Friday, January 9, 2009

Wujud Golongan Dalam PAS anti Pakatan Rakyat?

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa wujud golongan dalam PAS yang anti pakatan rakyat atau anti anwar ibrahim. Agaknya mereka-mereka ini lebih suka jika PAS berkerjasama dengan UMNO. Mungkin merekalah yang akan menjadi penyokong utama muzakarah PAS - UMNO, di mana ideanya adalah membawa PAS masuk ke dalam Barisan Nasional. Konco-konco mereka ini berterusan menyerang mereka-mereka yang baik dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim seperti Dato Husam Musa, YB. Khalid Samad, dan lain-lain. Seterusnya melabelkan kumpual 'Erdogan' kepada pihak yang pro-Dato Seri Anwar Ibrahim.
.
.
Tidak hairan jika golongan ini mempunyai kaitan dengan blog anti husam yang sudah pun di ketahui suspek-suspek di sebalik blog tersebut. Ataupun mereka berkerjasama bersama Khary Jamaluddin di dalam menyampaikan dakyah-dakyah perpecahan di kalangan Pakatan Rakyat? Saya pasti, Mereka-mereka yang terlibat dengan golongan ini bertepuk tangan apabila YB Khalid dan YB Saari Sungip diketepikan jawatan mereka dalam PAS Selangor.
.
.
Blog Malaysiawaves.com, yang dimiliki oleh Saudara Tulang Besi telah pun menghuraikan dengan panjang agenda-agenda fraksi umno di dalam PAS ini. Nampak gayanya mereka ini tidak serik dengan pengalaman PAS menyertai BN pada zaman 70'an dahulu. TG Nik Aziz pernah berkata, beliau tidak mahu di patuk ular yang sama 2 kali. Bodohlah namanya jika mengizinkan berbuat demikian. Tidak belajar dari pengalaman.
.
.
Sebenarnya, idea menyatukan Umno dan PAS ini idea lama yang dipelopori oleh Abdul Razak Hussein, perdana menteri Malaysia kedua. Pada ketika itu, Perikatan mengalami kemerosotan yang teruk dalam pilihanraya umum 1969. Perikatan hilang kuasa majoriti di parlimen buat kali pertama dalam sejarah pada pilihanraya yang diadakan pada 10 Mei 1969.Prestasi buruk Perikatan telah mendorong kepada berlakunya tragedi berdarah 13 Mei yang melibatkan kaum Melayu dan Cina. Tragedi tersebut menyebabkan parlimen digantung dan penubuhan Majlis Gerakan Negara (Mageran) yang dipimpin oleh Abdul Razak.
.
.
Setelah berjaya mendapatkan kuasa daripada Tunku Abdul Rahman, bapa Najib memulakan usaha menarik PAS masuk dalam Barisan Nasional, satu “formula baru” yang dicetak rompak daripada Barisan Sosialis untuk menggantikan Perikatan. Alasan membawa masuk PAS bersama BN bertujuan menyatupadukan orang Melayu dan umat Islam di negara ini. Pada ketika itu PAS dipimpin oleh Mohd Asri Muda setelah beliau mengambil alih jawatan yang dipertua daripada Dr. Burhanuddin Al-Helmy. Selain PAS, PPP dan Gerakan juga dibawa masuk menyertai BN setelah Mageran dibubarkan.Apabila Umno kembali kuat dan merasakan PAS mencabar kedudukan mereka, PAS dipecat daripada BN pada 14 November 1977. PAS ditendang keluar sebelum cukup lima tahun berada dalam BN!
.
.
-mullahkane

No comments:

Post a Comment

About MULLAHKANE

"I am learning to understand rather than immediately judge or to be judged. I cannot blindly follow the crowd and accept their approach. I will not allow myself to indulge in the usual manipulating game of role creation.

Fortunately for me, my self-knowledge has transcended that and I have come to understand that life is best to be lived and not to be conceptualized. I am happy because I am growing daily and I am honestly not knowing where the limit lies. To be certain, every day there can be a revelation or a new discovery. I treasure the memory of the past misfortunes. It has added more to my bank of fortitude.

I'm not in this world to live up to your expectations and you're not in this world to live up to mine.If I tell you I'm good, you would probably think I'm boasting, If I tell you I'm no good, You know I'm lying. If you don't want to slip up tomorrow, speak the truth today.

I am not teaching you anything. I just help you to explore yourself. Because what works well with me might not work for you, and vice-versa!"

Mullahkane