Wednesday, March 4, 2009

Menteri FASOLA ZAMBRY Dan Sidang Bawah Pokok

Kata Berita Harian, Sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak oleh 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pakatan Rakyat di bawah pokok di luar Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini semalam, dianggap tidak sah berikutan perintah Mahkamah Tinggi menghalang Speaker, V Sivakumar, mengadakan sebarang sidang DUN tanpa perkenan Sultan Perak. Perintah itu dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Ridwan Ibrahim, beberapa jam selepas Sivakumar meneruskan sidang tergempar yang mencetuskan kontroversi kerana diadakan tanpa menunggu keputusan mahkamah berhubung saman Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap pelantikan Datuk Dr Menteri FASOLA Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar.

  • Speaker tiada hak panggil sidang tanpa perkenan Sultan


  • Mesyuarat DUN langgar undang-undang tubuh Perak
Kata pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff pula Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak semalam tetap sah walaupun diadakan atas pokok. Mohammad Agus, yang juga seorang penganalisis poltik berpandangan bahawa tiga usul yang diluluskan itu juga sah dan tidak boleh dicabar di dalam mahkamah.
Usul-usul itu ialah :

  • menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar;


  • membubarkan Dewan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan;


  • dan mengesahkan keputusan Speaker Sivakumar melarang Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan.
Polis digunakan untuk menghalang ADUN-ADUN tersebut dari memasuki Dewan Persidangan. Malaysia sekali lagi melihat polis digunakan untuk kepentingan politik UMNO. (seperti biasa sebenarnya, macam Gestapo atau Polis Rahsia NAZI).



Ada yang menyamakan situasi Sidang Tergempar Bawah Pokok DUN Perak semalam sama seperti Kerajaan Pasir Berdengung dalam cerita LAKSAMANA DO RE MI. Baguslah, kerana Kerajaan Pasir Berdengung itu adalah kerajaan yang sah dalam cerita itu, tetapi telah dirampas oleh Menteri FASOLA ZAMBRY. Semua orang tau Menteri FASOLA merampas kuasa kerajaan negeri secara tidak sah.

  • Kerajaan Pasir Berdengung: Kerajaan Pakatan Rakyat Perak
  • Menteri FASOLA: Dr Zambry Abdul Kadir Al-Kuti

Akhirnya Menteri FASOLA (DR. Zambry) ini dijatuhkan oleh LAKSAMANA DOREMI (KUASA RAKYAT) melalui senjata Rahsia BULUH RUNCING, simbol untuk PILIHANRAYA NEGERI


Saya cadangkan apabila berjumpa dengan DR. ZAmbry ini, sila tunjukkan pada beliau sebatang Buluh Runcing, kerana Dr. Zambry akan bukak kasut beliau secara automatik apabila melihat Buluh Runcing itu.

Al-Fatihah juga kepada Sultan Melaka dahulu, Sultan Mahmud yang Mangkat dijulang.


MULLAHKANE

1 comment:

  1. Sape pulak yg Raja duduk tu? Mesti cina DAP. Bodoh punye melayu.

    ReplyDelete

About MULLAHKANE

"I am learning to understand rather than immediately judge or to be judged. I cannot blindly follow the crowd and accept their approach. I will not allow myself to indulge in the usual manipulating game of role creation.

Fortunately for me, my self-knowledge has transcended that and I have come to understand that life is best to be lived and not to be conceptualized. I am happy because I am growing daily and I am honestly not knowing where the limit lies. To be certain, every day there can be a revelation or a new discovery. I treasure the memory of the past misfortunes. It has added more to my bank of fortitude.

I'm not in this world to live up to your expectations and you're not in this world to live up to mine.If I tell you I'm good, you would probably think I'm boasting, If I tell you I'm no good, You know I'm lying. If you don't want to slip up tomorrow, speak the truth today.

I am not teaching you anything. I just help you to explore yourself. Because what works well with me might not work for you, and vice-versa!"

Mullahkane