Friday, April 10, 2009

Mahasiswa Jurubicara Masyarakat

Mempunyai pengetahuan am dalam hal ehwal semasa dan perkembangan politik negara sepatutnya adalah menjadi perkara yang wajib ada pada mahasiswa dinamik, kerana mahasiswa ini adalah jurubicara masyarakat. Tetapi masalah mahasiswa sekarang ini adalah, mereka takut untuk bersuara atau melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti yang melibatkan politik khususnya yang melibatkan parti-parti bukan kerajaan. Ini adalah disebabkan adanya AUKU atau akta-akta lain yang menyekat kebebasan mahasiswa ini.



Memetik kata-kata Tun Dr. Mahathir;

“I am disappointed. When I talk to young people in the university, they are not interested. They are not interested in what is happening. They are interested in AUKU, akta Universiti dan Kolej Universiti. Kononnya kerana akta itulah maka mereka tidak boleh bergerak. Itu semua bohong, Zaman british dulu saya jugak tak dibenar terlibat dengan politik walaupun dalam universiti ataupun sebagai pegawai kerajaan. Tapi ada cara, kita boleh get around such regulations and rules, if you want, if you love your country. You’ll take the risk. But this one, tiada pun minimal risk, just to say outloud pun tak berani. Kalau nak bercakap, bisik. I’m so sorry to say this, because I’m disappointed in my own race. Selama ini saya cuba nak tukar pemikiran orang melayu, I failed.”



-Tun Dr. Mahathir



Tetapi semua ini akan berubah, apabila banyak pihak, samada ahli akademik, pemimpin politik, pemimpin mahasiswa dan individu tertentu mencadangkan supaya AUKU dipinda kearah yang lebih positif untuk kebaikan mahasiswa pada masa akan datang. Sebagai mahasiswa, saya melihat hujah dan pandangan yang dikemukakan oleh banyak pihak berkenaan kesan positif pindaan ini wajar dijadikan asas yang kukuh kearah melahirkan modal insan yang berkualiti. Walaupun mahasiswa itu tidak dibenarkan untuk memegang apa-apa jawatan dalam parti politik, namun sekurang-kurangnya dapat menjadi ahli biasa sudah memadai sebagai langkah pertama mendekatkan mahasiswa dengan hal ehwal semasa dan perkembangan politk negara.



Mahasiswa ini adalah Jurubicara Masyarakat. Sepatutnya, bukannya mahasiswa ini hanya tahu belajar, tamat belajar dan selepas itu cari kerja sahaja. Sebagai orang yang berpelajaran tinggi, golongan inilah yang sepatutnya bebas menyuarakan pendapat mereka dari segi akademik atau ekonomi. Ini pemuda-pemudi yang mempunyai cita-cita murni dan idealisme, solid untuk memperjuangkan nasib agama dan bangsa. Bukannya pemuda-pemudi ini membutakan mata dan memekakkan telinga dengan isu-isu semasa. Mahasiswa apa ini?



Lihat contoh terdekat di negara jiran, Indonesia. Gerakan pelajar mereka sungguh kuat dalam memainkan peranan penting dalam menjadi ‘check and balance ‘ kepada pemerintahan kerajaan Indonesia. ‘Gerakan Pelajar’ inilah yang telah memberikan transformasi dan reformasi dalam sistem kerajaan Indonesia kepada sistem yang lebih berdemokrasi dan pro rakyat.



Jika mahasiswa ini mempunyai perasaan takut untuk menjadi lebih dinamik, maka akhirnya tidak ke manalah apabila;



Mahasiswa takut kepada Pensyarah

Pensyarah takut kepada Dekan

Dekan Takut kepada Rektor

Rektor takut kepada Menteri

Menteri takut pada Presiden

Presiden takut kepada Mahasiswa




Jikalau anda perhatikan pada kenyataan terakhir itu, inilah yang saya maksudkan dengan ‘Student Power’.

Tetapi apabila budaya takut ini menular, semuanya jadi tidak dinamiklah akhirnya. Negara tidak maju ke hadapan dan idea tidak berkembang. Saya tidak mengatakan Mahasiswa itu perlu extreme dalam soal-soal hal ehwal semasa ini, tetapi sekurang-kurangnya ada pengatahuan, dan menyumbangkan idea bagi mengurangkan masalah-masalah negara, seperti yang saya sebut tadi, Mahasiswa adalah jurubicara masyarakat.



Mahasiswa adalah generasi muda yang matang, berfikiran terbuka dan sedia menerima pandangan sama ada daripada parti pembangkang mahupun parti pemerintah. Senario ini menjadikan mahasiswa lebih rasional dalam membuat keputusan. Kematangan ini sebagai persediaan mereka menjadi lebih dinamik serta mempunyai keyakinan terus bersaing pada peringkat global



Baru-baru ini kita ada mendengar sudah ada kumpulan yang ingin mendaftarkan ‘Parti Mahasiswa Negara’ ke Pendaftar Pertubuhan. Isu ini sepatutnya didebatkan oleh golongan cendekiawan atau professional samada sudah layakkah mereka-mereka ini untuk melibatkan diri dengan politik sepenuh masa, kerana mereka itu adalah Mahasiswa. Ini saya tidak bersetuju, kerana Mahasiswa tidak boleh menumpukan sepenuh masa untuk menjadi ahli politik, bagaimana pula dengan Kelas yang perlu dihadiri dan bagaiman pula ingin menjadi Wakil Rakyat dalam masa yang sama?



Di sini lah perbezaan diantara wakil rakyat dan Jurubicara Masyarakat itu perlu difahami oleh golongan-golongan Mahasiswa ini.





Mullahkane
Bekas Mahasiswa Universiti Bumiputera

1 comment:

  1. Saya saran jangan pinda akta-akta halangan tersebut, sebaiknya hapuskan terus akta-akta yang menghalang pemikiran student ini dari berkembang!

    ReplyDelete

About MULLAHKANE

"I am learning to understand rather than immediately judge or to be judged. I cannot blindly follow the crowd and accept their approach. I will not allow myself to indulge in the usual manipulating game of role creation.

Fortunately for me, my self-knowledge has transcended that and I have come to understand that life is best to be lived and not to be conceptualized. I am happy because I am growing daily and I am honestly not knowing where the limit lies. To be certain, every day there can be a revelation or a new discovery. I treasure the memory of the past misfortunes. It has added more to my bank of fortitude.

I'm not in this world to live up to your expectations and you're not in this world to live up to mine.If I tell you I'm good, you would probably think I'm boasting, If I tell you I'm no good, You know I'm lying. If you don't want to slip up tomorrow, speak the truth today.

I am not teaching you anything. I just help you to explore yourself. Because what works well with me might not work for you, and vice-versa!"

Mullahkane