Thursday, January 8, 2009

Anwar Mahu Kuala Terengganu Percepat Menuju Putrajaya



(mStar Online) - Selepas dua sasaran untuk membentuk kerajaan persekutuan gagal, Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan harapan itu hari ini dengan mengatakan bahawa "kemenangan di Kuala Terengganu" akan membantu mempercepatkan rancangan pihaknya bertapak di Putrajaya.


"Jangan selesa dengan kehadiran yang ramai (ketika ceramah perdana malam tadi dan ketika penamaan calon). Kita mahukan kemenangan yang lebih meyakinkan dan proses perjalanan ke Putrajaya dipercepatkan," kata beliau ketika berucap merasmikan Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu di sini, pagi ini.


Ia merupakan majlis kedua Anwar selepas berucap dalam ceramah perdana malam tadi.
Anwar meletakkan sasaran 16 September lalu sebagai tarikh awal untuk membentuk kerajaan pusat diterajui Pakatan Rakyat yang dibentuk selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu.
Kemudian ia gagal menjadi kenyataan, beliau menjangkakan ia boleh dilakukan menjelang Hari Raya Aidiladha bulan lalu.


Anwar dipilih sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, menggantinya isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR.


Kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh juga bertumpu kepada aspek membentuk kerajaan baru dan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri.


Bagaimanapun ketika ditemui wartawan pada sidang media selepas majlis itu, Anwar berkata sasaran pihaknya itu bukan tidak menjadi, tetapi belum menjadi kenyataan.


Pun begitu, katanya, matlamat utama pihaknya sekarang ialah membolehkan penduduk Kuala Terengganu mempunyai seorang wakil rakyat yang boleh mewakili kepentingan rakyat, bukannya kepentingan diri dan kroni.


Barisan Nasional (BN) meletakkan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu manakala PAS, anggota komponen Pakatan Rakyat, menurunkan Mohd. Ahmad Wahid Endut manakala calon Bebas ialah Azharudin Mamat @ Adam.


Kempen bermula semalam selepas proses penamaan calon manakala pengundian pula diadakan 17 Januari.

No comments:

Post a Comment

About MULLAHKANE

"I am learning to understand rather than immediately judge or to be judged. I cannot blindly follow the crowd and accept their approach. I will not allow myself to indulge in the usual manipulating game of role creation.

Fortunately for me, my self-knowledge has transcended that and I have come to understand that life is best to be lived and not to be conceptualized. I am happy because I am growing daily and I am honestly not knowing where the limit lies. To be certain, every day there can be a revelation or a new discovery. I treasure the memory of the past misfortunes. It has added more to my bank of fortitude.

I'm not in this world to live up to your expectations and you're not in this world to live up to mine.If I tell you I'm good, you would probably think I'm boasting, If I tell you I'm no good, You know I'm lying. If you don't want to slip up tomorrow, speak the truth today.

I am not teaching you anything. I just help you to explore yourself. Because what works well with me might not work for you, and vice-versa!"

Mullahkane