Monday, February 9, 2009

Nizar MB Perak - Tengku Razaleigh (MB HARAM - Dr. Zambry)

Sambil menyifatkan kejadian di Perak memalukan, bagi veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah, Menteri Besar Perak ialah Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

"Menurut Perlembagaan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sehinggalah beliau meletak jawatan secara sukarela, atau dijatuhkan melalui undi tidak percaya di dalam sidang Dewan (Undangan Negeri) yang rasmi.

"Perlembagaan tidak membuat sebarang peruntukan untuk membolehkan beliau dijatuhkan dengan sebarang cara lain,termasuk petisyen atau arahan dari manmana pihak berkuasa yang lain," tegas Ahli Parlimen Gua Musang itu.

Tengku Razaleigh juga menekankan bahawa usaha menjatuh atau menubuhkan sesebuah kerajaan dengan apa jua cara lain dianggap pencabulan Perlembagaan Malaysia, penghakisan kedaulatan undang-undang dan menghadapi risiko menubuhkan kerajaan haram (kenyataan penuhnya di sini).

Ketika ditemui wartawan selepas mesyuarat khas Exconya, Mohammad Nizar memberitahu, Pakatan Rakyat menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan sama ada kerajaan negeri yang ada sekarang sah atau sebaliknya.

"Jadi kita serah sebulat-bulatnya kepada mahkamah untuk menentukan. Kalau mereka teruskan (angkat sumpah exco kerajaan negeri Barisan Nasional) sebelum mahkamah bersidang, maknanya kita akan ada dua menteri besar dan dua kerajaan.

"Belum pernah ada dalam dunia begini," katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Ipoh tengah hari semalam.

Beliau mengulas kerumitan yang bakal timbul sekiranya majlis angkat sumpah barisan exco kerajaan negeri BN dilangsungkan Selasa ini selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir selamat mengangkat sumpah di Istana Iskandariah sebagai menteri besar baru Jumaat lalu.

Mengulas mengenai mesyuarat khas exco yang dijalankan tanpa mengadap Sultan Perak sebagaimana kebiasaan mesyuarat exco, Nizar berkata, perkara itu "dibolehkan" kerana itu mesyuarat khas.

Ditanya adakah beliau akan pergi bertugas ke pejabat Menteri Besar Perak Selasa ini sedangkan Zambry sudah dilantik sebagai menteri besar baru, secara bergurau Mohammad Nizar berkata, "saya akan berebut, siapa datang awal"._

No comments:

Post a Comment

About MULLAHKANE

"I am learning to understand rather than immediately judge or to be judged. I cannot blindly follow the crowd and accept their approach. I will not allow myself to indulge in the usual manipulating game of role creation.

Fortunately for me, my self-knowledge has transcended that and I have come to understand that life is best to be lived and not to be conceptualized. I am happy because I am growing daily and I am honestly not knowing where the limit lies. To be certain, every day there can be a revelation or a new discovery. I treasure the memory of the past misfortunes. It has added more to my bank of fortitude.

I'm not in this world to live up to your expectations and you're not in this world to live up to mine.If I tell you I'm good, you would probably think I'm boasting, If I tell you I'm no good, You know I'm lying. If you don't want to slip up tomorrow, speak the truth today.

I am not teaching you anything. I just help you to explore yourself. Because what works well with me might not work for you, and vice-versa!"

Mullahkane