Friday, March 27, 2009

Analisis Fenomena Tidak Keluar Mengundi Penyumbang kepada Tsunami Politik




Fenomena tidak keluar mengundi telah menjadi perkara yang merunsingkan baik dari pihak kerajaan atau pihak pembangkang, kerana setiap undi itu adalah penting dalam menentukan kemenangan atau kekalahan sesuatu pihak.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati pengundi di kalangan orang Melayu terutama di kawasan bandar `tidak gemar' untuk keluar mengundi pada pilihan raya umum.
Sebaliknya, lebih 90 peratus masyarakat Cina di kawasan berkenaan keluar melaksanakan tanggungjawab tersebut. fenomena tidak mahu keluar mengundi ini berlaku kerana masyarakat Melayu terutama di bandar berasa begitu selesa.
Malaysia akan menghadapi tiga pilihanraya kecil dalam masa terdekat ini iaitu DUN Bukit Selambau, DUN Batang Ai dan Parlimen Bukit Gantang. Salah satu penyebab dan faktor kekalahan sesuatu parti itu adalah pengundi tidak melaksanakan tanggungjawab mereka.

Menurut teori Sains Sosial, kewujudan kelompok yang “kurang berminat” untuk berkecimpung dengan politik sekitar mereka digelar sebagai kelompok “Paroxial”. Cita-cita perjuangan dan idealisme tidak wujud didalam hati mereka. Kelompok paroxial ini seakan mati daya dan deria mereka untuk mengambil peduli tentang perkembangan politik. Kebiasaannya, kelompok paroxial ini tidak banyak dalam sistemik sesebuah masyarakat. Jumlahnya lebih kurang 5 peratus sahaja. Oleh itu, jumlah 4 juta ini membawa makna besar, iaitu majoriti anak muda Melayu menjadi kelompok paroxial dan tidak berminat dengan politik. Mengapa tiada kesedaran politik? Manakala pengundi-pengundi bukan muda juga mempunyai sebab-sebab tertentu untuk tidak melaksanakan tanggungjawab memilih pemimpin-pemimpin tempatan dan nasional.


Antara faktor-faktor pengundi-pengundi tidak melaksanakan tanggungjawab mereka adalah:

1. Fakta SPR: 4 juta warga muda terutama dari bangsa Melayu masih gagal
dijejaki dan didaftarkan sebagai pengundi. Golongan ini lebih tertumpu pada generasi elit


2. Keghairahan pemuda-pemudi kontemporari sudah diseret ke kancah hiburan
berbanding melibatkan diri dalam alam politik.

3. Kebanyakan pengundi yang telah pindah rumah ke negeri lain belum tukar
alamat pendaftaran SPR dan juga tidak ingin meluangkan masa untuk keluar
mengundi. Mereka tidak tukar alamat pendaftaran kerana sibuk bekerja,
beranggap susah dan leceh, tidak tahu cara tukar alamat pendaftaran atau
acuh tidak acuh tentang politik.

4. SPR mengambil masa agak lama dalam proses pendaftaran pengundi baru. Bakal Pengundi Baru terkandas dengan proses pendaftaran yang memakan masa. SPR juga tidak mengemaskini senarai pengundi berdaftar terutamanya yang telah mati atau bertukar alamat atau pengundi hantu (Di Ijok, 46 orang berada dalam alamat yang sama, malahan alamat tersebut adalah sebuah rumah kedai)

5. Nama tiada dalam senarai walaupun sudah berbulan-bulan mendaftar sebagai
pengundi. Ini kerana senarai daftar pengundi belum diwartakan.

6. Umur tidak cukup ketika waktu pilihanraya.

7. Tiada kesedaran politik, tidak pernah mendaftar sebagai pengundi walaupun
umur sudah tua, beranggapan sesiapa pun yang diundi, hasilnya tetap sama
kepada rakyat dan tiada perubahan.

8. Pengundi di ugut oleh sesetengah pihak agar tidak keluar mengundi atau tidak mengundi calon-calon tertentu atau Pengundi di pengaruhi supaya tidak keluar mengundi oleh sesetengah pihak bagi menjatuhkan pemimpin parti yang sedia ada.


9. Protes- Pengundi melakukan protes terhadap parti mereka dengan tidak keluar
mengundi hingga menyebabkan parti lawan mencapai kemenangan. Pengundi sudah
muak dengan parti mereka sendiri, tetapi tidak pula sanggup untuk mengundi
parti lawan.

10. Protes dalaman terhadap Calon parti yang dipilih, menyebabkan segelintir
penyokong Calon lain yang tidak terpilih itu tidak keluar mengundi walaupun
calon itu adalah dari parti yang sama.

11. Nama telah dicuri dan digunakan oleh orang lain untuk mengundi. Walaupun
nampak kelakar, hakikatnya kes ini berlaku di merata tempat, hasil dari
permainan politik kotor sesebuah parti itu.

12. Nama didaftarkan di tempat lain tanpa notis atau tanpa pengetahuan si
pengundi.

Perkara-perkara inilah yang amat perlu dititik beratkan oleh parti-parti politik inilah punca sebenar Tsunami Politik 2008. Samada BN atau PR, adalah penting untuk menjejaki pengundi-pengundi yang 'hilang' ini sebelum tiba waktu mengundi. Mereka inilah yang menjadi faktor kekalahan atau kemenangan sesuatu parti itu. Mungkin SPR perlu memperkuatkan sistem pengkalan data mereka dengan menambah tenaga kerja yang lebih ramai untuk proses pendaftaran pengundi.


Mullahkane.blogspot.com



-Mullahkane

1 comment:

  1. Pengundi hantu jangan lupa highlight, salah satu punca menewaskan parti lawan

    ReplyDelete

About MULLAHKANE

"I am learning to understand rather than immediately judge or to be judged. I cannot blindly follow the crowd and accept their approach. I will not allow myself to indulge in the usual manipulating game of role creation.

Fortunately for me, my self-knowledge has transcended that and I have come to understand that life is best to be lived and not to be conceptualized. I am happy because I am growing daily and I am honestly not knowing where the limit lies. To be certain, every day there can be a revelation or a new discovery. I treasure the memory of the past misfortunes. It has added more to my bank of fortitude.

I'm not in this world to live up to your expectations and you're not in this world to live up to mine.If I tell you I'm good, you would probably think I'm boasting, If I tell you I'm no good, You know I'm lying. If you don't want to slip up tomorrow, speak the truth today.

I am not teaching you anything. I just help you to explore yourself. Because what works well with me might not work for you, and vice-versa!"

Mullahkane