Tuesday, January 6, 2009

UMNO Tolak Hudud, Bukan PAS

Kenapa Dato' Najib nak marah-marah pasal kenyataan Husam Musa pasal Hudud. kenapa yang Timbalan Presiden UMNO itu hendak terasa. Orang kata kalau takda angin masakan pokok bergoyang.Hakikatnya, sejak dari merdeka UMNO lah penghalang perlaksanaan undang-undang shariah di Malaysia. Sejak dari meredka lagi, UMNO melekeh-lekehkan Undang-Undang shariah dan membuat seribu satu alasan serta tindakan menghalang perlaksanaan undang-undang shariah di Malaysia.
Saya nak tanya, sekiranya UMNO bersetuju melaksanakan undang-undang shariah di Malaysia, siapakah yang boleh menghalang? Kelantan telah meluluskan Enakmen Syariah mereka yang membenarkan perlaksanaan Hukum Jenayah Syariah di Kelantan. Apa yang diperlukan hanyalah kelulusan di Parlimen sahaja bagi mengizinkan perlaksanaan tersebut.Saya sudah lupa mekanisme yang sebenar tetapi apa yang saya ingat hanya diperlukan pindaan kepada Undang Undang Jenayah sahaja di Pusat bagi mengizinkan perlaksanaan Shariah di Kelantan secara total. Ia hanya memerlukan majoriti mudah di Parlimen, bermaksud ia memerlukan sokongan Ahli2 Parlimen dari UMNO.
Soalnya sekarang, adakah ahli2 Parlimen UMNO sanggup menyokong pindaan ini di Parlimen. Jawab Dato Najib jawab.Tak payahlah nak cabar mencabar. Perkara ini telahpun dinyatakan kepada kepimpinan UMNO sebelum ini dengan jelas dan terang. Malangnya, kepimpinan UMNO tidak mahu memberi apa-apa kerjasama yang bermakna.Menitis air mata saya apabila saya mengikatkan kata-kata Tok Guru Nik Aziz sewaktu berjumpa Dr. Mahathir semasa Enakmen Syariah Kelantan diluluskan satu masa dahulu. Beliau berkata bahawa tugas perlaksaan hukum syariah ini bukan isu politik.
Ini adalah kewajiban setiap orang Islam terhadap Pencipta. Tok Guru tidak mahu mempolitikan isu ini sama sekali dan mahu bekerjasama dengan UMNO dalam perlaksanaan hukum ini.Apabila dituduh Enakmen tersebut adalah "hudud PAS", pantas Tok Guru menjawab bahawa PAS mengalu-alukan hudud UMNO sekiranya mereka tidak gembira dengan enakmen yang diluluskan di Kelantan pada masa itu.Soalnya sekarang, apa yang telah dilakukan oleh UMNO untuk memastikan perlaksaaan hukum jenayah syariah Islam di Malaysia? Sekiranya UMNO Setuju, Tiada Halangan Walau Sedikit Pun Bagi Perlaksanaan Hukum TersebutSila jawab wahai ahli2 UMNO sekelian.
Sekiranya pimpinan UMNO setuju berganding bahu dengan PAS membenarkan perlaksanaan hukum jenayah syariah Islam, siapa di dalam Malaysia yang mampu menghalang?Jawab wahai Dato Najib, Hisamuddin Tun Hussien, Khairy Jamaluddin, Isa Samad, Mohd Mohd Taib, Dr Mahathir Mohammad Iskandar Kutty dsbnya. Jawab jangan tak jawab.Saya juga nak ingatkan semua ahli UMNO bahawa ANDA BERTANGGUNGJAWAB di atas ke tidak perlaksaaan hukum jenayah Islam di Malaysia ini. Anda SEMUA MEMPUNYAI SAHAM dan ANDA SEMUA KENA MENJAWAB DI AKHIRAT KELAK.Saya tahu pada satu masa dahulu, Zainal Abidin Sakom telah disergah oleh Ketua2 Biro Agama UMNO seluruh Selangor tentang bilakah hendak dilaksanakan hukuman Syariah Islam di Malaysia?
Forum tersebut bertujuan untuk menyerang Enakmen Syariah PAS di Terengganu telah bertukar menjadi majlis mencabar UMNO Selangor tentang bilakah perlaksanaan hukum ini akan berlaku. Saya mendapat tahu, Zainal Abidin Sakom terpaksa meninggalkan majlis lama sebelum majlis tamat. Kesian sungguh Zainal Sakom dan syabas Ketua2 Biro Agama UMNO yang hadzir pada masa itu.Bagi saya, hukum Jenayah Syariah bukan isu politik. Ia tanggungjawab semua umat Islam dan kita mesti berganding bahu melaksanakannya bersama.
Amin
-Tulang Besi @ www.malaysiawaves.com

No comments:

Post a Comment

About MULLAHKANE

"I am learning to understand rather than immediately judge or to be judged. I cannot blindly follow the crowd and accept their approach. I will not allow myself to indulge in the usual manipulating game of role creation.

Fortunately for me, my self-knowledge has transcended that and I have come to understand that life is best to be lived and not to be conceptualized. I am happy because I am growing daily and I am honestly not knowing where the limit lies. To be certain, every day there can be a revelation or a new discovery. I treasure the memory of the past misfortunes. It has added more to my bank of fortitude.

I'm not in this world to live up to your expectations and you're not in this world to live up to mine.If I tell you I'm good, you would probably think I'm boasting, If I tell you I'm no good, You know I'm lying. If you don't want to slip up tomorrow, speak the truth today.

I am not teaching you anything. I just help you to explore yourself. Because what works well with me might not work for you, and vice-versa!"

Mullahkane