Monday, March 2, 2009

MB Selangor Rai Bloggers




2/3/09, 5 pm, Kediaman Menteri Besar Selangor, Shah Alam: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim telah mengadakan majlis ramah mesra bersama Bloggers tempatan. Para Blogger telah diraikan sumbangan mereka terhadap Pakatan Rakyat khusunya Kerajaan Selangor. Antara yang hadir ialah, mullahkane dari "mullahkane for reformasi", wakil Malaysiawaves.com, Harris Ibrahim (People’s Parliament), Patrick Teoh (Niamah), Noraina Samad (3540 Jalan Sudin), Yunus Said (Antaratv), Khoo Kay Peng (Straight Talk), Arewethereyet and Loyar Buruk. Mengiringi Abdul Khalid adalah, Charles Santiago, Ahli Parlimen Klang, Tricia Yeoh, Pegawai Penyelidik dan Arfa Aziz, Setiausaha Akhbar. Sesi pengenalan oleh Bloggers dan soal jawab antara Bloggers dan MB telah berlangsung dengan penuh jaya. Bloggers dapat mengetahui sendiri dari mulut MB berkenaan dengan isu-isu seperti Elizabeth Wong, Tender, PBT, Kereta, Lembu dan lain-lain lagi.
Rockybru: "Some of the bloggers who attended yesterday's meeting were pro-Pakatan individuals and, by their own admission, remnants or by-products of the Reformasi movement of a decade ago." (haha i mentioned this in my introduction)
:
:
Antara perkara/isu lain yang disentuh oleh Abdul Khalid termasuk: (Dipetik dari A. Kadir Jasin)
1. Blog dan media baru yang lain memainkan peranan penting memberi maklum balas yang tidak ada dalam media massa arus perdana
;
2. Pakatan Rakyat tidak mendapat pendedahan adil dari media massa arus perdana
;
3. Pengurusan imej dan persepsi Kerajaan PR terpaksa berdepan dengan kempen media arus perdana
;
4. Kerja pentadbiran mudah dilaksanakan tetapi hal ehwal politik lebih sukar ditangani
;
5. Rangka kerja yang berpaksikan konsep merakyatkan ekonomi telah diwujudkan dan sedang dilaksanakan
;
6. Yakin pentadbiran negeri akan menjadi lebih baik dalam masa tiga tahun akan datang ini (sebelum Pilihan Raya Umum diadakan)
;
7. Bertanding dalam pilihan raya kecil membebankan PKR dan PR (ketawa). Kebetulan dia baru pulang dari menemui Orang Asli di Bukit Lanjan di mana dia berjanji mempercepatkan pengeluaran hak milik tanah kepada mereka
;
8. Mempertahankan kedudukan Selangor sebagai destinasi utama Pelaburan Terus Asing (FDI) yang bernilai RM11 bilion tahun lalu
;
9. Mewujudkan sistem pemantauan pemberhentian pekerja dan pencarian kerja online; dan10. Cadangan mengambil alih operasi penapisan dan penyaluran air Negeri Selangor daripada operator swasta.

Mullahkane




No comments:

Post a Comment

About MULLAHKANE

"I am learning to understand rather than immediately judge or to be judged. I cannot blindly follow the crowd and accept their approach. I will not allow myself to indulge in the usual manipulating game of role creation.

Fortunately for me, my self-knowledge has transcended that and I have come to understand that life is best to be lived and not to be conceptualized. I am happy because I am growing daily and I am honestly not knowing where the limit lies. To be certain, every day there can be a revelation or a new discovery. I treasure the memory of the past misfortunes. It has added more to my bank of fortitude.

I'm not in this world to live up to your expectations and you're not in this world to live up to mine.If I tell you I'm good, you would probably think I'm boasting, If I tell you I'm no good, You know I'm lying. If you don't want to slip up tomorrow, speak the truth today.

I am not teaching you anything. I just help you to explore yourself. Because what works well with me might not work for you, and vice-versa!"

Mullahkane