Disini saya ingin membela nasib rakan-rakan usahawan yang telah menarik diri dari program keusahawanan Hadhari CAttle Industry ini.
Ya, dan saya adalah salah seorang dari peserta terbaru yang telah menarik diri. Khabarnya, program-program keusahawanan yang dijanjikan oleh Pihak Hadhari Cattle Industry ini tak berjalan pun.
:
Ya, mungkin anda semua ingat, "Biasalah sebab kegawatan ekonomi ni biasalah projek tak jalan".
:
Yang menjadi masalahnya adalah, peserta-peserta yang mengikuti program ini, semua telah pun membayar wang komitmen wajib sebanyak RM 15k, Rm 30k, bergantung kepada program yang disertai.
:
Saya pula telah membayar RM 30,000.00 sebagai wang komitmen untuk menyertai Program I.K.S kelolaan Hadhari Cattle Industry ini.

:
Hadhari Cattle telah mengepos Surat Perjanjian yang akan saya tanda tangani, dan surat tersebut mestilah di kembalikan kepada mereka satu salinan, dan satu salinan lagi saya dikehendaki untuk fax kepada Peguam yang dilantik oleh mereka sendiri bagi tujuan mati setem. Akaun Bank tersebut disertakan dan saya juga dikehendaki 'bank in' RM 200 ++ untuk tujuan yuran mati setem. ( FYI, cara bank in kepada peguam ini adalah tidak betul)
:
Pada mulanya, saya telah dijanjikan untuk menyertai kursus kelolaan mereka pada bulan November 2008. Namun apabila sehari sebelum tarikh kursus itu tiba, saya telah menghubungi pihak Hadhari Cattle Industry untuk pengesahan kursus tersebut, namun pegawainya telah memberitahu saya bahawa kursus tersebut telah di tunda.
:
Pada hari-hari yang berikutnya, saya telah bertandang ke rumah kawan baik saya, kebetulan saya telah berjumpa dengan ayah kawan saya itu yang merupakan seorang VIP di MIDF @ Amanah Group. Beliau menasihati saya untuk memeriksa latar belakang Hadhari Cattle Industry ini secara terperinci, namun tidak pula memberitahu sebab-sebab yang terperinci tentang maksudnya itu, cume beliau membanyangkan bahawa Syarikat Hadhari Cattle Industry ini adalah syarikat yang sedang diperhatikan oleh pihak-pihak tertentu atas sebab-sebab tertentu. Beliau juga berkata Hadhari Cattle pernah cuba untuk berurusan dengan Pihak MIDF tetapi Hadhari Cattle gagal untuk mendapatkan apa yang mereka mahu dari MIDF. Daripada saat ini,sudah timbul perasaan curiga saya terhadap Hadhari Cattle ini, kerana yang menasihati saya supaya berhati-hati dengan pihak Hadhari Cattle ini adlah seorang VIP dari MIDF.
:
2,3 hari yang berikut, saya telah menghubungi peguam yang dilantik oleh Hadhari Cattle itu untuk mengetahui dengan lanjut tentang surat perjanjian, mati setem etc.. Apa yang mengejutkan saya adalah, peguam tersebut mengatakan bahawa beliau sudah enam bulan tidak berurusan dengan Pihak Hadhari Cattle ini kerana sayrikat tersebut tidak membayar yuran guaman.
:
Bahkan apa yang mengejutkan saya lagi bahawa, Peguam ini pula yang bertanyakan khabar Hadhari Cattle ini kepada saya. Antara soalan-soalan beliau adalah,
:
:
Haha sungguh kelakar sekali apabila saya ditanya soalan-soalan ini, menguatkan lagi rasa curiga saya kepada Hadhari Cattle Industry ini.
:
Selepas pada itu, barulah saya telah berjumpa satu lagi petunjuk kepada kecurigaan saya ini apabila saya berjaya menemui blog usahawan-usahawan hadhari ini. (
http://usahawanhadhari.blogspot.com/)
:
Rupa-rupanya inilah blog penting dimana usahawan-usahawan yang menyertai program ini berkumpul dan berbincang sesama sendiri, lebih penting lagi mereka-mereka ini lebih lama terlibat dengan permasalahan ini berbanding saya sendiri. Mereka ini sudah berbulan-bulan lagi awal dari saya menjadi pihak yang teraniaya dengan Hadhari Cattle Industry ini. Setelah saya meneliti perbincangan mereka, barulah saya sedar dan confirm bahawa saya pun telah terkena sekali.
:
Mereka ini telah lama berjuang mendapatkan kembali wang komitmen mereka setelah mereka menarik diri dari program ini.
:
Maka mulai sekarang, saya sudah pun 'start engine' untuk memulakan perjuangan meminta kembali wang komitmen RM 30,000.00 saya.
:
Di sini saya ingin memberi amaran keras kepada Pihak Hadhari Cattle Industry, pulangkanlah wang komitmen yang telah kami kumpul bertahun-tahun. Ke mana perginya wang tersebut? Awak dah belanja habis ke, sebelum program-program yang akan dilaksanakan itu berjalan?
:
Jangan lupa, banyak gambar PM Abdullah Badawi merasmikan majlis pelancaran anda, sudah pasti tempiasnya akan terkena pada PM Abdullah Badawi dengan isu yang ditimbulkan oleh anda ini. Jangan sampai saya melibatkan sekali PM Abdullah walaupun dia hanya perasmi majlis-majlis anda, tetapi tempiasnya itu tetap ada.
:
Saya dengar, Pihak Ministry of Entrepreneur and Co-operative Development (MECD) pun telah menarik balik apa-apa kaitan mereka dengan Hadhari Cattle Industry ini. Ada juga maklumat mengatakan ada beberapa usahawan telah pun membuat laporan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial berkenaan dengan isu ini?
:
Saya juga ingin membuat perancangan baru bersama-sama usahawan yang lain bagi mendapatkan kembali duit komitmen kami sebelum duit kami 'burn'.
:
Selepas ini kami akan mengadu masalah kami ini kepada Media-media Perdana, Media Alternatif, SPRM, JSJK PDRM, Biro Pengaduan MCA, UMNO, PAS, PKR dan lain-lain lagi.
:
Setahu saya, usahawan-usahawan yang telah menarik diri dan menuntut kembali wang mereka ini berjumlah puluhan orang. Maka kami akan bersatu dan berjuang menuntut kembali wang kami yang dah dikelepetkan oleh kamu wahai Hadhari Cattle Indusrty.
:
Berikut adalah artikel pertama yang telah dikeluarkan di Harian Metro, (Selepas ini akan menyusul lagi press release yang lain. Tunggu....)
:
mullahkane
__________________________________________________________________
Mana 100 lembu saya?
RUGI...mangsa menunjukkan salinan laporan polis dan beberapa dokumen berhubung dakwaan penipuan yang dilakukan syarikat terbabitOleh Ahmad Tajol Ansar Ibrahim(Petikan artikel Harian Metro:13 Januari 2009)
KUALA LUMPUR: Seorang bekas eksekutif akaun kerugian RM15,000 selepas pelaburan yang dibuat untuk menyertai program keusahawanan berasaskan produk daging lembu yang dianjurkan sebuah syarikat hanya indah khabar dari rupa.
:
Syarikat itu turut menawarkan beberapa program kononnya untuk melahirkan usahawan Bumiputera dalam bidang pertanian dan penternakan secara komersial.
:
Bagaimanapun, setiap peserta yang ingin mengikuti program yang dianjurkan perlu membuat bayaran komitmen sebagai syarat.
:
Shaiful Azman Ismail, 25, berkata dia tertarik menyertai program berteraskan pelaburan penternakan lembu yang ditawarkan syarikat beribu pejabat di ibu kota itu mendakwa turut disokong Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD).
:
“Saya mengenali syarikat itu berikutan sentiasa mengikut beberapa ‘roadshow’.
:
“Antara tujuh program keusahawanan ditawarkan, saya yang ketika itu bekerja sebagai eksekutif akaun di sebuah syarikat memilih menyertai program Ternakan Lembu Secara Fidlot,” katanya ketika mengunjungi Balai Berita di sini, semalam.
:
Harian Metro difahamkan, selain bidang penternakan, syarikat itu turut menawarkan program industri kecil dan sederhana (IKS).
:
Katanya, dia memasukkan RM15,000 dan dijanjikan 100 lembu bagi fasa pertama selain pelbagai kemudahan menternak.
:
“Saya turut dijanjikan kursus menguruskan ternakan serta persediaan masuk ke ladang, namun apabila tiba tarikh ditetapkan, pelbagai alasan diberikan pengendali program.
:
“Saya meletak jawatan semata-mata untuk menumpukan sepenuh perhatian bagi projek ini,” katanya.
:
Shaiful berkata, selepas beberapa kali kursus dianjurkan syarikat terbabit ditunda tanpa sebab kukuh, dia menarik diri daripada menyertai program berkenaan.
:
Katanya, dia bersama beberapa peserta program menuntut semula wang yang sudah didepositkan sebelum ini, tetapi pihak syarikat terbabit memberi pelbagai alasan.
:
“Kami juga sudah membuat laporan di Balai Polis Kelana Jaya dan aduan kepada MeCD,” katanya.
:
Sementara itu, melalui surat dikeluarkan kementerian terbabit bertarikh 13 November 2008 dan ditandatangani Timbalan Ketua Setiausaha (Usahawan) MeCD, Datuk Mohd Hashim Abdullah meminta syarikat terbabit membayar balik wang komitmen yang sudah dibuat peserta terbabit.
:
Katanya, kementeriannya ada bermesyuarat dengan syarikat itu selepas menerima beberapa aduan mengenai program yang ditawarkan pada 23 September 2008 dan syarikat itu bersetuju memulangkan kembali wang komitmen setiap peserta.
:
“Ketidakupayaan syarikat dan kaedah pelaksanaan program yang menimbulkan kecurigaan banyak pihak boleh menjejaskan hasrat MeCD dan usahawan yang berminat terutama kepada mereka yang membuat komitmen melalui pembayaran.
:
“MeCD juga memandang serius tindakan syarikat itu yang menggunakan nama kementerian dalam pelbagai promosi dan berharap ia dihentikan segera,” katanya.