayar oleh HDI. Sudah beratus kali saya call & sms Dr. Rashid, tapi tak pernah jawab and sms yang balas hanya 'We will arrange payment for you next month'.
Setahu saya, HDI telah di jual majoritinya kepada MEDA CORP. Sejurus itu Dr. Rashid terus beli sebuah BMW 7-series baru.
Dr. Rashid Tang Abdullah pada saya adalah seorang conman dengan mulut yang manis.
Pada pengetahuan saya ramai daripada kita telah memikirkan masak-masak sebelum membuat sesuatu keputusan penting terutamanya yang melibatkan duit yang banyak dan masa depan.
ReplyDeleteSeperti kes Hadhari Cattle Industries Sdn Bhd dan Hadhari Agrow Sdn Bhd agak berlainan dari segi cara pelaburannya. Apa yang dimaksudkan adalah kerana badan kerajaan terlibat dengan projek Hadhari ini.
Kerajaan mengalakkan orang melayu berniaga menjadi usahawan berjaya. Promosi bersama yang djalankan antara Hadhari Cattle dan Tekun Nasional dan MARA pada peringkat awal membuatkan ramai oang melayu percaya disebabkan suatu nama besar ada bersama dengan Hadhari.
Pak Lah bekas Perdana Menteri juga ada membuat lawatan ke gerai Hadhari semasa peringkat pengenalan suatu masa dulu di PWTC menjadikan pandangan umum lebih kuat untuk melabur bersama.
Lagi pun pada masa itu kerajaan sangat-sangat menggalakkan orang melayu menceburi bidang pertanian.
Tapi bila projek tidak berjalan semua orang yang terlibat mencuci tangan degan mudah sekali. Pihak Tekun, MARA semuanya mengelak dan melepaskan diri dengan alasan mereka tiada kena mengena dengan Hadhari Cattle sedangkan pada peringkat awal nama mereka terpampang di setiap promosi roadshow yang di buat pihak Hadhari.
Bila timbul masalah yang melibatkan wang, maka mereka tadi yang mendakwa hendak membangunkan orang-orang melayu supaya maju dan menjadi usahawan melayu berjaya terus hilang.
Hingga sekarang ini tidak ada suatu pihak pun yang dapat membantu usahawan-usahawan ini untuk mendapatkan semula wang mereka. Pihak kerajaan BN pun langsung tidak dapat berbuat apa2.
Pihak SSM pun telah membuat serbuan pada Hadhari Cattle ini tapi belum tentu lagi wang tersebut dapat dikembalikan semula.
Bila keadaan ini timbul semua pihak termasuk pihak kerajaan akan menyalahkan orang melayu yang melabur ini dengn alasan tidak pandai fikir, nak kaya cepat, cara cepat untuk dapatkan duit, dan bermacam2 lagi alasan.
Dalam kes pelaburan Hadhari ni sebenanya kita hendak menjadi peniaga, penternak lembu dan hendak menjadi usahawan berjaya. Ini lah yang sebenarnya. Disamping itukita dapat menyahut seruan kerajaan supaya lebih ramai orang melayu berniaga. Bukannya macam skim cepat kaya tu.
Oleh itu harapan supaya pihak2 yang berkenaan mungkin juga pihak kerajaan atau pun Perdana Menteri kita sendiri Dato' Seri Najib dapat menyelesaikan masalah ini.
Kita bukannya nak minta kerajaan bayar balik duit tersebut. Sebenarnya kita nak kerajaan tekankan pihak Hadhari supaya memulangkan balik duit tersebut dengan segera.
Cubalah kita fikir-fikirkan masalah yang timbul ini. Dimana puncanya? Bagaimana hendak menyelesaikannya? Apa tindakan pihak2 berkenaan, pihak berwajib, pihak kerajaan untuk mengelakkan perkara ini berulang? Apakah balasan yang setimpal kepada syarikat yang melakukan perkara ini? Apakah hukuman yang sepatutnya dikenakan kepada mereka ini? Inilah cara kalau kita hendak membangunkan orang2 melayu kita. Disamping membangun kita kena fikirkan perlindungan yang sepatutnya ada.
Daripada,
USAHAWAN MALANG.
Nie Rashid Tang Abdullah memang kaki klepet.Bila masa dia dapat doktor. Dulu masa dia tubuhkan Kolej Infotech TeBrau di BAtu Pahat pun sama. Duit2 pelajar pun dia kebas. Memang tak serik dia nie. Ingatkan dah taubat.
ReplyDeleteDAH TAHUN 2010. KES NI TAK SELESAI LAGI.
ReplyDeleteApa perkembangan terbaru? Wang komitment para peserta telah berjaya diperolehi ke?
ReplyDeleteProejk bermusim....
ReplyDeleteMemula kawan kenai = sentang..
Lepas tue, macam2 lagi ler...
Serai,
Keli,
Lintah,
Gaharu,
Cacing,..
Cendawan,
ETC...
SEMUA ADALAH PROJEK PENIPU!
Nak jugok kenai, kayu yang introduce semua nie...
pasai GAHARU TUE, kawan kena RM50K.
Kalo tanam sawit @ getah, dah tentu boleh beli Serai,
Keli,
Lintah,
Gaharu,
Cacing,..
Cendawan,..
Buang masa x sudah bangsa Mala nie...
Saya juga adalah peserta yg telah menarik diri dari Program Keusahawan Hadhari pada Julai 2009.Sehingga hari ini, wang kommitment saya masih belum dikembalikan kepada saya seperti yg dijanjikan oleh Hadhari. Saya ingin tahu dari saudara Mullahkane, Adakah saudara telah menerima balik wang saudara?
ReplyDeletebelum.. tak tau cerita. rashid tang tu ntah ke mana dah, tak tau hidup ke mati.. apa tindakan seterusnya ni, dah 2012?
ReplyDeleteMullahkane
Last Monday Jumpa Rashid Tang nie makan nas lemak kat Hospital Alor Gajah. Poyo jer muka ....nasib baik aku tak berenti keje sebab nak joint HC nie dulu....Terima Kasih Allah ....
ReplyDeletetd baru juma cina kaparat ni... dia buka company baru nak lobby PM... sah2 nak tipu org melayu ni... nama company dia Pembangunan Bumi Hijau Holding Sdn Bhd... lokasi kat Dutamas...
ReplyDeleteassalm sy jg mgsa h.cattle ni.sy da terbaca knyataan ssm rashid tang ni d dapati bersalah.kna byr blik duit kite atau pjara 5thn.kn tnye mullahkane da teima byaran ke
ReplyDeletesape nak berjumpa dgn Rashid Tan sila hubungi sy di talian 0129070293 =Mat. sy sedia membantu
ReplyDeletetank you
ReplyDeletehttp://www.ssm.com.my/en/press-release/penganjur-skim-pelaburan-‘hadhari-cattle’-disabitkan-dengan-tiga-kesalahan-di-bawah
ReplyDeletesila hubungi ssm samb kpd unit aduan...
Bismillahirrahmanirrahim. Saya terpanggil untuk berkongsi pendapat dengan para pembaca sekalian. Saya dijemput untuk bekerjasama dengan syarikat Pembangunan Buku Hijau Holdings Sdn Bhd sejak bulan Ogos, 2014. Pertamanya, syarikat tersebut bukanlah milik Dr.Rashid ttp dimiliki oleh beberapa individu yg 'clean' latarbelakangnya dan masih berkhidmat di dalam kerajaan. DR hanya memberi khidmat nasihat. Sehingga kini, saya masih belym nampak tanda2 syarikat ini ingin memperdaya rakyat sbb syarikat ini hanya brurusan dgn kerajaan pusat atas perniagaan yg sah. Jgnlah krn DR prnah disabitkan kesalahan, orang lain dibabitkan sama. Kaji sebelum membuat apa2 tohmahan krn boleh mngundang FITNAH. Sekiranya sy dapati ada unsur2 penipuan didlm syarikat pembangunan buku hijau holdings sdn bhd ini, insyaAllah saya akan mnjadi orang pertama yg akan melaporkannya kpd pihak polis. Ini kerana sy terlibat secara langsung di dlm perniagaan syarikat tersebut iaitu satu usaha membekalkan daging lembu segar pada kadar yg lebih murah. Byk pihak terlibat trmasuk pihak kementerian, bank, suruhanjaya koperasi, petronas dll yang mana saya pasti pihak2 yg terlibat pasti membuat kajian terperinci sebelum bersetuju bersama2 mengusahakan konsep perniagaan berasaskn ibadah ini. Sama2 lah kita berdoa agar usaha murni pihak2 yg terlibat ini diberkati dan dberi kejayaan utk kesejahteraan ummah dan sekiranya terdapat niat terselindung yg memudaratkan sesetengah pihak, semoga Allah jauhkan mereka daripada kita. Semoga yg pernah teraniaya dek perbuatan DR mendapat pulangan seperti yg telah termaktub dlm penghukuman mahkamah. Berilah peluang kpd saudara kita dan tunjukkan kebaikan Islam kpd seluruh ummat. Maafkan sy sekiranya kata2 sya mengguris perasaan sesetengah pihak. Saya juga manusia biasa yg biasa terkhilaf tetapi diberi akal, ilmu, nafsu dan roh. Wasallam.
ReplyDeleteGreat and that i have a keen present: What Was The First Home Renovation Show affordable home renovations
ReplyDelete