A newly constructed mosque in Rantau Panjang, Kelantan, called Masjid Jubli Perak atau Masjid Cina. Not only the Imam is from Cina but the mosque design is influenced by the chinese architecture. PAS led government in Kelantan is adopting universal approach in 'dakwah'.
Dari jauh ia kelihatan bagaikan sebuah bangunan kuil atau istana lama di China jika pandangan tidak turut tersilau kepada menara yang tegak dengan kubah seakan-akan kopiah berlilit serban di pinggirnya.
Kerajaan Kelantan sudahpun membina masjid tersebut di Rantau Panjang yang perbelanjaannya melebihi RM9j. Idea membina masjid yang berkonsepkan seni bina Cina ini telah diilhamkan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat diawal-awal PAS memerintah Kelantan.
Ia mampu memuat lebih 300 jemaah dalam satu masa di samping terdapat dewan pelbagai guna di bahagian bawahnya serta dikelilingi beberapa ruang yang difahamkan akan dijadikan pejabat, klinik, perpustakaan dan tadika.
Kerajaan negeri yakin bahawa dengan menampilkan suatu reka bentuk tri-culture dari tiga kelompok kaum yang paling dominan di Malaysia, ia akan lebih menghampirkan imej islam itu diyakini sebagai agama universal.
Ketua Menteri Melaka yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pernah menolak permintaan golongan Cina Muslim untuk membina sebuah masjid Cina di Melaka
Tahniah Ali Rustam.
Mullahkane
No comments:
Post a Comment