Ketuanan Melayu apa jika Sains dan Matematik di ajar dalam Bahasa Inggeris? Contohnya salah satu perkara yang membuatkan tamadun Arab ini cemerlang ialah apabila banyak karya-karya agung dari yunani, greek dan sebagainya diterjemahkan dalam bahasa arab, membuatkan tamadun arab penuh dengan cendekiawan pada ketika itu.
Kita kalau sayang dengan bangsa kita, kita harus sayangkan bahasa kita. Ketuanan Melayu yang sebenar apabila melibatkan bahasa ini adalah, semua kaum di Malaysia ini fasih berbahasa Melayu, bercakap dengan bahasa melayu di mana-mana jua. Ini baru Ketuanan Melayu yang sebenarnya jika pemimpin-pemimpin melayu berjaya mewujudkan senario itu.
Elemen PPSMI ini hanya akan melemahkan Perjuangan Ketuanan Melayu itu sendiri apabila ramai murid-murid sekolah luar bandar tidak dapat bersaing kerana PPSMI ini. Cikgu-cikgu pun tak terlatih secukupnya.
Bahasa Inggeris itu penting, tetapi pelaksanaan PPSMI bukan penyelesaiannya, bahkan mengeluarkan 'disastrous results' pula.
Saya menyokong sepenuhnya PPMSI ini dikembalikan pada bahasa ibunda kita.
Kalau mahu kuasai Bahasa Inggeris, ada cara lain yang tak perlu mengorbankan Bahasa Melayu kita.
Mullahkane
No comments:
Post a Comment