Tuesday, January 6, 2009

Pengundi KT Waspada Politik Wang - Husam

KOTA BHARU, 1 Jan (Hrkh) - Pengundi di P36 Parlimen Kuala Terengganu diberi nasihat agar berhati-hati dalam menangani politik wang yang dijangka hebat di pilihanraya kecil ini, demikian diberitahu oleh Naib Presiden PAS, Dato' Haji Husam Musa.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat Exco negeri hari ini dan berharap agar semua pihak berwaspada terhadap politik wang yang kini telah dilaporkan bermula dan diharap pengundi di kawasan tersebut bijak membuat pilihan terhadap calon wakil rakyat mereka nanti.

"Politik wang yang merupakan satu barah dalam negara kita dan rakyat seharusnya menolak mereka yang mengamalkan politik wang ini"ujar beliau.

"Sebelum ini, kerajaan Pusat telah mengisytiharkan sejumlah RM 6.1 juta bagi pembangunan kaum cina di Kuala Terengganu dan ia seolah-olah untuk memancing undi kaum cina di kawasan tersebut.

Husam berharap semua kaum yang terlibat dengan pengundian dalam parlimen Kuala Terengganu tersebut tidak termakan dengan cara pancing undi yang dibuat oleh Umno/BN tersebut.

Mengenai dakwaan PAS turut memberi habuan wang kepada penduduk kawasan tersebut, beliau menafikan dan diharap pihak yang mendakwa berlakunya suasana tersebut dalam PAS agar tampil memberi maklumat"katanya lagi.

Menyentuh kepada calon PAS dalam pilihanraya kecil tersebut yang agak lewat diumumkan, beliau berkata ia adalah merupakan satu strategi PAS dalam pilihanraya kecil tersebut. "Nampaknya Umno terlalu ghairah mengistiharkan calonnya dan kini calonnya telah terdedah kepada kritikan dan serangan dari dalam Umno sendiri dan strategi PAS agak bijak dalam hal ini,"kata beliau.

No comments:

Post a Comment

About MULLAHKANE

"I am learning to understand rather than immediately judge or to be judged. I cannot blindly follow the crowd and accept their approach. I will not allow myself to indulge in the usual manipulating game of role creation.

Fortunately for me, my self-knowledge has transcended that and I have come to understand that life is best to be lived and not to be conceptualized. I am happy because I am growing daily and I am honestly not knowing where the limit lies. To be certain, every day there can be a revelation or a new discovery. I treasure the memory of the past misfortunes. It has added more to my bank of fortitude.

I'm not in this world to live up to your expectations and you're not in this world to live up to mine.If I tell you I'm good, you would probably think I'm boasting, If I tell you I'm no good, You know I'm lying. If you don't want to slip up tomorrow, speak the truth today.

I am not teaching you anything. I just help you to explore yourself. Because what works well with me might not work for you, and vice-versa!"

Mullahkane