Tuesday, January 13, 2009

Tukar-Tukar Pandangan Bersama Group Email Prowaris

Quote unquote Mr. A:
.
.
satu nak tanya mullahkane.. ..PAS ni lebih takut UMNO dari Allah laaaa gamaknya kalau dah macam gitu......sepatutny a kalau nak buat HUDUD UMNO sekat....kita JIHAD laaaa Fisabillillah! !!!.....kenapa tak buat????.... .kita perang laaa!!!!!!kalau betul2 ikhlas nak buat HUDUD laaaaa....hakikatny a memang pun PAS saja main2 jer....hukum HUDUD ni tak IKHLAS lansung ......buat modal politik basi saja......dah berzaman dah dok bising nak buat HUDUD....habuk pun tarak!!!.... .dah menang KELANTAN dan Kedah....sepatutnya boleh buat laaa kenapa tak buat....sebab UMNO tak bagi......apa ke giler!!!!... ...berjuang kerana ALLAH ke kerana apa agaknya puak puak PAS ni??? sebab tu aku yakin dan percaya...pertolong an ALLAH takkan turun nya untuk puak2 PAS ni.....siap jadi halal lagi berkerjasama dengan syaitan!!!!! ....aku tak kata....Nik Aziz kata....WALLAHUAALA M
.
.
Mullahkane:
.
.
Bukan masalah PAS takut pada UMNO atau tidak.. Kena fikir lojik, PAS berjuang berdasarkan sistem demokrasi yang ada di Malaysia ini, dan, bukankah memperjuangkan Undang-undang Syariah itu juga termasuk di dalam konteks Jihad, tidak semestinya Jihad Perang kerana kita bukan Taliban atau Al-Qaeda. Kita ikut sistem di Malaysia ini, sistem Demokrasi. Sebab itu perjuangan ini melalui Politik. Melalui politik barulah dapat ditegakkan kuasa Islam itu. Gerakan Islam kita berjuang di Malaysia tidak melalui kekerasan. Senang saja untuk cakap "Peranglah! Jihadlah! kalau betul-betul nak berjuang hudud."
.
.
Persoalannya, yang menyekat undang-undang syariah di Malaysia ini secara realitinya adalah UMNO, terbukti melalui perbuatan apabila mencabar kes hudud ini di mahkamah supaya ianya tidak dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu. Habis tu, anda nasihatkan supaya perang sesama melayu islam kita ini? Fikir dahulu sebelum buat kenyataan.
.
.
Quote unquote Mr. W:
.
.
Dalam hati Sdr Amierrul di tahu sama ada dia ikhlas atau tidak...
Kalau pemimpin PAS seikhlas Amierrul, sudah lama HUDUD ini menjadi...TAPI mereka TIDAK seikhlas Amierrul, sebab itu ia TIDAK menjadi.Banyak alasan diberi, menuding jadi kepada orang lain hakikatnya PASsendiri yang pincang dan tidak ikhlas... Kenapa tuding jari kepadaorang lain? Elok perbaiki keikhlasan itu, InsyaAllah perjuangan untukHudud ini akan berjaya. Tapi kalau tidak ikhlas selagi itulah ianyaakan jadi bicara mulut sahaja, tahun demi tahun, canang benda yangsama. NIk Aziz. Hj Hadi, Husam akan marah, melenting dia, tapi inilahhakikatnya. Keikhlasan ini tidak dapat ditipu, Allah tahu. Janganbermain dengan kemurkaan Allah Azzawajalla.
.
.
Tetapi kalau Amierrul juga tidak IKHLAS, dia harus beristighafarbanyak2 kerana dari penulisannya, jelas beliau lebih kepada'denfensive' daripada MAHU perjuangkan HUDUD itu sendiri... Tolongberlaku ikhlas Sdr Amierrul... Jangan bermain dengan keikhlasan. Kalaukita rasa tidak ikhlas dalam membicarakan soal Hudud ini, dalam hatiada terselit niat untuk perjuangkan PARTI lebih dari perjuangkan Hududitu sendiri, lebih baik kita diam saja, dari menambah dosa.
.
.
Mullahkane:
Saudara,
.
.
Seikhlas mana pun pemimpin-pemimpin PAS dalam memperjuangkan hudud. ianya secara realiti tidak akan tercapai sekiranya UMNO yang mempunyai kuasa persekutuan menyekat undang-undang ini dari dilaksanakan di negeri-negeri tersebut. Kuasa untuk membenarkan undang-undang syariah ini dilaksanakan terletak pada kuasa kerajaan Persekutuan, bukan kerajaan negeri. Kerajaan negeri cuma meluluskan enakmen tersebut untuk menjadi undang-undang yang sah, tetapi jika Kerajaan Persekutuan tidak meluluskan bahkan mencabar di mahkamah pula mengenai hal ini, memang tidak akan terlaksana lah undang-undang ini, saudara pun tahu, kuasa kerajaan persekutuan lagi besar dari kuasa kerajaan negeri kan? siapa yang membawa agenda british ini?
.
.
Saudara,
.
.
Anda kata saya tidak ikhlas kerana bersifat defensive dari memperjuangkan parti pas dari hudud itu sendiri. Saya bukan jurucakap parti PAS pun. Bahkan saya bukan ahli parti tersebut pun. Saya bercakap kerana saya orang melayu islam yang biasa, kerana bagi saya bukan hak mutlak Parti PAS pun untuk memperjuangkan isu-isu hudud ini, ianya hak kita sebagai muslim untuk menyokong perlaksanaannya di bumi Malaysia ini.
.
.
Saudara,
.
.
Learn to understand rather than immediately judge or to be judged. Don't blindly follow the crowd and accept their approach.
.
.
Saya tiada komen mengenai kenyataan saudara yang saya ini ikhlas ke tidak. kerana mungkin saudara ini manusia luar biasa yang tahu isi dalaman hati saya, yang saya ini ikhlas ke tidak.
.
.
Ini bukan masalah tunding jari kepada orang lain atau tidak, kita bercakap soal realiti. REALITI. Realitinya dalam tv dan media UMNO sibuk mencabar PAS laksanakan penguatkuasaan Hukum Hudud, tetapi belakang-belakang sekat penguatkuasaan undang-undang ini bahkan cabar dalam Mahkamah pulak. Ini Perjuangan apa ini?
.
.
mullahkane

No comments:

Post a Comment

About MULLAHKANE

"I am learning to understand rather than immediately judge or to be judged. I cannot blindly follow the crowd and accept their approach. I will not allow myself to indulge in the usual manipulating game of role creation.

Fortunately for me, my self-knowledge has transcended that and I have come to understand that life is best to be lived and not to be conceptualized. I am happy because I am growing daily and I am honestly not knowing where the limit lies. To be certain, every day there can be a revelation or a new discovery. I treasure the memory of the past misfortunes. It has added more to my bank of fortitude.

I'm not in this world to live up to your expectations and you're not in this world to live up to mine.If I tell you I'm good, you would probably think I'm boasting, If I tell you I'm no good, You know I'm lying. If you don't want to slip up tomorrow, speak the truth today.

I am not teaching you anything. I just help you to explore yourself. Because what works well with me might not work for you, and vice-versa!"

Mullahkane