Tuesday, January 6, 2009

Inilah Dia Pembela Nasib Orang-orang Melayu..

Nak pertahankan nasib Melayu? Pemimpin2 korang bile masuk kampung, berucap "ini sajalah wadah perjuangan orang2 Melayu, ini sajalah wadah untuk memperjuangkan nasib2 orang Melayu.."

Tp sambil2 bercakap soal Ketuanan Melayu, BALAK hang sapu jugak, SAHAM Bumiputra hang sapu jugak, KONTRAK hang sapu jugak untuk anak beranak n kroni2 hang, TANAH hang sapu jugak, lagi teruk tanah rezab bumiputra hang jual kat bangsa lain. Masuk je parti hang, terus kaya-raya sekelip mata. Kedaulatan Bahasa Melayu hang x jaga, Perintah negeri Majoriti melayu yg ada royalti minyak, rakyat miskin maacam tu jugak.

Nak menang pilihanraya pun kene ada pengundi hantu utk tlg hang, memperkudakan jentera kerajaan untuk propaganda politik hang, nk kena bayar pengundi 2,3 ratus seorang suruh pangkah hang, nak kena pakai UNdi pos yg mmg akan sokong korang secara mutlak.

Nak kena naikkan minyak utk tampung projek2 mega kroni2 hang, perbodohkan rakyat dengan kenyataan2 dungu seperti negara2 lain pun minyak naik. Mane dia keuntungan petronas, kelapa sawit, industri pelancongan, cukai korporat dan cukai sana-sini? X boleh ke gunakan wang yang banyak itu utk bg subsidi minyak yg maksimum (selagi yg mampu) utk kesenangan rakyat? Ini naikkan harga minyak utk tampung kos2 projek2 mega kroni2, ramai mana sgt yg dpt faedah bersama kalau di bandingkan dengan subsidi minyak yg seluruh rakyat malaysia yg dpt menikmatinya bersama2?

Yang kat bawah ni pon satu hal, sokong membuta tuli tanpa mengerti intipati perjuangan yg sebenar. Kita mahu parti perjuangan yang membela nasib rakyat, bukan PARTI ELIT yg boleh cari tmpt utk memperkayakan diri sendiri dengan mudah. Perjuangan Apa ini? Wang dan kekayaan semata2. Kalau tolak pemimpin2 yang kotor dan rasuah, agak2 brape lagi pemimpin2 yg berkaliber dan bersih yg masih wujud dlm parti ‘itu’?

Kau julang keris utk mempertahankan org2 melayu konon2nya, tetapi berapa kekayaan peribadi yg kau ada hasil dari kaut sana-sini?

Ketuanan Melayu apa apabila sains dan Matematik di ajar dlm bahasa inggeris hingga mengorbankan pendidikan murid2 melayu di kawasan luar bandar khasnya, akibat drpd penyediaan guru2 yg terlatih tidak mencukupi. Mana dia pemimpin2 melayu yg akat keris nk pertahankan melayu ni? mana dia pemuda2 yg menentang dasar2 yg boleh melemahkan bangsa melayu ni? Bahasa inggeris mmg penting, tp kalau bercakap soal Ketuanan Melayu, Bahasa Melayu juga harus dipertingkatkan biar org cina, india, kadazan dan iban fasih berbahasa Melayu.. Inilah Ketuanan Melayu yang sebenar.

Kita jgn jadi pencacai apabila memasuki dunia perjuangan politik ini.Kalau kita sayangkan bangsa dan negara kita, kita harus berani berdiri dan bersuara, bukan jd pengampu angguk sana angguk sini, semata2 nk jaga kedudukan dan projek.. Intipati perjuangan itu telah hilang, kalau agenda peribadi lebih besar dari agenda bangsa dan negara.

Saya bukan bercakap isu pembangkang semata2.. Saya bercakap isu nasional, Isu bangsa, di mana isu2 ini tidak akan diperkatakan oleh golongan2 pengampu.

No comments:

Post a Comment

About MULLAHKANE

"I am learning to understand rather than immediately judge or to be judged. I cannot blindly follow the crowd and accept their approach. I will not allow myself to indulge in the usual manipulating game of role creation.

Fortunately for me, my self-knowledge has transcended that and I have come to understand that life is best to be lived and not to be conceptualized. I am happy because I am growing daily and I am honestly not knowing where the limit lies. To be certain, every day there can be a revelation or a new discovery. I treasure the memory of the past misfortunes. It has added more to my bank of fortitude.

I'm not in this world to live up to your expectations and you're not in this world to live up to mine.If I tell you I'm good, you would probably think I'm boasting, If I tell you I'm no good, You know I'm lying. If you don't want to slip up tomorrow, speak the truth today.

I am not teaching you anything. I just help you to explore yourself. Because what works well with me might not work for you, and vice-versa!"

Mullahkane