Datuk Dr Zambry Abdul Kadir yang sebelum ini mempertikaikan kuasa YB Sivakumar sebagai Speaker bagi memanggil dan merujuk beliau dan enam EXCO kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN akhirnya terpaksa akur dan tampil memberi keterangan kepada Jawatankuasa tersebut.
:
Selepas menimbang semasak-masaknya akhirnya Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN telah mengambil keputusan menggantung Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sertamerta dan dilarang daripada menghadiri sesi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak selama 18 bulan. Sementara enam Anggota Majlis Mesyuarat (Exco) kerajaan negeri digantung selama 12 bulan daripada menghadiri sesi DUN juga berkuatkuasa hari ini.
:
Speaker DUN Perak V. Sivakumar mengumumkan keputusan itu dalam sidang akhbar yang diadakan selepas selesai mengambil keterangan Zambry dan enam exco tersebut.Keputusan ini amat mengejutkan kerana mereka tidak menyangka bidang kuasa Jawatankuasa Hak dan Kebebasan begitu besar, sehingga Datuk Nazeri turut memberi reaksi dengan mengatakan tindakan Speaker sebagai satu komedi.
:
Telah saya katakan, UMNO terlupa mengenai Speaker ini. Kerajaan Haram UMNO PERAK ini tidak akan bertahan lama, saya rasa, akan ada juga pembubaran DUN sebelum PRU yang ke 13, kerana kerajaan Haram PArti Korporat itu tidak stabil, dan lagi tidak stabil dari Kerajaan Pakatan Rakyat Perak sebelum ini.
:
Dahulu, Dun Pakatan Rakyat Perak mempunyai majoriti dan juga speaker. Sekurang-kurangnya majoriti tipis itu adalah dari wakil rakyat P.R semuanya.
:
Sekarang?
:
UMNO 28
P.R 28
Bebas 3
:
2 dari Adun yang yang menjadi Bebas ini ada kes Rasuah pula, yang dahulunya di mulakan dakwaannya oleh UMNO.
:
Apa salahnya Bubar DUN?
:
Rakyat akan melihat perkenan Bubar DUN ini suatu tindakan yang amat adil dan bijak. Bila DUN dibubarkan, rakyat akan lihat bahawa Tuanku cukup adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak sekali gus rakyat akan menjulang dan menghormati institusi Istana kerana mengembalikan hak rakyat untuk membuat pilihan semula. Ini Keadilan yang kita laung-laungkan.
:
:
Mullahkane
No comments:
Post a Comment