Thursday, January 8, 2009

Biodata Calon PAS PRK P036


BIODATA CALON PAS

Nama: Mohd Abdul Wahid Endut
Umur: 52
Isteri : Wan Fatimah Wan Abdullah
Pekerjaan: Guru
Anak: Sembilan

Kelayakan Akademik:Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
Ijazah Perikanan & Maritim, Universiti Putra Malaysia (UPM)
Jawatan Politik:Bendahari Pas TerengganuYang Dipertua Pas, Kuala Terengganu
Jawatan Kerajaan:Exco Pembangunan Usahawan dan Belia Negeri (1999-2004) MOHD Abdul Wahid Endut, 52, adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam, satu daripada empat Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Kuala Terengganu. Abdul Wahid menjadi Adun sejak lima penggal dari tahun 1990 dan pernah sepenggal menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco),
ketika Pas mentadbir Terengganu pada 1999 hingga 2004. Abdul Wahid boleh dianggap sebagai anak didik Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali kerana kerusi Wakaf Mempelam yang beliau wakili hingga kini adalah kerusi yang dimenangi oleh Mustafa ketika PAS melakukan 'comeback' di Terengganu pada 1982.

Anak jati Terengganu ini dilahirkan pada 29 September 1957 di Kampung Pulau Rusa dan kini menetap di Kampung Seberang Baruh Kiri, Jalan Kelantan, Kuala Terengganu. Beliau mempunyai seorang isteri bernama Wan Fatimah Wan Abdullah bersama 9 orang anak, yang terdiri daripada dua lelaki dan tujuh orang perempuan. Isterinya seorang warga pendidik di sebuah sekolah kerajaan di negeri ini. Abdul Wahid mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu, sebelum melanjutkan ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu dan menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) (kini dikenali Universiti Putra Malaysia). Beliau juga mempunyai pengalaman bekerja sebagai Pegawai Tadbir di UPM dan menjalankan perniagaan berasaskan pertanian sebelum berkecimpung sepenuh masa sebagai ahli politik. Dalam parti, beliau kini adalah Yang Dipertua Pas, Kuala Terengganu dan Bendahari Badan Perhubungan Pas negeri Terengganu.

Selain itu, pengalamannya dalam parti PAS pernah memegang jawatan Bendahari Dewan Pemuda Pas Pusat dan Ketua Pemuda Pas Terengganu dari tahun 1991 hingga 1993. Prinsip perjuangan beliau ialah, "Usah sekali-kali mencari musuh, tetapi jika musuh datang kita akan menghadapinya." Beliau dipilih sendiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menjadi calon parti itu bagi merebut kembali kerusi Parlimen Kuala Terengganu yang sudah ditawan BN selama dua penggal sejak 2004.

Pemilihan Abdul Wahid diputuskan sesudah mendapat restu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pemilihan beliau sebagai calon parti mengejutkan ramai pihak sama ada dalam Pas, mahupun saingannya dalam Umno. Sebelum ini, nama yang paling disebut-sebut sebagai calon Pas ialah Adun Batu Buruk, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi dan Mustafa Ali.

No comments:

Post a Comment

About MULLAHKANE

"I am learning to understand rather than immediately judge or to be judged. I cannot blindly follow the crowd and accept their approach. I will not allow myself to indulge in the usual manipulating game of role creation.

Fortunately for me, my self-knowledge has transcended that and I have come to understand that life is best to be lived and not to be conceptualized. I am happy because I am growing daily and I am honestly not knowing where the limit lies. To be certain, every day there can be a revelation or a new discovery. I treasure the memory of the past misfortunes. It has added more to my bank of fortitude.

I'm not in this world to live up to your expectations and you're not in this world to live up to mine.If I tell you I'm good, you would probably think I'm boasting, If I tell you I'm no good, You know I'm lying. If you don't want to slip up tomorrow, speak the truth today.

I am not teaching you anything. I just help you to explore yourself. Because what works well with me might not work for you, and vice-versa!"

Mullahkane