Saturday, January 31, 2009

Go Erdogan!

Turkey's PM has received a hero's welcome on his return to Istanbul after he stormed out of a debate about Gaza at the World Economic Forum in Davos.

Benar cerita ini. Erdogan telah bertikam lidah secara terbuka dengan Presiden Israel di Forum Ekonomi Dunia di Davos Swizerland. Mengikut laporan agensi pro Zionis, BBC, Erdogan telah bercakap dengan nada yang keras mempertahankan hak rakyat Palestin dan mengecam tindakan Israel.
:
Shimon Peres pula juga berhujjah dengan agak emosional mempertahankan hak Israel.Erdogan pula telah mengambil sikap meninggalkan debat tersebut lebih awal kerana sikap pengerusi forum, kolumnis akhbar "Washington Post" bernama David Ignatius, yang berat sebelah dan hanya memberikan Erdogan 12 minit berhujjah berbanding Shimon Peres yang mendapat 25 minit.Erdogan juga mengecam sikap hadirin yang memberikan tepukan dan sokongan yang kuat kepada ucapan Shimon Peres dengan berkata "saya rasa sedih mereka memberi tepukan kepada ucapan awak (Peres). Awak telah membunuh orang dan ianya adalah tindakan yang sangat salah".
:
Laporan imi boleh dibaca di website BBC bertajuk "Turkish PM storms off in Gaza row".Sekembali Erdogan ke Turki beliau telah diberikan sambutan "wira negara" oleh ribuan rakyat Turki. Laporan tersebut boleh dibaca di sini..
:
Seingat saya, Erdogan adalah pemimpin gerakan Islam yang berjaya memalukan pemimpin Israel di khalayak dunia. Saya rasa mana-mana aktivis Islam wajib merasa bangga terhadap tindakan Erdogan ini kerana tindakan Erdogan merupakan tindakan yang amat membanggakan kepada semua ahli harakah Islamiyyah sedunia.
:
:
Tulang Besi

Friday, January 30, 2009

Hujah dan Bahas (Bagaimana Penyokong UMNO Berfikir)

Penyokong UMNO: Merah
Mullahkane: Hijau
_______________________
1. berkenaan ISA terpulang bagaimana kita melihatnya. jika ianya perlu dan berupaya mengelak kerusakan, membantu mewujudkan ketenteraman, rasanya isu di sini bukan zalim. tapi salah guna sama sekali, tentu ya.. zalim. sekali lagi isunya ialah "salah guna".
:
Mullahkane-habis tu x salah guna ke ISA ni? apa tujuan utama ISA ni di buat? nak tangkap KOMUNIS!
Operasi lalang tu apa? tau tak? tau tak operasi lalang tu paklah jadikan satu isu untuk kondem mahathir? Yang mula2 buat statement pasal darah org cina tu terlepas. jangan lupa! pencetus nya terlepas, yang kena ramai ahli2 pembangkang. yang kerajaan pon ada tp yg bilis2 punya. saya taktau la kenapa anda masih ada niat nak sokong ISA ni.. dah di salahgunakan sejak zaman 80-an lagi. Lepas tu duk tangkap pejuang2 islam kat malaysia ni, kerana menyokong kempen anti pengganas oleh amerika ni. taruk dalam smpai 8 tahun x jumpa2 bukti. Kalau salah, bicara lah, ini penjarakan rakyat sendiri semata2 menyokong kempen anti keganasan amerika tu. orang yang kene tangkap tu ada anak bini bang oi!
:
2. sekali lagi saya tekankan, kita maklum yang waktu UMNO ditubuhkan, ianya adalah lebih pada sentimen membebaskan tanahair dari cengkaman British dan menjaga hak Melayu. mungkin inilah yang menyebabkan perkara ini lebih ditekankan. namun setidaknya inilah yang berjaya menyatukan seluruh umat Islam-Melayu di semeneanjung tanah melayu dan berjaya pula menuntut kemerdekaan. bersalahan benar nenek moyang kita? kita usah terlalu bongkak menyalahkan segalanya.
:

Mullahkane-Itu lah, kalau baca buku teks je mmg la anda akan berfikiran sebegini.
Pejuang sebenar kemerdekaan yang di penjarakan, di bunuh, mana ada kerajaan highlight sebab bukan ahli umno.
:
UMNO ni kecik je masa zaman kemerdekaan dulu.. baca sejarah tak?
:
Pernah dengar tak pasal PKMM? Burhanuddin Helmi? Ahmad Boestamam? Mereka2 ini lah yang berjuang smpai di penjarakan dan ada yang dibunuh. Percaya tak PKMM itu lagi besar dari UMNO? Baca ya? Bendera umno yg merah putih ni pon asal dari bendera PKMM.. Percaya tak? Baca dan cari sendiri.
:
Apabila PKMM Di haramkan oleh british, baru lah UMNO timbul. UMNO, melalui Onn Jaafar, beliau adalah Staff kepada kementerian under british ketika itu.
:
Sbb tu lah UMNO boleh dapat rundingan kemerdekaan dari british, itu pon terpaksa sacrifice beberapa kepentingan melayu sbb nak bagi jalan pada cina n india, ONn jaafar tu staff british. ada hubungan dengan british.. Takkan british nak bagi kemerdekaan melalui orang2 dan kumpulan2 yang menentang mereka ini?
:
Mestilah british boleh berunding soal kemerdekaan dengan kumpulan yang baik dengan mereka sahaja, kumpulan yang boleh meneruskan dasar2 penjajahan mereka ini, kalu tak anda ingat british nk lepas tanah melayu ketika itu?
:
Yang berjuang menuntut kemerdekaan ni yang bukan pro british ni anda tak highlight, anda perasan umno tu je la yang perjuang kemerdekaan malaysia ini. Mana ada pemimpin umno yang di penjarakan ketika itu kerana menentang British? Mereka2 yang menentang british ini dianggap orang jahat..
:
Saya tau lah saya adalah researcher dlm arkib negara malaysia. no pendaftaran 2006/00429.
:
Cuba tgk isu IRAQ. Mula2 amerika attack diorang, kemudian pejuang2 sunah bangkit mempertahankan Iraq. Mereka di namakan Freedom Fighter. Orang syiah hanya segelintir yang bangkit melawan jugak melalui muqtada tu.
:
kemudian, amerika menang. puak2 syiah naik sbb mereka awal2 lagi dah bg laluan dkt amerika, majoritinya suka pulak bile amerika nk jatuhkan saddam.
:
Akhirnya, pejuang sunah yang masih melawan ini, di cop sebagai pengganas pulak..
dah di cop orang jahat pulak..
:
So dalam buku teks diorang nnti, wiranya adalah puak syiah, orang yang berunding dengan amerika ini utk dptkan kuasa. orang yang berjuang sampai mati tu dilupakan...
:

:

3. saudara boleh sebut, lampirkan beratus link sekalipun, gambar dan apa yang anda dakwa sebagai "fakta" tapi pastikah saudara yang itu "benar-benar" fakta? 100%? jika hanya anda kutip dari blog2... semak dan pastikan dulu kebenarannya. mungkin dirobohkan dan dibina masjid (misalannya lah.. saya cuma bagi contohlah :) ), mungkin ada "fakta" itu yang mungkin fitnah? sudara arif saja yang dizaman serba canggih ini kita ada beribu laman web, blog, video dan sebagainya. kadang2 ianya boleh ditafsir mengikut apa yang kita mahu lihat, dan apa yang orang berkenaan mahu kita lihat. tajuk "blog" dan "video" bisa saja "mislead" kita dari mungkin apa yang tersembunyi, bergantung bagi penulis atau si pengupload video berkenaan. semak dan pastikan dulu kebenarannya. itu nasihat saya. takut sia-sia membuat dosa fitnah yang berantai, pahala wallahualam Allah yang lebih tahu.
:
Mullahkane-DAh bagi bukti video dan gambar pun , anda banyak alasan lagi, lantaklah. Itu pon ada misalan2 lagi, sbb tau hujah sendiri x konkrit. nak salah kan youtube pulak dah..... mislead apa benda nya, tersembunyi apa bende nya?, benda yang terang lagi nyata, jangan nak berdolak dalik lagi, terimalah hakikat bende tu memang berlaku kan? saya tau memang pedih bagi anda sebagi penyokong UMNo, bila tau umno buat mcam ni kat org2 melayu. Hujah nombor tiga awak ni hujah awk tak dapat terima kenyataan dan hakikat. awak berdolak dalik lagi. syndrom of denial.
:
4. baguslah jika saudara sudi mengatakan yang anda tidak berani mengatakan 100% anda yakin, menunjukkan sudara juga boleh mengakui kekurangan pihak yang anda sokong. sama juga macam kita yang lain.
:

Mullahkane-ya, kita memang mengakui ada kelemahan dan kelebihan dalam semua pihak, namun, kecurangan yang sudah terbukti yang kita bahaskan.
:
Kalau anda ada bukti dan fakta ttg kerosakkan yang telah di buat oleh PAS atau PKR, takkan saya mau jadi bodoh sombong lagi tak mau dgr dan tutup mata dan bagi alasan2 kanak2 yang lain? mestilah saya pun akan menyokong hujah anda.
saudara,
5. saya bukan lah ahli UMNO ataupun dari mana-mana "biro penyelidikan" . dan bukanlah terlalu "die hard fan" kepada UMNO. yang salah saya juga benci. saya juga kecewa. ada yang saya rasa UMNO tidak langsung patut berbuat demikian, namun ada juga keadaan yang saya rasa UMNO bukanlah mahu melakukan sesuatu yang tidak patut. cuma silapnya kini UMNO terlalu selesa dan tidak cuba menjadi lebih baik, dan membolehkan ianya melakukan yang sepatutnya. misalannya saudara sendiri melihat bagaimana PAS terhimpit dalam isu pengharaman arak di Selangor. dan kemudian meneruskan projek ladang ternakan khinzir berskala mega yang di"initiate" oleh UMNO. walhal khabar dari seorang rakan yang pergi ke ceramah PAS, inilah yang yang dijaja oleh PAS ketika pilihanraya. nah, lalu diteruskan bagaimana pula? dan mengapa PAS kini diam dengan negara Islamnya? nawaitu menghalalkan cara? dan inilah yang di namakan POLITIK. POLITIK dan strategi!

:

Mullahkane: Ia, Politik dan islam x boleh di pisahkan. kene ada strategy, jdn main terjah bodoh je, mmg kalah la kalau takde strategy. Dalam perang pon tentera muslim dahulu kala pakai strategy. apa yang nak di hairankan? pasal negara islam tu, apa yang nk dihairankan? kene lah kukuhkan dulu pakatan tu, kan strategy tu?
:

6. walaupun pahit, kita harus juga akui yang dalam arena politik Malaysia yang kotor ini, tiada jalan "lurus". everyone need to play.
:
Mullahkane-YAng yang mengotorkan secara terang-terangan ni? Siapa yang terlibat dengan rasuah besar-besaran ni? siapa yang salah guna DEB ni? siapa yang pakai duit untuk tarik undi ni? siapa yang pakai duit utk menang ketua cawangan dan ketua bahagian ni? Menteri mana yang banyak terpalit dengan rasuah ni? Politik di malaysia ini dikotorkan oleh pihak ini lah.

:
7. saudara boleh ungkit mengungkit "fakta" dari zaman british, zaman parameswara hatta zaman ais sekalipun :) , dan saya juga boleh mengungkit sejarah sebab musabab yang menyebabkan penubuhan PAS, kesilapan PAS dari amanat haji hadi hinggalah pelbagai ketidakadilan yang berlaku di Perak yang dipimpin PAS. dan saudara boleh terus menerus mempertahankan "bersihnya" PAS Kelantan (ya, sungguh bersih TANPA kroni dan TANPA bolot pelbagai tender kerajaan negeri. sungguh suci sekali) yang mana kaum Cina nya cukup minoriti (justeru sangat sesuai di praktik dinegeri lain yang kaum Cinanya hampir 40%). Dan begitu juga sebaliknya saya.
:
Mullahkane-Ia, kita akan jadi bodoh kalau buta sejarah. ini kenyataan umum. Kalau saya boleh berhujah dari zaman parameswara dan ice age, maknanya ini sudah bagus dan saya tidak buta sejarah. Saudara boleh ungkit dari 'fakta' utusan malaysia atau TV3.. Saudara juga boleh berhujah menggunakan 'Kalau' atau persepsi dan andaian kepada perkara2 yang belum berlaku, "kalau pas perintah, sama jugak rasuah nanti, kalau itu kalau ini"
:
8. namun cukup pada saya jika sekurangnya anda boleh menerima pro dan kontra UMNO itu, dan begitu juga sebaliknya saya. tak ada gading yang tak retak rasanya. yang betul dan wajar, tak salah untuk di akui, yang tak tepat tak salah untuk protes dan kecewa. mana2 pihak sekalipun lah. wassalam.
:
Mullahkane-Yang ada bukti video,clear as crystal, cakap pula mungkin ada yang tersembunyi. Kenyataan no. 8 diatas ditujukan untuk anda sendiri dalam hal ini.

Thursday, January 29, 2009

Mari Kita Bahas ( Penyokong UMNO VS Reformis)

Tulisan Merah: Penyokong UMNO dari Prowaris
Tulisan Hijau: Reformis Mullahkane
Tulisan Hitam: Kenyataan Mengenai UMNO
____________________________________________________
:
Assalamualaikum wbt,
:
"Baiklah, saya terima hujah saudara yang ada pro dan kontra dalam isu UMNO dan Islam. Syabas saudara juga mengakui UMNO ada silap dan kelemahan ketara bab-bab islam ini. Saya tidak kata UMNO ni tak islamik langsung dan hanya keduniaan semata-mata, saya cuma quote-unquote ayat TG Nik Aziz, bahawa PAS juga Jaga Melayu, Bahkan Jaga Melayu dari Dunia smpai Akhirat. Cuma, bagi saya, perlembagaan Utama UMNO adalah bersifatkan Assobiyah dan keBANGSAan sahaja." -(kenyataan Mullahkane sebelum ini)
:
Pertama, ingin saya perjelaskan kembali bahwa tujuan tulisan saya ialah semata penegasan bahawa tidak adil menyatakan UMNO menjaga Melayu semata-mata. Dan UMNO juga ada sumbangannya dalam perjuangan Islam di Malaysia ini bahkan di dunia Islam itu sendiri. Alhamdulillah, melihat sudara menyatakan penerimaan pro dan kontra dalam hujah saya, nampaknya objektif saya sudahpun tercapai. Dan tulisan saya yang seterusnya ini sekadar menjawab kemusykilan sudara. Ada yang saya bersetuju dan ada yang tidak.
:
Sebelum saya menyatakan pendapat saya, bolehkah saya bertanya, sewaktu sudara menulis kepada saya, adakah sudara sebenarnya pernah membaca Perlembagaan UMNO? Berilah jawapan dengan jujur.
:
Di dalam fasal 3 berkenaan Asas dan Tujuan, ada menyebut "UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara" dan item 3.3 memperjelaskan "Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama." Saya tidak mahu mengungkit berkenaan item 3.1 dan 3.2 yang kelihatannya didahulukan, kerana kita maklum UMNO sewaktu ditubuhkan adalah bertujuan memperjuangkan kemerdekaan tanahair dan mempertahankan Raja-raja, justeru faktor sentimen semasa ketika itu harus turut diambil kira.
:
Pun demikian, kalau melihat keseluruhan Perlembagaan UMNO itu secara keseluruhan, saya akui bahwa kenyataan UMNO itu lebih bersifat kebangsaan masih boleh diperdebatkan. Namun, adakah itu menjadi suatu yang tersangat utama jika UMNO masih bertindak mempertahankan Islam? Saya rasa tidak.Tetapi sudara harus hati-hati menggunakan perkataan Assobiyah. Besar maknanya itu, dan anda harus betul-betul arif memahami maksudnya sebelum menggunakan perkataan sedemikian.
:
Dalam suatu hadis, seorang lelaki pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W. " Apakah assobiyah itu seseorang yang kasih kepada kaumnya (Puak)?
:
"Rasulullah bersabda, " Tidak. Tetapi assobiyah ialah orang yang menolong kaumnya atas dasar zalim"
:
Mullahkane: UMNO Bukan meneruskan DasaR Kerajaan British? DAsar ini zalim tak untuk umat islam? ISA Tak zalim? Riba Tak zalim? Tolak Hukum Syariah Tak zalim untuk umat islam di MAlaysia ini? Dasar british "Devide and Rule" Dahulu tak zalim untuk kaum melayu? British tu pon dah zalim dgn melayu, dasar2 nya pon lebih kurang lah. meneruskan dasar british dan perlembagaan reid itu bukan "menolong kaumnya atas dasar zalim"? Menolong kaumnya atas dasar Islam baru saya percaya tidak assobiyah.
:
Namun demikian, di dalam item 3.4 menyebut "Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya" dan item 3.5 memperjelaskan lagi bahwa "Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera".
:
Nah, dari sudut mana pula perlembagaan UMNO itu di dakwa Assobiyah?? Pada saya, mungkin sudara sepatutnya mempersoalkan isu kemungkinan berlakunya "perlaksanaan perlembagaan secara curang" dan bukan intipati perlembagaan itu sendiri. Bab-bab Islam ini dalam UMNO hanya isu-isu yang kecil sahaja dan kurang bersifat Syariah, lagi pun kalau dillhat pada pemimpin-pemimpin utama UMNO pun, kebanyakkannya terpalit dengan isu-isu negetif.
:
Mullahkane: So Assobiyah itu bukan membincangkan soal2 perkauman? Intipati perlembagaan itu pun dah nmpak assobiyahnya. kan bercerita pasal hak2 istimewa kaum bumiputra dan melayu? tak sebut pun islam. ada cerita pasal syariah? ada cerita pasal al-quran dan sunah sebagai pegangan tertinggi? Sbb itu, Nik aziz, bnyk x bersetuju dengan UMNO ni, sbb dasar2 umno. Disaat pemimpin2 lain bercetitakan soal pemimpin2 umno yang rasuah, TG Nik aziz pula asyik menekankan bahawa dasar umno itu yg dia x setuju. Yang selalu kluar media ni, ceramah2 agamanya bnyk berkisarkan fardhu ain, betul tak? lirik lagu ciptaan Mufti Perlis pon RTM Banned sbb cerita pasal pemimpin korup.
Terlalu terang sangat2 pasal assobiyah dan UMNO ini. Kenapa nak nafikan pula? Kan sejarah dan fakta telah terbukti dalam buku2 teks kita blaja masa skolah2 dahulu?
:
Perlembagaan UMNO?
Yang penting pelaksanaan nya tidak mencukupi, tidak kuat, tak kira lah kenyataan dalam perlembagaan yang di buat oleh manusia itu ditulis secantik mana pon.
:
_______________________________________________________________
Tulisan Merah: Penyokong UMNO dari Prowaris
Tulisan Hijau: Reformis Mullahkane
Tulisan Hitam: Kenyataan Mengenai UMNO
:
:
:
1. RASUAH -beranikah sudara PAS dan Keadilan seratus peratus bersih? Masihkah ingatkah saudara kes "rasuah seks" di Perak tahun lepas?
JWPN SAYA: Rasuah Seks, jika mahkamah membuktikannya bersalah, Baguslah.. Atleast dlm pakatan, kita ambil tindakan, bukan nya buat laporan tetapi senyap dan tiada tindakan. Sudah saya katakan, rasuah boleh berlaku di mana2 sahaja, isunya ialah, siasatan dan dakwaan terpilih yang dilakukan oleh Pihak Kerajaan.. Yang bilis2 ni boleh la nk uar2kan dlm media, tapi yang jerung2 besar2 tu buat diam, kenapa? sebab kroni. Menteri ini rasuah, menteri itu rasuah, tp mana ada tindakan. DSAI pernah sebut, kertas dakwaan oleh bpr dah siap dah, tinggal nak dakwa je, tetapi dakwaan x berlaku pun. Kes AP ke, rm 36 juta Rahim Tamby chik ke, pprt annuar musa ke, Rafidah ke, kapal selam ke, sukhoi ke, bukit cerakah ke, Perwaja ke, senyap semua. Ini DSAI yang cakap, bekas timbalan presiden UMNO. File semua sampai dekat dia, tp bile nak dakwa, Tun Dr. M x bagi. Alasan? "anwar, u jgn campor semua ni, ini politik je" jwpn Che Det. Rasuah mana2 pun kita tentang, tak kira lah pakatan atau barisan.. Saya tidak kata PAS dan PKR 100% dijamin bersih, tetapi alhamdulillah, ambil cth kerajaan Kelantan, sbb negeri2 pakatan lain masih baru lg kan, track record pon baru lg, Kelantan, nak dekat 20 tahun dan memerintah, tetapi takde satu pun kes rasuah yang terpalit, ya, siasatan dan dakwaan pihak tertentu itu ada, tapi x lekat pon, sbb mmg dah takde kes.
:

2. MENGGUNAKAN PANGKAT UNTUK MENGKAYAKAN DIRI SENDIRI - barangkali yang benar-benar menjadi masalah ialah mengkayakan diri sendiri, menidakkan hak yang miskin. Adakah masyarakat akan "explode" jika seorang dua orang Melayu yang kaya asalkan ia tidak bersifat salahguna dan tidak bersifat menindas?
JWPN SAYA: Seorang dua? Betul ke seorang dua? kebanyakkan pemimpin cawangan/bahagian/adun UMNO hidup sederhana sahaja ke? betul ke saudara ni? Bukan Kaya sekelip mata ke kalau dah jadi pemimpin cawangan/bahagian/adun UMNO? Ada cadangan dr kepimpinan Tertinggi UMNO suatu ketika dahulu, " Apa salahnya kalau AP ini dibahagi2kan kepada semua Ketua Cawangan, supaya xde pihak yg bolot2?" WAH.. AP ni utk ketua2 cawangan umno sahaja ke? bukan utk bumiputra lain? yang dapat faedah kontrak2 DEB ni siapa? Ahli PAS? Jwpnnya, kelompok elit dlm umno.. Diorang ni je yang bumiputera.. orang PAS ke, PAkatan ke, bukan bumiputera kot, itu habis kontrak2 saham2 bumiputra kelompok2 elit ni sapu semua.. Jangan kata ini tuduhan, orang2 umno bawahan sendiri pun merana dengan isu ini
:
3. MENYALAHGUNAKAN DASAR BUMIPUTRA UNTUK MENGKAYAKAN DIRI SENDIRI – beranikah sudara PAS dan Keadilan seratus peratus bersih?
JWPN SAYA: Ini soalan perseption/ andaian / hipotesis. Seperti yang selalu saya tekankan, hujah, mesti disertakan dengan fakta dan sejarah, bukan persepsi dan andaian.. Ya saya boleh setuju jika ada sejarah dan fakta.
:
4. TIDAK SERIUS SOAL PENGHAPUSAN MURTAD YANG SEBENARNYA ADA LG BERATUS2 KES SELAIN DARI LINA JOY – adakah PAS begitu berani bersuara dalam kes-kes ini? Apabila berhadapan dengan DAP serupa saja. Tak berani jugak!
JWPN SAYA: Ya, PAS berani dengan ISU2 ini, dah banyak forum dan ceramah mengenai isu ini. tazkirah2 agama dalam masjid2 pun ada sebut. Aktivis2 pon banyak bongkar kan hal2 ini. Check you-tube 'ustaz badrul amin', atau 'zulkifli nordin' dll.. banyak dah ulama2 pas ckap pasal ni, cume medium nya berbeda la, PAkatan tidak mempunyai saluran media perdana, yang ada cume ceramah2, tazkirah dan internet. sbb itu isu ini saudara x nampak. sebab x kluar tv n utusan pon bile usaha penentangan pas berkenaan dengan isu ini.
:
5. BUAT MASJID UTK PERLANCONGAN, INTIPATI PERJUANGAN ISLAM TIDAK DIHAYATI ... – jika ya, saya setuju yang ini. Tapi saya rasa hakikatnya ini berlaku hampir di seluruh Malaysia.
JWPN SAYA: Baguslah kalau setuju. Tp yg berlaku di hampir seluruh malaysia ini bukan masjid utk perlancongan. ini isu buat masjid utk perlancongan. Isu pakai duit utk masjid untuk tujuan perlancongan itu boleh dibuat utk benda2 kebajikan rakyat yang lain.
:
6. ROBOH SURAU– surau yang mana? boleh bagi senarai dan alamat? Lampirkan untuk kami di Prowaris.
JWPN SAYA:
:
1. Kg. Bujal
7. JUDI DAN KILANG ARAK – jadi sekarang PR (PAS dan Keadilan) sudah berkuasa, kenapa tak robohkan kilang GAB dan lagi satu kilang arak di Shah Alam? bagaimana pula dengan pengharaman penjualan arak di Selangor? dulu kecoh, sekarang sudah sunyi. sudah tunduk pada DAP?
JWPN SAYA: atleast ada inisiatif. ada seorang adun DAP pun sokong. Yang penting awal2 dahulu siapa yang keluarkan lesen? siapa yang benarkan?
:
8. TIDAK SOKONG UNDANG-UNDANG SYARIAH, MENOLAK PELAKSANAAN HUKUM HUDUD DI NEGERI2 YANG DAH DILULUSKAN ENAKMEN HUDUD SEPERTI KELANTAN DAN TERENGGANU – saya setuju dengan saudara jika UMNO tidak ada alasan yang kukuh ini memang tidak patut.
JWPN SAYA: Baguslah kalau sedar.
:
9. BERPANDUKAN PERLEMBAGAAN SURUHANJAYA REID SEBAGAI RUJUKAN UTAMA PEMERINTAHAN,MENERUSKAN /TERUS MENERUS MENYOKONG DASAR BRITISH YANG MENGHAPUSKAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA INI SUATU KETIKA DAHULU – adakah untuk mengubah perlembagaan itu hanya perlukan ahli parlimen PAS dan UMNO? Anda fikir DAP atau MCA akan sokong?
JWPN SAYA: Bukan masalah MCA atau DAP sokong ke tak, masalahnya UMNO terang-terangan Menentang. Cina x sokong tu masalah diorang lah, yang UMNO ni MElayu Muslim sendiri yang terang-terang tentang? kenapa? Sebab itu Hj. hadi cakap, x perlu pun penjelasan mengenai HUDUD ini di buat kepada Karpal Singh, Hj. Hadi kata, yang perlu dibuat penjelasan ini ialah kepada UMNO.
:
10. MENERUSKAN AGENDA AMERIKA TERHADAP UMAT ISLAM MELALUI ISA, (DENGAN MENANGKAP ORANG2 YANG DISYAKI MILITAN ISLAM - INI ADALAH AGENDA AMERIKA TERHADAP PERANG MENENTANG PENGGANAS, DAN PELAKSANA ISA INI MENJADI AGEN AMERIKA SYARIKAT DI MALAYSIA INI) MENANGKAP MUJAHIDEEN2 MELAYU YANG PERGI MENYERTAI JIHAD DI AFGHAN DAN AMBON AN DISUMBAT KE ISA ATAS ALASAN KESELAMATAN NEGARA DAN JUGA ARAHAN DARI AMERIKA YANG MELABELKAN MEREKA2 INI SEBAGAI PENGGANAS) SIAPA SEBENAR AGEN AMERIKA INI, ANWAR ATAU PELAKSANA AGENDA AMERIKA?) itu suatu tuduhan berat. Ada bukti? Lampirkan untuk tatapan di Prowaris.
JWPN SAYA: Bukti? Bukti Apa? Apa beza Kem Kamunting tu dengan Kem Guantanamo? Pernah baca tak artikel2 dari bekas tahanan2 ISA? Yang pergi tangkap Jemaah Islamiah lah, Kumpulan Mujahidin Malaysia la, sapa punye kempen ni yg kita join n teruskan?
:
Abu Bakar Basyir yang kene tuduh jadi ketua pun cakap, dia x pernah tau pasal JI ni. yang bagi nama2 ni ialah CIA dan FBI, Amerika meluaskan Perang menentang Pengganas ni hingga ke rantau ini. Kita pon tangkap lah KMM lah, JI lah, penjara 7,8 tahun tanpa bicara. Secara logiknya, kalau takde bukti lagi, bebaskan lah.. ISLAM x suke dengan ISA2 ni, zalim. Dahulu, para pejuang Melayu kita yang pergi ke Afghanistan menyertai Mujahideen. ini Di sahkan sendiri oleh DSAI dan Dr. M.. Tapi bila balik, yang sokong PAS tu masuk ISA. MAri kita tengok nasib dua rakyat Malaysia yang tgh berada di Kem guantanamo sekarang ini. Obama dah beri jaminan nak tutup kem Guantanamo ni. dalam buletin utama td PDRM dah terlibat nk bawak balik dua orang ini.. hmm kalau kerajaan amerika skrg ni pon dah nak bebaskan diorang ni, taktaulah balik malaysia nanti dioarang akan still di penjarakan atau bebas.
:
11. MEMBAHAGIKAN UNDANG-UNDANG KEPADA DUA, SATU UNTUK PEMIMPIN ATASAN (KEBAL DARI DAKWAAN BIAR PUN KERTAS SIASATAN UTK DAKWAAN SUDAH SIAP) SATU LAGI PADA RAKYAT BAWAHAN ( RASUAH 30 RINGGIT KENE TANGKAP SENANG2 JE) – itu suatu tuduhan berat. Ada bukti? Lampirkan untuk tatapan di Prowaris.
JWPN SAYA: Yang bilis2 ni boleh la nk uar2kan dlm media, tapi yang jerung2 besar2 tu buat diam, kenapa? sebab kroni. Menteri ini rasuah, menteri itu rasuah, tp mana ada tindakan. DSAI pernah sebut, kertas dakwaan oleh bpr dah siap dah, tinggal nak dakwa je, tetapi dakwaan x berlaku pun. Kes AP ke, rm 36 juta Rahim Tamby chik ke, pprt annuar musa ke, Rafidah ke, kapal selam ke, sukhoi ke, bukit cerakah ke, Perwaja ke, senyap semua. Naik PAngkat lagi. Ini DSAI yang cakap, bekas timbalan presiden UMNO. File semua sampai dekat dia, tp bile nak dakwa, Tun Dr. M x bagi. Alasan? "anwar, u jgn campor semua ni, ini politik je" jwpn Che Det. Rasuah mana2 pun kita tentang, tak kira lah pakatan atau barisan.. Saya tidak kata PAS dan PKR 100% dijamin bersih, tetapi alhamdulillah, ambil cth kerajaan Kelantan, sbb negeri2 pakatan lain masih baru lg kan, track record pon baru lg, Kelantan, nak dekat 20 tahun dan memerintah, tetapi takde satu pun kes rasuah yang terpalit, ya, siasatan dan dakwaan pihak tertentu itu ada, tapi x lekat pon, sbb mmg dah takde kes.
:
12. MEROBOHKAN KAMPUNG2 PENEROKA MELAYU YANG DAH ESTABLISHED 20, 30 TAHUN DI JOHOR, DI SELANGOR, KG. RIMBA JAYA, KG. BEREMBANG DLL.. UNTUK BAGI JALAN PADA PROJEK KRONI2. (INI KE PEMBELA ORANG-ORANG MELAYU, KITA NMPK VIDEO SURAU DIROBOHKAN, ORANG2 KAMPUNG MENANGIS, ORANG2 TUA BERGELUT DGN FRU, BUDAK2 SKOLAH CARI BUKU2 ATAS ROBOHAN RUMAH, BUDAK2 STUDY BWH KHEMAH.... ADA PESARA TENTERA MENANGIS, MENGATAKAN INIKAH BALASAN KERAJAAN SETELAH DIA BERKHIDMAT LAMA DGN TENTERA, PROJEK LG PENTING) – kalau tiada pampasan, tidak dibinakan rumah baru untuk mereka saya setuju. Tapi sebelum itu usah omong-omong di balik tabir. Saudara ada senarai sila kemukakan. Saya yakin ramai di ProWaris sendiri berminat untuk mengetahuinya "detail" dan senarainya.
JWPN SAYA: Bukan masalah ada pampasan ke tidak, masalahnya perampasan secara kasar dan zalim, memaksa penduduk menerima pelan pemindahan (ingat semua nk setuju ke?)
:
Pada 17 November 2006 beberapa buah rumah di Kg. Berembang roboh menyembah bumi dek kerakusan orang-orang besar Umno dalam Permodalan Nasional Selangor Bhd (PNSB). Operasi Perobohan itu dilakukan oleh anggota Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), atas arahan PNSB dan berlajutan dalam 3 siri yang berikutnya iaitu pada 20 dan 30 November 2006. Operasi terakhir pada 7 Mac 2007 menyaksikan semua rumah penduduk termasuk sebuah Surau dirobohkan walaupun, rayuan penduduk masih di dengar di Mahkamah.
:
Para penduduk kecewa dan kesal akan penindasan itu. Sebahagian penduduk bersetuju untuk pindah ke Puchong dan menginap di rumah Flat yang disediakan oleh PKNS. Sebahagian lagi berkeras menuntut keadilan dan ganti rugi. Mereka terus berkampung dipinggir kampung mereka sehinggalah Kerajaan Pakatan dibentuk pada 8 Mac lalu dan membela nasib mereka.
:
Asalnya tanah-tanah Kg. Berembang itu diteroka oleh datuk nenek mereka dan setelah beberapa generasi, Kerajaan Selangor yang ketika itu diperintah oleh Barisan Nasional enggan memberikan geran tanah kepada mereka.
:
Dalam diam, Kerajaan BN telah mengeluarkan surat geran kepada beberapa pemimpin dan pelobi Umno yang kaya raya untuk memiliki tanah-tanah di Kg. Berembang. Pemilik geran ini kemudiannya menjual semua tanah-tanah itu kepada PNSB setelah Kerajaan mengumumkan untuk melaksanakan projek Damansara-Ulu Kelang Expressway (DUKE) yang turut melibatkan kawasan Kg. Berembang.
Setelah pindah milik dibuat, PNSB mengunakan kuasa mahkamah, Polis, Rela dan MPAJ bagi mengusir para penduduk.
:
Rumah penduduk dirobohkan tanpa sebarang ganti rugi. Kemusnahan ratusan ribu harta benda penduduk Kg. Berembang tidak dipedulikan sesiapa termasuklah Perdana Menteri dan pemimpin Umno walaupun mereka tahu bahawa penduduk Kg. Berembang adalah penyokong kuat Umno selama ini.
:
http://www.youtube.com/watch?v=kz7XGuD5Zww&feature=related
:
Isu ini samalah seperti kampung2 lain yang dirobohkan. (kg. Berembang, Kg. Rimba JAya, Kg. Bujal etc.. nak bagi laluan kepada projek2 kroni, dgn mengorbankan penempatan peneroka melayu
:
Saudara, Barangkali saya tidak dapat menangkis atau menjawab persoalan saudara. Tapi cobalah lihat dan nilai persoalan yang saya timbulkan. Lucunya, kadang-kadang PAS dan UMNO itu dua kali lima sahaja. How ironic isn't it? Haaai...
:
Saudara sekalian,
:
Kita memang wajib mengejar kesempurnaan untuk melaksanakan ajaran Rasulullah demi mengejar keredhaan-Nya. Namun, ikhlas saya katakan dunia bukan syurga. Kadang-kadang ada "constraints" yang harus kita jangan perkecilkan yang menghalang perlaksanaan itu. "Constraints" ini pula harus di atasi dengan berdikit.
:
Tentu saja ia tidak patut di biarkan saja selama-lamanya jadi penghalang hukum ugama dan keadilan. Keadaan ini kita katakan "pilihan terbaik" biarpun tidak "seratus peratus tepat".
:
Hakikatnya, di saat ini saya fikir kita terjebak untuk memilih antara yang "kononnya masih pilihan terbaik", dan yang di dakwa "kononnya benar dan lebih baik". Saya.. masih suka memilih yang terbaik jika ia terbukti "less risk". Negeri kelahiran saya Perak telah membayar harga yang mahal, kerna memilih jalan yang "high risk". Wallahualam.
:
Buka Mata dan Minda, Pendapat bahawa UMNO dan PAS adalah sama ternyata jauh meleset. Saudara berkata demikian kerana ingin memalitkan PAS sekali dengan kekotoran-kekotoran yang telah dibuat oleh sesetengah pemimpin UMNO, Saudara tahu UMNO banyak kelemahan, saudara bersikap hipotetikal dengan PAS, supaya orang melihat PAS pun seperti UMNO, walhal kenyataannya tidak begitu...
:
-Mullahkane

Sunday, January 25, 2009

Searching For....


Searching for anything that related to the above object since 2007.
Secret is Revealed.
Was Once. Still Gonna Be 1. Always

Saturday, January 24, 2009

Isu Sesama Saudara di Palestin dan Malaysia

Bendera Israel di PWTC, Iktiraf Israel?


UMNO


Fatah

Hamas


PAS

____________________________________
Mullahkane Says,

Contoh terdekat Hubungan PAS - UMNO ni macam HAMAS - FATAH le..

PAS & HAMAS: PARTI ISLAM

UMNO & FATAH: PARTI KEBANGSAAN DAN ASSOBIYAH..

Tak hairan lah pemimpin2 FATAH banyak yang korup jugak. Dah banyak kes kan? Penyelewengan Dana2 bantuan yang tak sampai ke Rakyat Palestin ( Eh macam sama plak bab2 menyeleweng duit hak rakyat ni)..
Fatah ni la yang tunduk pada ISRAEL, even dah kena kencing berpuluh2 tahun pun still nk berdamai dengan ISRAEL, ini kerana, sebab Israel lah yang menyebabkan FATAH ni still pegang kuasa, sebab israel sokong diorang adn tak suka HAMAS. Walaupun pilihanraya dahulu Fatah dah Kalah teruk, tetapi disebabkan HAMAS ni puak2 barat cop diorang sebagai extrimist dan terrorist, maka sebab itulah Fatah masih disokong dan diperkudakan oleh Barat dan Yahudi. Dah kalah pun boleh memerintah lagi.

Berhati2 dengan puak2 FATAH (yang korup sahaja) tak kira dimana jua mereka berada ni atau yang ideologi sama dengan diorang pon kena berhati2 jugak..

-mullahkane
_______________________________________________

WJ Says,

Untuk melawan Yahudi, Rasulullah pertama sekali menjalinkan persaudaraan antara Kaum Ansar dan Muhajirrin. Jika dua kaum ini tidak bersaudara, mustahil boleh melawan Yahudi Madinah. Begitu juga di Malaysia ini, jika dua PUAK Melayu tidak 'disaudarakan' maka jangan harap boleh melawan Yahudi atau wakil Yahudi di tanah Malaya ini. Melayu boleh bermimpi untuk berkuasa, hakikatnya Melayu sudah tumpas, tak kira dari puak mana mereka datang
____________________________
L.W Says
emmm.. kenapalah MELAYU ni terer bab memecahbelahkan dan memusnahkan bangsa sendiri.... bangsa lain

SPRM Tengah Kunyah2 Si Bilis2, Nak Kunyah Si Jerung, Takut Gigi Tak Kuat

Kecoh dalam media, perasuah2 bawahan ni di buru dan ditangkap oleh SPRM. Kebanyakkan kesalahan2 adalah politik wang sebanyak rm 200, rm 300, dan yang di beri rasuah itu pun sorang dua. Ada berani ka, siasat Kes Scorpene, Sukhoi, Eurocopter? Scandal Korupsi yang didedahkan Oleh Bekas Ketua Bahagian UMNO PJS.

Laporan sudah dibuat kepada SPRM, tetapi adakah akan menjadi seperti Laporan Kes Rasuah BPR terhadap Rafidah Aziz atau Rahim Tambi Chik?
Kes penyelewengan PPRT di Kelantan?

Kes Balak Hilang di Pahang?

Kes Perwaja?

Laporan sudah pun di buat, tetapi Tindakan sudah atau akan di ambil atau tidak?

ini GERAK sudah xde isu lain ke nk cari point Tan Sri Khalid? Isu Lembu Korban pun nk di jadikan isu politik.

Padahal Lembu2 korban tu yang dapat semua orang islam kawasan BTR tu, UMNO ke PAS ke PKR ke.
Mullahkane
_______________________________________
S.S Says,
Teringin nak buat stunt politik. Tengah belajar nak jadi pembangkang. Lembu pun lembu laaa...
____________________________________________
S.A says,
ala kawan...SPRM ni engin baru, boleh la pecut kejap..orang kata apa..'gila steering'..esok esok kena roadblock, slow la balik SPRM ni. Harap2 SPRM ni bukan hangat-hangat taik ayam la.

ni serupa cerita JKJR yg tengah dok galak perkenalkan macam2 peraturan baru jalanraya.
ada Pak Bai baru dapat kuasa dan kedudukan, kenalah tunjukkan sikit yang diaorang tengah buat kerja. Baru orang respek beb!

SPRM tangkap orang rasuah/salahguna kuasa, sapa pulak tangkap SPRM yg rasuah dan salahguna kuasa????
_____________________________________
Mr. F Says,
Tu belum lagi hal rasuah & salahguna kuasa dalam koperasi kat Malaysia ni.Cth Paling lama, ANGKASA, sampai Prof Ungku Aziz letak jawatan president coz tak de pihak yg nak buat siasatan walaupunlaporan dah dibuat bertahun2 & berulang2. Ni ygbuat laporan Prof Diraja, president lagi, bukan calang2 org.Lagikan org biasa mcm kita ni,.Dana yg diselewengkan pulak tu berjuta2 tapi org tak pun peduli termasuk PM..Mana dia menteri atau PM ke yg sibuk kata /bertekad nak hapuskan rasuah, sampai sibuk nak tubuhkan Suruhanjaya lah, biro siasatan lahSikit-sikit Suruhanjaya, tapi habuk pun tarak. Rakyat dah meluat dgn karenah birokrasi mcm ni.MMg patut pun kalah kat P.Pauh & KT! Tak yah nak buat siasatan or post mortem.
_____________________________________
Apa masaalahnya kalau MB Selangor meminta anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor menderma lembu ke kawasan parlimen MB? Adakah MB Selangor mendapat untung atau "masyuk" dengan pemberian lembu itu? Adakah MB Selangor menyalahguna kuasa beliau di dalam memastikan lembu diberikan? Kalau saya MB pun saya ada hak untuk memohon mana-mana syarikat MENDERMA apa-apa sahaja kepada mana2 kawasan dalam Malaysia. Selama ini UMNO menderma lembu kepada semua orang dengan menggunakan duit syarikat, takda pun orang marah?Hakikatnya, ia bukan korupsi kerana:
a. MB Selangor membuat permintaan kepada syarikat tersebut.
b. Lembu tersebut pergi kepada "rakyat" dan bukannya lembu tersebut digunakan untuk kegunaan beliau dan anak sedara beliau.
c. MB Selangor tak dapat apa-apa laba dan keuntungan dari transaksi tersebut.
d. Yang untung adalah rakyat.e. Lembu-lembu tersebut adalah atas permintaan dari PKR Bahagian Bandar Tun Razak. Bukan MB Selangor. Jadi apa masaalahnya?
Penubuh GERAK adalah Ezam dan Ezam Mat Nor adalah sekarang ini barua rasmi UMNO. Ada punya banyak kes rasuah dlm UMNO namun kenapa isu tak signifikan ini dinaikkan?Setelah Ezam Mat Nor telah gagal di dalam usaha beliau untuk mmelemahkan pengaruh Anwar, terpaksa la beliau melakukan perkara lain untuk "cari makan".
Malulah kamu wahai Ezam Mat Nor, Kau adalah pelacur politik sedang melacurkan diri kau untuk kepentingan pribadi dan perut kau.
Tulang Besi

Guna Ayat Al-Quran Sebagai Dakwah itu Boleh Dianggap Rasuah?

MHR Says,
Tanya lembu (malangnya lembu dah kena sembelih, sebab takut bocor rahsia Tan Sri Khalid) kalau tak percaya, PKR pun rasuah jugak. Rasuah ni bukan dalam bentuk duit jer, rasuah ni dalam bentuk salah guna kuasa juga. Tapi yang orang selalu nampak rasuah duit jer... Rasuah guna ayat Quran pun ada... Tapi yang bab ni ramai orang tak nampak, atau buat-buat tak nampak. Biasaler, bila tak taksub, sumer nampak baik ajer. Yang tak baik tu 'tutup sebelah matalah' cuba nak tipu Allah... Sedangkan dia Maha Mengetahui dan melihat segala sesuatu.
_________________________
S.I Says,
kenyataan yg macam ni lah aku tunggu. Syabas Saudara Muhd Hassan. Semoga berjaya bukakan mata org2 yg taksub ni. Lepas ni ada lah org akan kata macam2.. Saksikanlah. ..
_________________________________________________________________
Mullahkane Responded:
Ya saudara S.I, sayalah yang akan menjawab dan kata macam-macam, reaksi daripada kenyataan anda sebelum ini.

Orang berdakwah, guna ayat-ayat al-quran sebagai dalil dan hujah, sebagai reference.. Ini korang kata rasuah pakai ayat al-quran?

Ini pemikiran mana ini?

Rasuah pakai ayat quran? Nak samakan dakwah dgn rasuah?

Tapi betul jugak.. dalam PAS x dpt nk dgr isu2 rasuah politik wang semua2 ni..

So the best point, untuk menyamakan PAS dengan Rasuah dlm Parti UMNO ini,
The best way cakaplah Guna Al-quran untuk berdakwah pun di anggap rasuah.

Pemikiran milenium orang melayu zaman skrg.

Awak nk samakan orang lain dgn perangai rasuah dalam parti umno tu, sbb tu la terpaksa samakan dakwah gunakan ayat al-quran itu sebagai rasuah.

Takkan nk dakwah kene pakai duit kot nak tarik perhatian dan sokongan orang lain?
UMNO yela kena tabur duit supaya orang dekat dengan dia.

Tolonglah, bagilah hujah yang masuk akal sikit selain mengatakan Dakwah Guna Ayat Al-quran itu sebagai Rasuah.

Tolonglah saudara MHR dan penyokong kuatnya S.I.


Mengapa smpai begitu taksub sekali anda dengan PArti anda sehingga anda melabelkan Dakwah guna Ayat quran sebagai rasuah? Dunia ini sudah terbalik ke? Hujah yang di keluarkan oleh PArti Islam, memang lah akan menggunakan ayat al-quran sebagai ingatan kepada orang-orang yang muslim yang lain.. PAS x pakai duit untuk tarik orang, x macam umno.

Kelakar betul lah.

Saya x kata PAS atau PAKATAN itu bebas dari rasuah..

Tapi nk kluar statement mengatakan Dakwah guna ayat quran itu sebagai rasuah, ini suatu yg kurang patut la sebagai seorang muslim biasa.

Tak patut keluar dari mulut seorang muslim. seolah2 menentang perbuatan berdakwah menggunakan ayat2 al-quran..

Politik, politik jugak, umno-pas ke ape ke x kira lah, jgn la sampai menganggap Dakwah dgn ayat -quran itu sebagai sesuatu yg x baik..

saya x kata saya ni pandai atau bodoh, tapi sekurang-kurangnya saya x taksub macam anda, yang mengatakan kami taksub.. Kenyataan kelakar pasal guna ayat quran dianggap ini lah yang jahil. maaf jika bunyinya kasar, tetapi jangan kerana terlalu taksub dengan umno dan keBANGSAANnya, apa2 dakwah yg parti lain buat anda anggap rasuah..

macam mana nak memasarkan islam kepada bukan islam kalau mcm ni?

macam mana nak berhujah dgn bukan islam (kristian) kalau guna ayat quran itu dianggap rasuah?

mullahkane

Taman Tamadun Islam dan Masjid Al-Aqsa




MNS Says,


Assalamu'alaikum wbt

TOLONG SEBARKAN SELUAS LUAS NYA KERANA APA YANG DITERANGKAN DIDALAM NYA TELAH BERLAKU DIMALAYSIA INI.

Sila amati cerita / konspirasi yahudi yang hendak disampaikan dalam pps nie. Sudah ada kebenarannya. Ia berlaku dalam Malaysia yang tersohor dalam dunia Islam, "Negara Islam" Negara Pengerusi OIC, dan NAM.

Didalam Majalah Tiga di TV3, melalui pengacara - Maria Tg Sabri, minggu lepas (Jan-09) ada menyiarkan artikel mengenai - TAMAN TAMADUN ISLAM di Kuala Terengganu serta Masjid Kristal.

Taman tersebut dimajukan oleh YAYASAN ISLAM TERENGGANU mempunyai replika berbagai bagai masjid terkenal seluruh dunia.

Sungguh saya terkejut apabila replika "Masjid Al-Aqsa" yang di bina disitu adalah "DOME OF THE ROCK" = kubah kuning.

Saya juga bertanyakan perihal ini kepada ustaz Roslan (UM) = jawab nya senang dan cepat je. Ini kes jahil lah.

Diharap siapa siapa yang ada ruang akses media massa (cetak /elektronik) mojhon panjangkan kpd mereka.

Sekian. Semoga sumbangan kecil ini dapat menegakkan Islam dilandasan yang betul.

Wassalam.


__________________________________________________



MULLAHKANE Says,


Mengikut Kitab ISLAM HADHARI, masjid yang kubah kuning tu lah yang jd masjid al-aqsa, sbb lg cantik dari masjid aqsa yang sebenarnya yang kurang kaler2 itu..

Ini maknanya, agenda Yahudi telah dapat diserapkan ke pemikiran orang2 yang buat tamadun islam di trgnu ini...

Hujahnya, Yahudi sememangnya ingin mengelirukan umat islam. Caranya, dengan memasarkan maklumat bahawa Masjid Kubah Kuning itu sebagai Al-aqsa.. Banyak kelendar2, poster2, yang menunjukkan masjid kubah kuning itu sebagai al-aqsa..

Umat islam jadi terkeliru, bagi sesiapa yang tak selidik betul2 atau jahil.

Dengan melakukan perkara ini, maka, apabila yahudi yang selama ini mengorek bawah tanah masjid al-aqsa yang mereka dakwa terdapat tapak kuil suci lama (temple of solomon),

dan jika berlaku kepada kerosakkan dan kemusnahan masjid al-aqsa (kubah kaler kelabu), maka sentimen kemarahan orang islam mungkin dapat di manipulate kan berdasarkan imej2 yang telah biasa dan berjaya dipasarkan ke pemikiran umat islam bahawa masjid al-aqsa tu yang kubah kuning tu..

Kalau masjid al-aqsa yang original tu dah rosak atau di musnahkan, sentimen orang2 yang ingat masjid kubah kuning sebagai al-aqsa tu tidak akan berbangkit atau takde kesan lah. Yang original dirosakkan atau dimusnahkan, orang2 muslim akan tgk yg kubah kuning yang lawa tu "x terjejas pun al-aqsa. ada je... " padahal yang kubah kelabu tu dah dlm bahaya peringkat tertinggi..

So syabaslah Taman Tamadun Islam kalau mengatakan Masjid kubah kuning itu sebagi al-aqsa, berjaya memasarkan agenda yahudi di bumi umat islam ini sendiri.

ambik duit rakyat, buat masjid, tp Masjid untuk pelancong tengok. Inikah tujuan utama masjid di dirikan?

Syabas Kerajaan Islam Hadhari yang ditunjangi oleh UMNO dan BN dan Penyokong2nya mengenai isu ini.

-Mullahkane

Rasuah BN atau PR

Cikgu S.I Says:

apa PR takder rasuah, bersih?????? . Hilang akal ker ko ni. Semua sama jer PR ke UMNO ker PAS ker DAP ker..


_____________________________________

Ia betul, Rasuah itu boleh/akan berlaku di mana-mana kerajaan pun. Soalnya, pendekatan yang di ambil itu, samada ambil tindakan atau ambil kes terpilih je yang bilis2 ni... Sarjan yang amik 20, 30 ringgit ni kene tangkap.. Jin yang songlap Berpuluh Juta ni terlepeh, siap naik pangkat lagi..
:
Bersungguh-sungguh tak nak banteras rasuah ni, kalau buat siasatan terpilih je?
:
Kerajaan Persekutuan, yang ditunjangi oleh UMNO BN, akan buat sedaya upaya utk jatuhkan Kerajaan PAKATAN. Kalau boleh, smpai lubuk cacing pun akan di cari kesalahan-kesalahan Kerajaan Pakatan Rakyat. Tgk TV3, negeri2 yang di highlight kan tiap2 malam hanyalah Perak, Selangor, Penang, Kedah n Kelantan.. hinggakan dah x dgr langsung dah negeri2 lain punye keburukan.
:
Tp, contoh Kelantanlah. . sbb negeri2 pakatan lain masih muda umurnya. ada tak kes rasuah kerajaan negeri atau exco yang telah didakwa di kelantan? 18 tahun cari, setakat ni kelantan ada reputasi tercemar tak dgn kes rasuah sepanjang PAS pegang kalau nk di bandingkan dengan Sarawak, Pahang, Selangor di bawah BN dulu?
:
Cuba nafikan kenyataan bahawa pemimpin2 umno kaya ratus2 juta, jd adun skjp je BOOOM kekayaan trus berlipat-ganda. .

:
Sekarang ni bukan nak kata PR tak rasuah UMNO je yang buat, tapi kalau diperhatikan, yang paling teruk terpalit dengan kes rasuah ini kan UMNO kalau nk dibandingkan dengan PR atau Pembangkang?

:
Dan yang paling banyak menyembunyikan Kes Rasuah ni, yang x ambil tindakan langsung pada laporan yg telah dibuat ni, UMNO ke Pakatan?
:
-mullahkane

Jaga Dunia Sahaja, atau Akhirat Sekali?

Salam Sdr Amierrul,
:
Dalam ingatan saya, perkara ini tak kunjung sepi jadi pertikaian, biarpun sudah acap kali di perjelaskan oleh pendokong, pemimpin mahupun "kipas susah mati" UMNO. Saya sekadar mengulangi semula apa yang sudah pernahpun diperjelaskan dalam "thread-thread" Prowaris yang terdahulu berkenaan kenyataan saudara "UMNO jaga melayu di dunia ini sahaja".
:
Sekalipun asal-usul perjuangan UMNO adalah untuk mempertahankan hak Melayu dan Raja-Rajanya di Tanah Melayu, harus kita jangan cetek melihat UMNO semata-mata menjaga bangsanya di dunia semata. Pendapat begini adalah suatu pendapat yang sedikit dangkal dan kurang adil.Sekalipun UMNO meletakkan nama Melayu di dalam pertubuhannya, mesti itu jangan dijadikan ukuran yang UMNO tidak pernah memperjuangkan Islam. Harus kita ingat, UMNO lah yang meletakkan "batu asas" Islam sebagai agama rasmi negara. Dan UMNO jugalah yang masih (sekalipun senantiasa terhimpit dek kerana konon menidakkan hak asasi manusia) tetap mempertahankan Perlembagaan Malaysia yang menyatakan hak-hak tersebut sepertimana terkandung dalam Artikel 11 dan 160.
:
Tidaklah saya berniat mengungkit isu Lina Joy dan yang bersangkutan kerana hakikatnya kita tidakpun berjaya mendorong mereka kembali ke jalan yang benar. Namun sekurang-kurangnya jelas terlihat, usaha mempertahankan kesucian dan memperjuangkan ugama itu ada kan?Dan UMNO lah yang merupakan pimpinan tertinggi negara, akhirnya sudi juga mengisytiharkan Malaysia sebagai Negara Islam, biarpun didakwa lebih kepada bersifat kosmetik cuma.Bukan mendabik dada mengenang jasa-jasa lampau, tetapi sekadar melampirkan bukti bahwa tidak adil memperkatakan UMNO memperjuang Melayu di dunia sahaja. Anggaplah Melayu itu cuma suatu nama yang gunanya untuk melindungi objektif Islam nya dalam UMNO.
:
Dalam kata lain, melindungi Melayu itu seakan membolehkan beberapa kepentingan orang-orang Islam di tanah airnya terjaga.Tidaklah dikatakan pula UMNO telah begitu berjaya sekali memperjuangkan Islam. Kadangkala diakui "roh dan agenda" Islam itu semakin hilang dalam perlaksanaan program-programnya hari ini. Maka hasilnya, bukan sedikit kesilapan dan dosa-dosa UMNO menidakkan hak kebenaran dan keadilan melalui salah guna dasar-dasar dan rancangan pembangunannya, yang kadangkala ternampak lebih memperkayakan yang sedikit sementara yang miskin tegar masih juga bernama Melayu. Malahan, cukup dukacita kerana di abad 21 pun masih ada kampung-kampung Melayu tertentu yang tidak bersumber air bersih dan sekadar disinari lampu minyak tanah pada malam hari.
:
Dan ironinya orang Melayu itulah orang Islam.Mungkin ini antara silapnya UMNO hari ini. "Roh" Islam semakin hilang. Keadilan, kebenaran dan memperkasakan Islam dan Melayu, yang sepatutnya merupakan serampang dua mata perjuangan UMNO di lihat banyak semakin pudar. Sedangkan inilah sepatutnya perjuangan UMNO yang sebenar. Sayang sekali!
:
Dan Sdr Amirul,
:
Meletakkan Islam sebagai salah satu perkataan dalam nama sesuatu pertubuhan dan meletakkan Islam sebagai agenda perjuangan utama, tidaklah menjamin lurah perjuangan itu akan sentiasa kekal betul dan tepat. Bisa saja ianya terpesong, lari dan kadangkala merugikan agama dan bangsa.
:
Dan apatah lagi bagi sesuatu pertubuhan yang melalui liku pancaroba dan onak duri sistem politik Malaysia yang kotor, penuh fitnah dan ambil kesempatan sentiasa berlaku. Tatkala itu, antara objektif mengejar Islam dan mengejar kuasa, mungkin kuasa yang di dulukan. Nafsu, rasa tidak sabar dan dengki boleh saja menguasai diri. Mungkin waktu itu berganding bahu dengan suatu puak yang jelas-jelas tidak bersetuju banyak perkara dengan Islam nampak lebih mengasyikkan walhal tatkala itu masih ada cara yang lain. Saya takut, saat itu golongan tadi sudah tiada lagi dalam cabang memperjuangkan Islam, sebaliknya yang menyalahgunakan ugama.
:
Wallahualam.
A.A.R
______________________________________
Saudara A.A.R,
:
Baiklah, saya terima hujah saudara yang ada pro dan kontra dalam isu UMNO dan Islam. Syabas saudara juga mengakui UMNO ada silap dan kelemahan ketara bab-bab islam ini. Saya tidak kata UMNO ni tak islamik langsung dan hanya keduniaan semata-mata, saya cuma quote-unquote ayat TG Nik Aziz, bahawa PAS juga Jaga Melayu, Bahkan Jaga Melayu dari Dunia smpai Akhirat. Cuma, bagi saya, perlembagaan Utama UMNO adalah bersifatkan Assobiyah dan keBANGSAan sahaja.
:
Bab-bab Islam ini dalam UMNO hanya isu-isu yang kecil sahaja dan kurang bersifat Syariah, lagi pun kalau dillhat pada pemimpin-pemimpin utama UMNO pun, kebanyakkannya terpalit dengan isu-isu negetif.
:
1. Rasuah,
:
2. Menggunakan Pangkat untuk mengkayakan diri sendiri,
:
3. menyalahgunakan Dasar Bumiputra untuk mengkayakan diri sendiri,
:
4. tidak serius soal penghapusan MURTAD yang sebenarnya ada lg beratus2 kes selain dari Lina Joy,
:
5. Buat Masjid utk perlancongan, intipati perjuangan Islam tidak dihayati...
:
6. roboh surau,
:
7. Judi dan Kilang arak,
:
8. tidak sokong undang-undang syariah, menolak pelaksanaan hukum hudud di negeri2 yang dah diluluskan enakmen hudud seperti Kelantan dan Terengganu.
:
9. Berpandukan Perlembagaan SuruhanJaya Reid sebagai rujukan utama pemerintahan,
Meneruskan /terus menerus menyokong Dasar British yang menghapuskan undang-undang Islam di malaysia ini suatu ketika dahulu,
:
10. Meneruskan Agenda Amerika terhadap umat islam melalui ISA, (dengan menangkap orang2 yang disyaki militan islam - ini adalah agenda amerika terhadap perang menentang Pengganas, dan pelaksana ISA ini menjadi Agen Amerika syarikat di Malaysia ini) Menangkap mujahideen2 melayu yang pergi menyertai jihad di afghan dan ambon an disumbat ke ISA atas alasan keselamatan negara dan juga arahan dari Amerika yang melabelkan mereka2 ini sebagai Pengganas) Siapa sebenar Agen Amerika ini, Anwar atau Pelaksana Agenda Amerika?)
:
11. Membahagikan Undang-undang kepada dua, satu untuk pemimpin atasan (kebal dari dakwaan biar pun kertas siasatan utk dakwaan sudah siap) satu lagi pada rakyat bawahan ( rasuah 30 ringgit kene tangkap senang2 je)
:
12. Merobohkan kampung2 peneroka melayu yang dah established 20, 30 tahun di johor, di selangor, kg. rimba jaya, kg. berembang dll.. untuk bagi jalan pada projek kroni2. (Ini ke pembela orang-orang melayu, kita nmpk video surau dirobohkan, orang2 kampung menangis, orang2 tua bergelut dgn FRU, budak2 skolah cari buku2 atas robohan rumah, budak2 study bwh khemah.... Ada pesara Tentera menangis, mengatakan inikah balasan kerajaan setelah dia berkhidmat lama dgn tentera, projek lg penting)
:
Sekarang saudara atau mana2 pembaca, pergi point-ke-point dan jelaskan adakah perkara itu ISLAMIK atau TIDAK dari 1 - 12 tu, setakat pengetahun umum yang saya tahu. kerana kita berhujah berdasarkan fakta dan sejarah, dan semua itu adalah fakta dan sejarah dan bukan persepsi dan andaian saya.
:

Mullahkane

Monday, January 19, 2009

Pemuda Mesti Bangkit. Pemuda Melayu Islam



UMNO perlu dibersihkan dari dalam. Tugas siapa? ini bukan tugas individu2 termasuk Anwar Ibrahim, yang pernah cuba untuk membersihkan umno dari dalam namun tidak berjaya.
:
Jadi tugas siapa?
;
Jawapannya adalah, tugas orang-orang umno di bawah ini. kerana mereka lah yang mengundi dan memilih pemimpin-pemimpin mereka. Selagi mereka tetap menyokong pemimpin-pemimpin tertentu yang korup, tidak berjiwa rakyat, yang mengambil kesempatan ke atas dasar-dasar bumiputera untuk memperkayakan diri sendiri dan kroni, selagi itu lah UMNO akan sakit dan ditolak oleh pengundi atas pagar, malah orang-orang dalam parti itu sendiri.
;
Tugas pemuda-pemuda bawahan ini untuk membawa perubahan ke arah kebaikan. Nak harapkan orang-orang lama dlm umno ini, mereka ini sudah tidak dapat berbuat apa2 kerana mereka datang dari zaman UMNO Tunku. Mereka tidak tahu sangat pasal korupsi dan penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin-pemimpin tertentu dalam umno.
:
"ORANG MUDA NI BERJUANG NI KERANA APA? ORANG MUDA NI MEMPUNYAI CITA-CITA MURNI DAN IDEALISME INI, MENINGKATKAN TENAGA, KERJA DAN USAHA NI UNTUK APA? UNTUK BAWA PERUBAHAN.. BUKAN ORANG MUDA NI JADI PENCACAI DAN PEKAKAS PEMIMPIN2 PERASUAH ITU SEMUA, INI BUKAN ORANG MUDA NAMANYA! INI PERJUANGAN PEMUDA, SEHARUSNYA TIDAK LEMBIK SEPERTI PUTERI, KALAU ADA RASUAH SANA-SINI, BANGKIT DAN TENTANG. PERJUANGKAN BAHASA KEBANGSAAN TERMASUK DALAM SAINS DAN MATEMATIK. PEMUDA, SATU GAGASAN YANG PERKASA, SEHARUSNYA MENJADI WADAH KEPADA PERUBAHAN YANG DITUNTUT SELAMA INI!
:
saya bercakap dalam konteks pemuda melayu islam sahaja. Tiada kaitan dengan mana-mana parti.
:
mullahkane.blogspot.com

Mengapa BN Tewas Lagi?

Ini bermakna trend Tsunami (Transformasi) Politik masih dan akan berterusan. Setelah tewas 8 Mac, tewas lagi di Permatang Pauh dan seterusnya di Kuala Terengganu. Hakikatnya, rakyat menolak BN sedikit demi sedikit. Termasuk golongan Prowaris ini yang diketahui ramai sebagai Pro Mahathir dan anti Paklah apabila Saudara Presiden Prowaris sendiri (Mr. Feriz) itu acapkali menghentam Paklah. Ini adalah contoh trend Golongan2 orang-orang Umno yang Protes terhadap Parti Umno itu sendiri kerana sudah mual dengan sikap pemimpin yang bergaduh sesama sendiri, agenda peribadi mengatasi agenda rakyat dan lain2. Puak UMNO Kelantan lagi dasyat, Pro Anuar Musa dan Pro Awang Adek lagi ketara persaingan yang tidak sihat sesama sendiri.
:
Yang menjadi pencetus kepada Tsunami Politik di Malaysia ini bukan sahaja kaum bukan melayu, bahkan protestor2 di dalam umno sendiri ini juga memainkan peranan dan watak yang penting dalam Transformasi Politik di negara kita.
:
Pengundi-pengundi muda mula menyokong Pembangkang bukan isu baru lagi, isu ini sudah timbul pada tahun 1999 dahulu, yang ada kaitan dengan keputusan kerajaan mewujudkan PLKN, yang disebabkan trend pemuda-pemuda yang sudah beralih arah ke Politik Pembangkang,
:
mullahkane.blogspot.com

Sunday, January 18, 2009

PAS MENANG








PAS telah berjaya memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu melalui calonnya, Abdul Wahid Endut, 51 dalam pilihan raya kecil yang diadakan hari ini.
:
Kemenangan Abdul Wahid dalam persaingan sengit itu menyaksikan Adun Wakaf Mempelam itu mengalahkan BN yang diwakili oleh calon Umno, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan calon bebas Azharuddin Mamat, seorang ahli perniagaan.

:
Ini bermakna jumlah ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertambah menjadi 83 kerusi, sementara jumlah ahli Parlimen BN merosot kepada 137 orang apabila dua ahli Parlimen SAPP turut meninggalkan BN baru-baru ini.

:
PAS mendapat 32,883 undi manakala BN 30,252, sementara undi calon Bebas adalah 193 undi, di mana PAS mendapat kelebihan majoriti 2,631 undi.

:

Majoriti 2,631. UMNO hilang Kuala Terengganu P36. Apakah sebenarnya mesej rakyat Kuala Terengganu? Apa mesej pengundi Melayu pada UMNO dan apa mesej pengundi Cina pada Barisan Nasional.
:
UMNO dan Barisan Nasional patut sedar bahawa keputusan ini memberi beberapa petunjuk yang perlu diambil iktibar. Apa masalah yang sebenar melanda UMNO? Kita akan memulakan perbicaraan mengenai kedudukan UMNO dan Barisan Nasional. Kenapa dan adakah benar bahawa tanda-tanda kemurungan UMNO dan BN semakin jelas?
:
Adakah ini menunjukkan bahawa PRU 13 nanti UMNO dan Barisan Nasional akan berdepan dengan kedudukan yang lebih getir dari PRU 12. Adakah ini kerana faktor calon – faktor UMNO dan BN tidak lagi di terima oleh orang Melayu – Cina dan bangsa lain menolak BN atau strategi UMNO dan BN dalam pilihan raya sudah usang – tidak lagi di terima dan pengumuman pembangunan – peruntukkan wang pembangunan sewaktu pilihan raya adalah satu pancingan yang tidak di terima lagi. Bayangkan Najib dalam Malaysia Hari Ini beberapa hari sudah, memberitahu bahawa beliau telah menandatangani cek bernilai 400 juta lebih untuk pembangunan Kuala Terengganu – namun tidak memberi kesan kepada keputusan pilihan raya. :
Kenapa tidak berubah – kenapa UMNO dan BN masih bergantung pada strategi ortodoks untuk berdepan dengan pilihan raya? Apa pun – kehadiran Ezam Mohd Nor – semakin membawa parah. Kehadirannya tidak membantu – malah lebih mendukacitakan. UMNO kena sedar – heret Ezam Mohd Nor – minta dia bongkar rahsia Anwar baik di Permatang Pauh dan hari ini di Kuala Terengganu – maka semakin parah UMNO dalam pilihan raya.

:

Itulah dia, trend tsunami politik akan berterusan sehingga Pakatan Rakyat menaikkan bendera-benderanya di Putrajaya.

:
Apa kata anda

Friday, January 16, 2009

Khas Untuk Orang Muda Kuala Terengganu.

"Orang muda ni berjuang kerana apa? Orang Muda yang mempunyai cita-cita murni dan idealisme ini meningkatkan usaha, kerja dan tenaga ini untuk apa?

Untuk Bawa Perubahan!

Bukan Orang Muda jadi Pencacai Pekakas Perasuah itu Semua.. Itu Bukan Orang Muda namanya!

Ini Perjuangan Pemuda, tidak harus lembik seperti Puteri! Rasuah banyak mana pun, Senyap! Rampas tanah, harta rakyat dan royalti pun Senyap! Sekarang sudah tiba masanya Orang Muda Kuala Terengganu Bangkit membawa Perubahan!
Mullahkane - Orang Muda menuntut perubahan ke arah kebaikan

Message from Amirul Mukminin, Mullah Mohammad Omar Mujahid




In the Name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful
:
Praise be to Allah, the Most High, and peace be upon the prophet, the leader of those who are striving in the way of Allah, the Almighty.

:

I urge my brave and Muslim people to:

Stay steadfast in support of Mujahideen vis-à-vis the invaders.

:
Your support for Mujahideen is a religious obligation. Take every care to avoid being ensnared by the futile propaganda of the enemy and their lackeys.
:

If we unite, we are a strong nation. No power in the world can stand in face of us. We can determine our direction ourselves. All analysts and observers are of the opinion that if the Afghans had not joined hands with the alliance of the crusaders, the non-believers would not have gained dominance over Afghanistan. Any way, this miserable nation of ours deserves mercy and consolation. The military, cultural, and economic onslaught of the foreign crueler is beyond the tolerance of all the Afghans. Our embrace is open for all those Afghans who are fostering such noble feelings in their hearts.

:

I call on the Islamic world particularly on the noble people of the Arabic world to support the real and honest Mujahideen of Palestine. Help them with your wealth and soul and fulfill your Islamic responsibility. This responsibility must be fulfilled in this critical phase of the Islamic history, particularly, the scholars and men of knowledge, should provide a guidance role to the Mujahideen. I believe if the ranks of the holy Jihad in these lands become united as they are in Afghanistan, the occupied nations will gain liberation and will have an Islamic system.

:

The Mujahideen of the Islamic Emirate will not show slackness in giving Islamic punishment to the murderers of these martyred POWs who were killed while being tied up.
:
Thus the pharaoh of today will taste the chastisement of their deeds in this world and in the world to come. That is an easy task for Allah to accomplish.

:
Forward to the complete victory of the Holy Jihad.
:
Prayer for total defeat and fiasco of the enemy.
:
Mullah Mohammad Omar Mujahid
Servant of Islam, Leader of the Believers.

Tuesday, January 13, 2009

Tukar-Tukar Pandangan Bersama Group Email Prowaris

Quote unquote Mr. A:
.
.
satu nak tanya mullahkane.. ..PAS ni lebih takut UMNO dari Allah laaaa gamaknya kalau dah macam gitu......sepatutny a kalau nak buat HUDUD UMNO sekat....kita JIHAD laaaa Fisabillillah! !!!.....kenapa tak buat????.... .kita perang laaa!!!!!!kalau betul2 ikhlas nak buat HUDUD laaaaa....hakikatny a memang pun PAS saja main2 jer....hukum HUDUD ni tak IKHLAS lansung ......buat modal politik basi saja......dah berzaman dah dok bising nak buat HUDUD....habuk pun tarak!!!.... .dah menang KELANTAN dan Kedah....sepatutnya boleh buat laaa kenapa tak buat....sebab UMNO tak bagi......apa ke giler!!!!... ...berjuang kerana ALLAH ke kerana apa agaknya puak puak PAS ni??? sebab tu aku yakin dan percaya...pertolong an ALLAH takkan turun nya untuk puak2 PAS ni.....siap jadi halal lagi berkerjasama dengan syaitan!!!!! ....aku tak kata....Nik Aziz kata....WALLAHUAALA M
.
.
Mullahkane:
.
.
Bukan masalah PAS takut pada UMNO atau tidak.. Kena fikir lojik, PAS berjuang berdasarkan sistem demokrasi yang ada di Malaysia ini, dan, bukankah memperjuangkan Undang-undang Syariah itu juga termasuk di dalam konteks Jihad, tidak semestinya Jihad Perang kerana kita bukan Taliban atau Al-Qaeda. Kita ikut sistem di Malaysia ini, sistem Demokrasi. Sebab itu perjuangan ini melalui Politik. Melalui politik barulah dapat ditegakkan kuasa Islam itu. Gerakan Islam kita berjuang di Malaysia tidak melalui kekerasan. Senang saja untuk cakap "Peranglah! Jihadlah! kalau betul-betul nak berjuang hudud."
.
.
Persoalannya, yang menyekat undang-undang syariah di Malaysia ini secara realitinya adalah UMNO, terbukti melalui perbuatan apabila mencabar kes hudud ini di mahkamah supaya ianya tidak dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu. Habis tu, anda nasihatkan supaya perang sesama melayu islam kita ini? Fikir dahulu sebelum buat kenyataan.
.
.
Quote unquote Mr. W:
.
.
Dalam hati Sdr Amierrul di tahu sama ada dia ikhlas atau tidak...
Kalau pemimpin PAS seikhlas Amierrul, sudah lama HUDUD ini menjadi...TAPI mereka TIDAK seikhlas Amierrul, sebab itu ia TIDAK menjadi.Banyak alasan diberi, menuding jadi kepada orang lain hakikatnya PASsendiri yang pincang dan tidak ikhlas... Kenapa tuding jari kepadaorang lain? Elok perbaiki keikhlasan itu, InsyaAllah perjuangan untukHudud ini akan berjaya. Tapi kalau tidak ikhlas selagi itulah ianyaakan jadi bicara mulut sahaja, tahun demi tahun, canang benda yangsama. NIk Aziz. Hj Hadi, Husam akan marah, melenting dia, tapi inilahhakikatnya. Keikhlasan ini tidak dapat ditipu, Allah tahu. Janganbermain dengan kemurkaan Allah Azzawajalla.
.
.
Tetapi kalau Amierrul juga tidak IKHLAS, dia harus beristighafarbanyak2 kerana dari penulisannya, jelas beliau lebih kepada'denfensive' daripada MAHU perjuangkan HUDUD itu sendiri... Tolongberlaku ikhlas Sdr Amierrul... Jangan bermain dengan keikhlasan. Kalaukita rasa tidak ikhlas dalam membicarakan soal Hudud ini, dalam hatiada terselit niat untuk perjuangkan PARTI lebih dari perjuangkan Hududitu sendiri, lebih baik kita diam saja, dari menambah dosa.
.
.
Mullahkane:
Saudara,
.
.
Seikhlas mana pun pemimpin-pemimpin PAS dalam memperjuangkan hudud. ianya secara realiti tidak akan tercapai sekiranya UMNO yang mempunyai kuasa persekutuan menyekat undang-undang ini dari dilaksanakan di negeri-negeri tersebut. Kuasa untuk membenarkan undang-undang syariah ini dilaksanakan terletak pada kuasa kerajaan Persekutuan, bukan kerajaan negeri. Kerajaan negeri cuma meluluskan enakmen tersebut untuk menjadi undang-undang yang sah, tetapi jika Kerajaan Persekutuan tidak meluluskan bahkan mencabar di mahkamah pula mengenai hal ini, memang tidak akan terlaksana lah undang-undang ini, saudara pun tahu, kuasa kerajaan persekutuan lagi besar dari kuasa kerajaan negeri kan? siapa yang membawa agenda british ini?
.
.
Saudara,
.
.
Anda kata saya tidak ikhlas kerana bersifat defensive dari memperjuangkan parti pas dari hudud itu sendiri. Saya bukan jurucakap parti PAS pun. Bahkan saya bukan ahli parti tersebut pun. Saya bercakap kerana saya orang melayu islam yang biasa, kerana bagi saya bukan hak mutlak Parti PAS pun untuk memperjuangkan isu-isu hudud ini, ianya hak kita sebagai muslim untuk menyokong perlaksanaannya di bumi Malaysia ini.
.
.
Saudara,
.
.
Learn to understand rather than immediately judge or to be judged. Don't blindly follow the crowd and accept their approach.
.
.
Saya tiada komen mengenai kenyataan saudara yang saya ini ikhlas ke tidak. kerana mungkin saudara ini manusia luar biasa yang tahu isi dalaman hati saya, yang saya ini ikhlas ke tidak.
.
.
Ini bukan masalah tunding jari kepada orang lain atau tidak, kita bercakap soal realiti. REALITI. Realitinya dalam tv dan media UMNO sibuk mencabar PAS laksanakan penguatkuasaan Hukum Hudud, tetapi belakang-belakang sekat penguatkuasaan undang-undang ini bahkan cabar dalam Mahkamah pulak. Ini Perjuangan apa ini?
.
.
mullahkane

Monday, January 12, 2009

Jawapan mengenai Persoalan Hukum Hudud di Email Prowaris

Quote unquote:
"Zaman Datuk Asri, cerita Hudud ni, kemudian Ustaz Fadhil Noor... Teruskepada Hj Hadi, masih bercerita tentang Hudud.Esok zaman Husam, Mahfuz, Nasa, bercerita tentang Hudud juga."
.
.
Mullahkane:
Kalau sudah merasakan hudud ini banyak versi bergantung pada pemimpin-pemimpin PAS, kenapa UMNO sebagai parti orang melayu islam dan sebagai pihak yang mempunyai kuasa dan wibawa sendiri tidak menyokong perlaksanaan hukum ini?

Quote unquote:

"Kalau setakat bercerita ramai yang boleh bercerita, kalau PAS benarmahu buat Hudud, sudah lama ada Hudud, tapi kenapa sampai hari ini,tidak ada juga Hudud di implementasikan. .. "
.
.
mullahkane:
PAS di Kelantan dan Terengganu suatu masa dahulusudah pun meluluskan enakmen hudud di negeri masing2. Yang menjdai penghalangnya ialah UMNO yang mencabar keputusan ini di mahkamah. UMNO yang mencabar agar hudud tidak berjaya dilaksanakan di kedua2 negeri tersebut, lepas itu dalam television jadi hero pulak persoalkan kenapa PAS tak laksanakan undang2 syariah tersebut. Kelakar betul. Dah dia yang cabar dan sekat, lepast mau tanya lagi. Zaman Kesultanan Melayu dahulu kala sudah pun dilaksanakan hukum hudud ini, sila rujuk batu bersurat terengganu atau hukum kanun melaka. Cuma, apabila Inggeris menjajah tanah melayu, merekalah yang menghapuskan sistem undang2 syariah ini supaya kuasa islam itu tidak berkembang. Dan ini diteruskan pula oleh UMNO yang menyokong perlembagaan Suruhanjaya Reid yang digubal oleh Inggeris yang sememangnya ada niat utk melemahkan kuasa islam di rantau mana2 pun.
.
.
Quote unquote:
"Inilah padahnya kalau Hudud dan Islam itu di POLITIKkan. Hudud dipergunakan untuk agenda politik, tidak ada keikhlasan dalam PAS untukbenar-benar perjuangkan HUDUD, Nik Aziz pun tahu perkara ini."
.
.
mullahkane:
Memang Islam dan Politik itu tidak dapat dipisahkan. Kalau dipisahkan, akan jadi kembali macam zaman kuno dahulu kala. Zaman Nabi Muhammad memerintah Madinah dahulu, dengan Piagam Madinahnya, dengan dialog dgn kaum minoriti yahudinya, dengan kaum ansar dan muhajirinnya, dengan diplomasi dengan pihak2 kafir di luar semenanjung arabnya, ini bukan Politik? untuk Islam berkuasa di Malaysia ini hanya boleh di lakukan dengan kuasa politik. Memisahkan agama dan politik ini agenda Inggeris (Secularisme) Mereka yang start buat dahulu kala apabila memisahkan Pihak Gereja dari tampuk kerajaan. Dasar ini diteruskan apabila menjajah negara2 komanwel dan mengembangkan dasar mereka ini. Kerana apabila sesuatu kerajaan itu berasaskan islam, ia akan menjadi sebuah kerajaan yang kuat seperti Empayar Uthmaniah dan sebagainya, atau sekurang2nya menjadi sebuah kerajaan yang tidak tunduk kepada Barat seperti Iran, Afghanistan dan sebagainya. (Inilah yang mereka tidak mahu) Mereka mahu sebuah kerajaan yang bebas dari sistem pemerintahan islam supaya mereka dapat menjajah dari segi minda dan sosial. Apabila mereka melihat ada golongan2 di Tanah melayu ini yang sanggup untuk meneruskan dasar2 mereka, barulah kemerdekaan itu dapat diberi dengan mudah. Mereka2 yang menuntut kemerdekaan tetapi bukan pro british, mereka-mereka ini dibunuh, dipenjarakan. (Tok Janggut, Hj. Abdul Rahman Limbung dan sebagainya.)
.
.
Quote unquote:
"Islam dan Hudud bukan milik sesiapa... Jangan kita permainkan Hududini... Kelak bala akan menimpa diri. Nik Aziz tahu perkara ini, tapikenapa dia senyap, membiarkan Hudud dipermainkan dan dijadikan isupolitik??? Selaku Ulama, Nik Aziz harus menghentikan terus cakap-cakapyang mempermainkan Hudud ini... Melainkan kita semua benar-benarikhlas untuk perjuangkan Hudud... Bukan untuk politik tetapiLillahitaala. .."
.
.
mullahkane:
Hudud itu milik mutlak Allah Taala. Bukan milik PAS atau UMNO. Cuma sebagai muslim, tak perlu berdolak dalik dalam perlaksanaan hudud. Ini negara kita. kita bercakap sola ketuanan Melayu ketuanan Islam. Mengapa menjadikan alan negara majmuk sebagai penghalang Hudud? Mana dia ketuanan yang kita laung-laungkan itu? mana dia keberanian Ketuanan Melayu itu? SIAPA YANG MEMPERMAINKAN HUDUD INI? SIAPA YANG MENCABAR PAS MELAKSANAKAN HUDUD KEMUDIAN MENYEKAT PELAKSANAANNYA KEMUDIAN DAN MENCABAR DI MAHKAMAH BERKENAAN DENGAN SOAL INI?
.
.
Siapa yang cakap kalau nak makan sup tangan, pergilah ke Kelantan? - Tun Dr. Mahathir yang disayangi. Siapa yang cakap Rasulullah simpan janggut sebab takde Gillete? Tun lagi yg telah mengeluarkan kenyataan menghina Sunnah nabi itu. Tun Dr. M ni orang PAS ke UMNO?
.
.
Pada saya, erti sebenar Hudud ini bukanlah nak potong2 tangan kaki sebagai matlamat utama, tetapi objektifnya dalah sebagai undang2 pencegahan yang effective melalui perlaksanaan hukuman yang kejam. lagi pun siapa yang dah kene hukuman itu, di akhirat kelak hukuman sesuatu dosa yang telah dihukum hudud di dunia itu akan terhapus atau berkurangan. Pada zaman Nabi dahulu pun Hukum hudud ini adalah kes yang terpencil, kerana apabila tersebar perlaksanaan hudud ini telah dilaksanakan, orang tidak berani buat jahat dan dosa lagi.
.
.
mullahkane.blogspot.com

Friday, January 9, 2009

Wujud Golongan Dalam PAS anti Pakatan Rakyat?

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa wujud golongan dalam PAS yang anti pakatan rakyat atau anti anwar ibrahim. Agaknya mereka-mereka ini lebih suka jika PAS berkerjasama dengan UMNO. Mungkin merekalah yang akan menjadi penyokong utama muzakarah PAS - UMNO, di mana ideanya adalah membawa PAS masuk ke dalam Barisan Nasional. Konco-konco mereka ini berterusan menyerang mereka-mereka yang baik dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim seperti Dato Husam Musa, YB. Khalid Samad, dan lain-lain. Seterusnya melabelkan kumpual 'Erdogan' kepada pihak yang pro-Dato Seri Anwar Ibrahim.
.
.
Tidak hairan jika golongan ini mempunyai kaitan dengan blog anti husam yang sudah pun di ketahui suspek-suspek di sebalik blog tersebut. Ataupun mereka berkerjasama bersama Khary Jamaluddin di dalam menyampaikan dakyah-dakyah perpecahan di kalangan Pakatan Rakyat? Saya pasti, Mereka-mereka yang terlibat dengan golongan ini bertepuk tangan apabila YB Khalid dan YB Saari Sungip diketepikan jawatan mereka dalam PAS Selangor.
.
.
Blog Malaysiawaves.com, yang dimiliki oleh Saudara Tulang Besi telah pun menghuraikan dengan panjang agenda-agenda fraksi umno di dalam PAS ini. Nampak gayanya mereka ini tidak serik dengan pengalaman PAS menyertai BN pada zaman 70'an dahulu. TG Nik Aziz pernah berkata, beliau tidak mahu di patuk ular yang sama 2 kali. Bodohlah namanya jika mengizinkan berbuat demikian. Tidak belajar dari pengalaman.
.
.
Sebenarnya, idea menyatukan Umno dan PAS ini idea lama yang dipelopori oleh Abdul Razak Hussein, perdana menteri Malaysia kedua. Pada ketika itu, Perikatan mengalami kemerosotan yang teruk dalam pilihanraya umum 1969. Perikatan hilang kuasa majoriti di parlimen buat kali pertama dalam sejarah pada pilihanraya yang diadakan pada 10 Mei 1969.Prestasi buruk Perikatan telah mendorong kepada berlakunya tragedi berdarah 13 Mei yang melibatkan kaum Melayu dan Cina. Tragedi tersebut menyebabkan parlimen digantung dan penubuhan Majlis Gerakan Negara (Mageran) yang dipimpin oleh Abdul Razak.
.
.
Setelah berjaya mendapatkan kuasa daripada Tunku Abdul Rahman, bapa Najib memulakan usaha menarik PAS masuk dalam Barisan Nasional, satu “formula baru” yang dicetak rompak daripada Barisan Sosialis untuk menggantikan Perikatan. Alasan membawa masuk PAS bersama BN bertujuan menyatupadukan orang Melayu dan umat Islam di negara ini. Pada ketika itu PAS dipimpin oleh Mohd Asri Muda setelah beliau mengambil alih jawatan yang dipertua daripada Dr. Burhanuddin Al-Helmy. Selain PAS, PPP dan Gerakan juga dibawa masuk menyertai BN setelah Mageran dibubarkan.Apabila Umno kembali kuat dan merasakan PAS mencabar kedudukan mereka, PAS dipecat daripada BN pada 14 November 1977. PAS ditendang keluar sebelum cukup lima tahun berada dalam BN!
.
.
-mullahkane

Kuala Terengganu - by Che Det


By Dr. Mahathir Mohamad on January 8, 2009




18. UMNO pula tak tahu pilih calon. Yang dipilih ialah bekas Setiausaha Politik Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Jelas pilihan calon UMNO tidak memperdulikan sentimen rakyat.



19. Dan calon ini pula terkenal sebagai seorang yang sombong, tidak tahu beramah mesra dengan orang.

Thursday, January 8, 2009

Al-Qaeda Desak Umat Islam Bertindak

Dari Utusan Malaysia,

WASHINGTON 7 Jan. - Pemimpin nombor dua Al-Qaeda, Ayman Al-Zawahiri menyeru umat Islam agar melancarkan serangan ke atas kepentingan Israel dan Barat sebagai respons kepada bedilan askar Yahudi ke atas Genting Gaza.

Ayman berkata demikian dalam satu mesej audio bertajuk "Pembunuhan beramai-ramai di Gaza dan kepungan pengkhianat" menerusi As-Sahab iaitu laman web sayap media Al-Qaeda.
Mesej itu didedahkan oleh syarikat pemantau Internet berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), SITE Intelligence Group, semalam.

"Wahai orang Islam di mana-mana saja, kita harus menentang kempen Zionis.
"Serang kepentingan mereka di mana saja ia berada," katanya dalam rakaman audio tersebut.
Ayman menyatakan, serangan Israel yang telah meragut 660 nyawa sejak 27 Disember lalu dengan alasan menghentikan serangan roket Hamas, adalah salah satu kempen Barat yang disasarkan ke atas Islam dan penganutnya.

Dia turut menuduh bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama sebagai bersubahat dengan serangan tersebut.

"Apa yang kita hadapi hari ini adalah satu perkaitan antara rentetan perang Zionis terhadap Islam dan penganutnya.

"Serangan ini adalah hadiah Obama kepada kamu (penduduk Palestin) sebelum menjadi Presiden.

"Ini adalah Obama yang cuba digambarkan mesin penipu AS sebagai penyelamat yang membawa perubahan polisi AS. Dia membunuh adik beradik lelaki dan perempuan kamu di Gaza secara kejam dan tanpa belas kasihan," ujar Ayman lagi.

Obama sebelum ini dikritik kerana enggan menyatakan pendirian mengenai tindakan Israel namun beliau hari ini bersumpah untuk mengeluarkan lebih banyak kenyataan berhubung konflik tersebut sebaik mengangkat sumpah pada 20 Januari ini.

Ayman turut menggelar Presiden Mesir, Hosni Mubarak sebagai "penjenayah dan pengkhianat."

Jahanam Israel


Anwar Mahu Kuala Terengganu Percepat Menuju Putrajaya



(mStar Online) - Selepas dua sasaran untuk membentuk kerajaan persekutuan gagal, Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan harapan itu hari ini dengan mengatakan bahawa "kemenangan di Kuala Terengganu" akan membantu mempercepatkan rancangan pihaknya bertapak di Putrajaya.


"Jangan selesa dengan kehadiran yang ramai (ketika ceramah perdana malam tadi dan ketika penamaan calon). Kita mahukan kemenangan yang lebih meyakinkan dan proses perjalanan ke Putrajaya dipercepatkan," kata beliau ketika berucap merasmikan Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu di sini, pagi ini.


Ia merupakan majlis kedua Anwar selepas berucap dalam ceramah perdana malam tadi.
Anwar meletakkan sasaran 16 September lalu sebagai tarikh awal untuk membentuk kerajaan pusat diterajui Pakatan Rakyat yang dibentuk selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu.
Kemudian ia gagal menjadi kenyataan, beliau menjangkakan ia boleh dilakukan menjelang Hari Raya Aidiladha bulan lalu.


Anwar dipilih sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, menggantinya isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR.


Kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh juga bertumpu kepada aspek membentuk kerajaan baru dan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri.


Bagaimanapun ketika ditemui wartawan pada sidang media selepas majlis itu, Anwar berkata sasaran pihaknya itu bukan tidak menjadi, tetapi belum menjadi kenyataan.


Pun begitu, katanya, matlamat utama pihaknya sekarang ialah membolehkan penduduk Kuala Terengganu mempunyai seorang wakil rakyat yang boleh mewakili kepentingan rakyat, bukannya kepentingan diri dan kroni.


Barisan Nasional (BN) meletakkan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu manakala PAS, anggota komponen Pakatan Rakyat, menurunkan Mohd. Ahmad Wahid Endut manakala calon Bebas ialah Azharudin Mamat @ Adam.


Kempen bermula semalam selepas proses penamaan calon manakala pengundian pula diadakan 17 Januari.

Biodata Calon BN PRK P036


Lagu: Di Penjara Janji



BIODATA CALON BN

Nama: Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh

Tarikh lahir: 13 November 1962

Umur: 46 tahun

Jawatan dalam parti: Ketua Bahagian Umno Kuala Terengganu
Pendidikan: Berkelulusan Undang-Undang dari Universiti Thames Valley, LondonRumah: Suasana Sentral Kondominium, KL Sentral, Kuala Lumpur

Emel: wanfarid@yahoo.com

DATUK Wan Ahmad Farid, dilahirkan di Jalan Ibrahim, Kuala Terengganu pada 13 November 1962 dan pernah bertugas sebagai Peguam bela dan Peguam cara mulai 1987. Beliau menang jawatan Ketua Umno bahagian Kuala Terengganu selepas menewaskan Datuk Roslan Awang Chik pada 2004.Berusia 46 tahun, beliau kini menjadi Ketua Bahagian Umno Kuala Terengganu yang disandangnya sejak dua penggal.Beliau dilantik Senator pada 2006 dan bertugas sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri bermula 1 Januari 2004 hingga 18 Mac 2008, sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri, mulai 19 Mac lalu.

Beliau yang gemar membaca, memiliki kelulusan Undang-Undang dari Universiti Thames Valley, London. Selain itu, beliau yang juga Presiden Persatuan Badminton Terengganu mempunyai pengalaman dan pembentangan kertas kerja dan menghadiri seminar di beberapa negara.Antaranya, persidangan Regional Ethics In Leadership di Vietnam pada 2000; pemerhati pilihan raya Presiden Amerika Syarikat atas jemputan Jabatan Negara AS (2000), membentang kertas kerja Ancaman Keganasan Di Asia Tenggara, CSIS, Jakarta (2002).

Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Bengkel Penubuhan Komuniti Asean di Manila di Asean People's Assembly (2002) dan berucap di Institut Rantau Asia dan Pasifik, University of Sydney semasa menjadi tetamu kerajaan Australia pada 2003.

About MULLAHKANE

"I am learning to understand rather than immediately judge or to be judged. I cannot blindly follow the crowd and accept their approach. I will not allow myself to indulge in the usual manipulating game of role creation.

Fortunately for me, my self-knowledge has transcended that and I have come to understand that life is best to be lived and not to be conceptualized. I am happy because I am growing daily and I am honestly not knowing where the limit lies. To be certain, every day there can be a revelation or a new discovery. I treasure the memory of the past misfortunes. It has added more to my bank of fortitude.

I'm not in this world to live up to your expectations and you're not in this world to live up to mine.If I tell you I'm good, you would probably think I'm boasting, If I tell you I'm no good, You know I'm lying. If you don't want to slip up tomorrow, speak the truth today.

I am not teaching you anything. I just help you to explore yourself. Because what works well with me might not work for you, and vice-versa!"

Mullahkane