Saturday, December 12, 2009

Selain BTN, Program Modul Universiti Juga Ada Slot Hentam Pemimpin Pembangkang

Salam Reformasi,

Akhir-akhir ini banyak dibongkarkan dan diperkatakan mengenai program BTN yang rasis dan menyeleweng dari matlamat asal. Sewaktu saya menuntut di Universiti Bumiputera terbesar di Malaysia dahulu, pihak Universiti juga ada menjalankan program-modul 'brainwash' yang wajib dihadiri oleh para pelajar.

Pada mulanya modul tersebut menjalankan aktiviti-aktiviti berkumpulan yang saya fikir bagus untuk membentuk semangat kesefahaman di kalangan ahli kumpulan. Dan seterusnya, ditunjukkan slide powerpoint oleh moderator, berkenaan dengan Peristiwa 13 Mei, gambar DAP berarak dan mencetuskan huru-hara ketika itu, dan seterusnya gambar Lim Kit Siang berpeluk dengan Tuan Guru Hj. Hadi pada tahun 1999.

Antara point-point yang ingin diserapkan kepada minda pelajar adalah:

1) Kata-kata rasis yang anda sendiri boleh tahu macamana gaya dia
2) PAS berbaik-baik dengan DAP, DAP adalah pencetus 13 Mei, jadi, jangan sokong PAS
3) Anwar Ibrahim (Agen Asing, Kes Liwat etc)
4) UMNO lah yang perjuangkan nasib orang melayu secara mutlak
5) Cubaan mengaitkan PAS dengan keganasan (KMM, AL-Maunah etc)

dan pelbagai lagi. Benda-benda inilah yang cuba diserapkan ke dalam minda Pelajar-pelajar melayu, dan kemungkinan Program modul / tayangan slide presentation yang sama ini jugalah diadakan di seluruh kampus Universiti tersebut di Malaysia.

Dia ingat kami masa itu bodoh-bodoh kot. Dia lupa, kami pelajar, ada buat academic research termasuk di Arkib Negara. Kami tau, 13 Mei juga melibatkan parti-parti bukan melayu yang lain, bukan setakat DAP sahaja. yang ketika ini sudah berada dalam Barisan Nasional. Lagi teruk! Sebab lagi lama parti-parti tersebut bekerjasama dengan BN dibandingkan dengan kerjasama DAP-PAS.

Saya berharap pimpinan Pakatan Rakyat akan meneliti isu ini juga selain dari BTN. Kerana bagi saya, ini juga adalah program-modul tersebut juga menyeleweng, platform menyebarkan fitnah berkenaan pemimpin-pemimpin pembangkang kepada pelajar-pelajar melayu bumiputera.

Maaf, walaupun saya bekas pelajar Universiti Kerajaan itu, tapi bukan bermakna saya tidak bersyukur, aaaaaaaaaahhhhh forget about berkata-kata dengan formal, wei yang buat universiti bumiputra itu bukan pakai duit poket pemimpin umno wei, dibina dengan menggunakan wang rakyat ok? So, takde nya isu2 bersyukur ke tak bersyukur ke, bersyukur kepada Tuhan, dan rakyat yang menyumbangkan wang mereka kepada kerajaan melalui pelbagaui jenis cukai yang dikenakan kepada rakyat ini.

Sekian.

Mullahkane

Sunday, August 9, 2009

Bukanlah sukar untuk mengenal siapa pengkhianat Melayu.

- Siapakah yang meminda Perlembagaan Persekutuan mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu?
- Siapakah yang melacur pendidikan negara dengan pelaksanaan PPSMI yang membunuh potensi Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?
- Siapakah yang menyerahkan tanah seluas 51,170 hektar kepada Singapura dengan bayaran RM350 juta seperti didedahkan oleh hubaya tertentu?
- Siapakah yang menafikan hak masyarakat Melayu di negeri Kelantan dan Terengganu untuk memperolehi royalti petroleum sejak sekian lama?
- Siapakah yang memecat Almarhum Datuk Ishak Baharom yang menggazetkan fatwa pengharaman penyertaan orang Melayu di dalam Pertandingan Ratu Cantik Di Selangor satu ketika dahulu?
- Siapakah yang menyeleweng kuota masyarakat Melayu di dalam pengagihan kontrak-kontrak untuk kroni-kroni mereka semata?
- Siapakah yang meminda Perlembagaan Persekutuan untuk melaksanakan Persempadanan Semula kawasan Pilihanraya yang mengecilkan undi Melayu untuk tujuan kepentingan politik mereka?
- Siapa pula yang satu ketika dahulu bermati-matian mahu menggugurkan nama Islam di dalam semua pertubuhan politik dan NGO satu ketika dahulu?

semua ni mesti anwar ibrahim punye keje ni.

Kerajaan PR selangor khususnya PAS dihentam kerana isu liquor. Org UMNO semua marah PAS sbb isu ni.. tu la.. sejak PR memerintah ni liquor dijual di kawasan majoriti Muslim.. dulu elok je time berpuluh2 tahun UBN perintah, takde pon liquor dijual dikawasan Majoriti Muslim. sekarang bila PR naik je, br timbul isu ni. Apa lah PR ni. Br perintah stahun lebih dah jual liquor kat kawasan majoriti Muslim.

sape la agaknya yg keluarkan lesen2 liquor kat selangor ni.. mesti PR yg buat ni, dah berpuluh2 tahun diorang perintah sejak merdeka kan? x syak lg.. Pakatan rakyat la ni yg salah.

Mengapakah Pemuda UMNO tidak memprotes keberadaan 3 orang Melayu Islam dalam Lembaga Pengarah Calrsberg terlebih dahulu. Bagaimana UMNO boleh mengizinkan 3 orang Melayu Islam duduk dalam Lembaga Pengarah Calrsberg sedangkan lesen arak diberikan oleh Menteri Kewangan. Menteri Kewangan dengan mudah dapat mengarahkan Calrberg untuk memecat ketiga-tiga orang ini. Bukankah begitu?

http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c48256b8b0036a2a5/$FILE/Carlsbg-Products-CorpInfo-DirectorsProfile%20(725KB).pdf

b. Mengapa Pemuda UMNO tidak memprotes pemberian 10 lesen ”Special Draw” oleh Najib tanpa permintaan dari mana-mana kaum. Judi pun seharam arak juga kan?

artikel dipinjam dari tb @ www.malaysiawaves.com


mullahkane

Tuesday, July 7, 2009

PRK MANEK URAI 2009


UNDILAH CALON PAS!

Rakyat Kelate mesti Tolok BN! Tolok UMNO!

Puok-puok UMNO menyekak pembangune di Kelate, Tok Stopa nge Annuar Muso, toksey Keraja-ey Pusak buwi pembangune pado Kelate, semato-mato sebak toksey Kelate membangun di bowoh PAS!

Pelantar Minyok lagi dekak denge pesisire pantai kelate, tp relo gi antar ko Kerteh nge alik siey. Sebab toksey kerajaae Kelate dapak royalti minyok juto-juto.

Peruntuke dari kerajaae pusat ado untuk kelate, tapi si jahak Annuar Muso nge Tok Pa gi ghoyak ko Tun Dr. Mahathir dulu, jange wi ko PAS apa2 peruntuke pembangune. Sengoti ni! Demo buleh check kat youtube,




Rakyak Kelate @ Manek Urai, samo-samo kito tolok Barise dok paka dan perashuah blako-blako.

Mullahkane
Kg. Kota

Tuesday, June 23, 2009

Mesej Dari CheGu Bard Yang Perlu Diambil Perhatian

1. Pengarah SPRM NS telah memohon 'sumbangan' wang dari Menteri Besar Negeri Sembilan, MB telah mengesahkan pemberian wang. Ini adalah satu pertembungan kepentingan yang salah. Ini isu integriti besar. Untuk maklumat lanjut sila layari link bawah ini

http://chegubard.blogspot.com/2009/06/chegubard-ada-bukti-mohamad-bohong.html


2. Hampir 50 orang keluarga yang menetap di tanah adat (rizab melayu) di Chembong sedang menghadapi tekanan tanpa pembelaan wajar kerana tanah sedang dirampas oleh projek landasan berkembar KTM. Tiada sebarang perbincangan dan penerangan yang wajar dilakukan. untuk membaca lanjut sila layari link ini.

http://chegubard.blogspot.com/2009/06/umno-yang-menjahanamkan-tanah-melayu.html sila klik juga link video yang disediakan dalam posting tersebut untuk lebih memahami isu.


3. sejak tahun lepas telah hadir lebih dari 5 akuan bersumpah yang mengaitkan Ketua Polis Negara dengan perlindungan istimewa kongsi gelap. Namun lansung tiada maklumat mengenai perkara ini didedahkan di media. Negara kita sedang diancam masalah keselamatan dalam negeri yang serius, bukan kerana aktiviti subversive bermotif politik tetapi aktiviti jenayah yang berleluasa. perhatian khusus harus diberikan. sila klik sini untuk mengetahui lanjut. http://chegubard.blogspot.com/2009/06/kerajaan-enggan-siasat-ketua-polis.html dan link ini juga

http://chegubard.blogspot.com/2009/06/benarkah-khairy-campur-tangan-lepaskan.html



terima kasih atas keperihatinan anda

http://chegubard.blogspot.com

Wednesday, June 17, 2009

Marakbar Unity Goverment! Marakbar Muzakarah / Muqabalah Gelap! Down with Boneka UMNO!



Mullahkane menentang keras idea Kerajaan Perpaduan dan muzakarah Gelap atau Muqabalah.


Idea ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan parti komponen Pakatan Rakyat.

Ada sesetengah pemimpin di dalam PAS yang menjadi Boneka UMNO ini, selain dari cuba mengadakan Muqabalah dan Muzakarah dengan UMNO tentang Kerajaan Perpaduan, mereka-mereka ini juga didapati Anti Pakatan Rakyat, memburuk-burukkan Dato' Seri Anwar Ibrahim di kalangan ahli-ahli PAS, nampaknya dakyah UMNO telah terkesan di sanubari mereka.

Maka,

1. Muzakarah Gelap
2, Muqabalah
3. Kerajaan Perpaduan
4. Anti Pakatan Rakyat / ANti Anwar Ibrahim

Fakta no. 2 itu bagi saya masih boleh diterimalah, hanya melibatkan pertemuan dan perbincangan isu-isu nasional. Tetapi jika digabungkan dengan kesemua elemen-elemen di atas, ini sudah menjadi "Gunting dalam lipatan", "duri dalam daging' kepada Pakatan Rakyat.

Sesetengah Pemimpin PAS pula secara gelap sudah pun dan masih berterusan berunding dengan UMNO ini secara diam-diam.

Boneka-boneka UMNO ini cuba mengeluarkan PAS dari Pakatan Rakyat dan menyertai Barisan Nasional. Malangnya, sesetengah penyokong kepada Idea ini adalah dari kalangan-kalangan Ulama. Saya fikir, terdapat satu gerakan senyap di dalam PAS yang telah menghasut secara berterusan dan berjaya, untuk membenci Anwar Ibrahim dan termakan propaganda UMNO seperti PAS tunduk pada DAP, PAS di anak tirikan, dan kebanyakkan yang mengeluarkan kenyataan ini adalah dikalangan orang besar PAS yang gagal untuk mendapat kedudukan yang diingini ketika pembentukan KErajaan Pakatan Rakyat seperti di Selangor. Di Perak, contoh mereka yang ada perangai macam ini ialah dua adun Katak itu, yang sebelum ini ketika belum bertukar menjadi katak dan masih ADUN Pakatan Rakyat, mereka berteruaan memburuk-burukkan DS Nizar dari MB dari PAS, kerana tidak berpuas hati kerana bukan salah seorang dari mereka yang menjadi MB.

DENGKI sudah berjangkit, malah menjadi kanser dan pencetus kepada isu Muqabalah dan Kerajaan Perpaduan.

Dan saya kesian kepada ahli-ahli bawahan PAS yg setia dan Patuh ini, kerana terpaksa tunduk kepada pemimpin-pemimpin Usrah mereka yang sudah menjadi boneka-boneka UMNO.


Penyokong-penyokong Setia Boneka UMNO ini akan menuduh ahli-ahli PAS yang lain sebagai tidak wala' kepada pemimpin. Saya nak tanya, dulu anda wala' tak kepada Nakhaei Ahmad? Dia pon salah seorang pemimpin PAS satu ketika dahulu. DAto Asri juga. Wala' punya wala' tau-tau pemimpin tersebut tikam PAS dari belakang. Inilah sebabnya kalau membuta tuli tanpa berfikir dengan rasional, aaya tidak kata tak perlu wala pada pemimpin, tetapi biarlah wala' dan patuh pada pemimpin dengan mata yang terbuka dan fikiran yang tajam. Bukan wala' bodoh-alang.

Ahli-ahli bawahan yang wala' pada boneka umno ini, mereka ini pon tidak setuju dengan Idea Kerajaan Perpaduan dan PAS masuk BN. Tetapi Wala buta tuli punya pasal, mereka jadi seperti tidak boleh berfikir dengan waras lagi. Mental CONFUSED sebenarnya. KEsianlah.


MULLAHKANE

Kalau UMNO Sanggup Mengaku Bersalah Membunuh Ustaz Ibrahim Libya Secara Terbuka, Saya Akan Sokong Muzakarah/Muqabalah/Kerajaan Perpaduan Dengan UMNO

Dari MALAYSIA WAVES

Ibrahim Libya adalah tokoh penetang ISA yang terunggul dalam sejarah Malaysia. Ini kerana beliau dibunuh hanya kerana rakyat di kampung Memali tidak mengizinkan Ustaz Ibrahim Libya ditangkap di bawah ISA.


Rakyat Memali dan Ustaz Ibrahim Libya lebih sanggup mati dan dibunuh dengan kejam dari ditahan di bawah ISA, yakni Akta Ikut Suka Aku.


Ustaz Ibrahim Libya telah menjadi begitu berpengaruh di Baling kerana beliau adalah bekas pegawai di Pusat Islam. Kredibiliti beliau sangat tinggi sehingga beliau disegani oleh semua ustaz2 kampung walaupun ustaz itu UMNO.


Beliau menentang segala kezaliman tajaan UMNO/BN/Dr Mahathir dengan nyawa beliau sendiri dan seharusnya Ustaz Ibrahim Libya dianggap sebagai hero nasional seteraf dengan Leftenan Adnan.


Selepas dibunuh, mayat beliau ditanam di kampung Pasir Panjang. Malangnya, batu nesan telah tidak diizinkan untuk diletak di atas kubur Ustaz Ibrahim Libya. Berapa kali batu nesan tersebut dibuang setelah dinaikkan.


Akhir sekali, Sultan Kedah sendiri mengarahkan batu nesan itu jangan dikacau, dan Sultan Kedah telah menziarahi pusara Ustaz Ibrahim Libya. Itu bererti Ustaz Ibrahim Libya bukan penjenayah dan bukan sesat kerana mana mungkin ketua agama menziarahi pusara penjenayah.


Waktu itu Majlis Fatwa Kebangsaan yang antara ahlinya adalah Harussani Zakaria,telah mengeluarkan fatwa bahawa Ustaz Ibrahim Libya adalah bughat, yakni penderhaka. Maka, darah ustaz ibrahim adalah halal.


Hanya PAS sahaja yang mengatakan Ustaz Ibrahim Libya telah syahid. Waktu itu diketuai oleh Ketua Dewan Ulama PAS, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dan sehingga sekarang Tok Guru tak pernah mengatakan fatwa beliau ditarik kembali. Ertinya kekal Ustaz Ibrahim Libya gugur syahid.


Tok Guru telah berdoa kepada Allah SWT mengadu dan merintih supaya Allah SWT menurunkan hukuman Nya ke atas kezaliman yang telah berlaku ke atas Ustaz Ibrahim Libya.


Sekarang ni, ada pula kumpulan yang nak berdamai dengan kumpulan macam ni?


Ikutilah maklumat berkenaan Memali dari MToday:



http://mt.m2day.org/2008/content/view/23265/84/


PAS wants to enter into unity talks with Umno. Have the PAS leaders forgotten what happened in Memali? In case some of you have forgotten, or are not aware of what happened back in 1985, take a look at the videos below.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

See the videos here:

http://www.youtube.com/watch?v=bOaGU_AsZmc

http://www.youtube.com/watch?v=ccrikEyozhE

http://www.youtube.com/watch?v=omIyd4G54J0

http://www.youtube.com/watch?v=SmbIz4rpPQo

http://www.youtube.com/watch?v=3f8kxiAKvuo

http://www.youtube.com/watch?v=CvJLJJzMULQ

http://www.youtube.com/watch?v=kcD0551Nr2k

Tuesday, June 16, 2009

‘Tauke lembu’ buntu

BUNTU...Hazleen (kiri) bersama Amir menunjukkan laporan polis yang dibuat.


HARIAN METRO: KUALA LUMPUR: “Kami buntu,” kata pasangan suami isteri yang mendakwa diperdaya lebih RM150,000 selepas menyertai skim pelaburan perniagaan berasaskan daging lembu.

Malah, pasangan suami isteri dijanjikan sebuah kilang untuk membekal daging di Klang selepas 45 hari melabur, namun semua itu tidak wujud.

Mangsa, Amir Azmie, 30, menjelaskan penderitaannya bermula pada 2007 lalu apabila dia berminat memulakan perniagaan bersama sebuah syarikat pembekal dan peniaga daging lembu.

“Selepas mengunjungi tapak pameran yang diadakan saya tertarik dengan skim yang ditawarkan dan saya memilih menjadi pengedar utama yang mensyaratkan kami membayar RM150,000 sebagai wang komitmen dan difahamkan wang itu akan digunakan untuk mendapatkan sebuah kilang termasuklah kelengkapan berkaitan,” katanya ketika ditemui.

Amir berkata, mereka kemudian dibawa ke sebuah lokasi di Klang untuk menunjukkan sebuah bangunan yang didakwa akan menjadi kilang untuk suami isteri itu menjalankan perniagaan.

“Tertarik dengan tawaran dan janji yang ditaburkannya itu kami bersetuju memberikan wang komitmen berkenaan.

“Sebaik menjelaskan wang komitmen itu, wakil syarikat terbabit berjanji akan memberikan kami sebuah kilang selepas 45 hari.

“Tetapi selepas tempoh dijanjikan, tiada sebarang kerja atau perkara sepatutnya dilaksanakan sehingga ke hari ini,” katanya.

Kini selepas dua tahun berlalu pasangan terbabit masih tidak menerima sebarang keuntungan mahupun pulangan semula wang komitmen walaupun membuat surat untuk menarik diri.

“Pada Mei 2008, kami nekad menarik diri dan hasil daripada itu individu terbabit bersetuju membayar semula wang komitmen kami.

“Tapi apa yang kami terima lebih mengejutkan apabila cek yang diberikan adalah cek tendang,” katanya.

Isterinya, Hazleen Hashim, 30, berkata dia bersama suami menghubungi semula syarikat berkenaan untuk bertanyakan mengenai status cek terbabit.

Namun, usahanya itu sia-sia saja kerana tiada tindakan diambil syarikat berkenaan selain janji kosong saja.

Marah dengan tindakan syarikat daging halal itu, pasangan suami isteri terbabit melaporkan perkara berkenaan kepada polis.

Kata Hazleen, beliau hanya mahu wang komitmen itu dipulangkan semula dan nekad tidak mahu meneruskan sebarang perjanjian mahupun perniagaan lagi dengan syarikat terbabit.

“Kami baru sedar kerana difahamkan lebih ramai lagi mangsa yang ditipu syarikat berkenaan dan ada yang mengupah peguam untuk tindakan susulan,” katanya sambil menunjukkan senarai lebih 122 mangsa yang tertipu.

Untuk lebih mengetahui lebih lanjut dakwaan suami isteri berkenaan, wartawan Harian Metro menghubungi beberapa usahawan yang didakwa menjadi mangsa penipuan skim sama.

Ahmad Syarwani Mohamad, 34, mengakui merasakan dirinya ditipu selepas dua tahun menunggu.

“Saya membayar RM30,000 untuk menyertai skim industri kecil dan sederhana (IKS) anjuran syarikat berkenaan, tetapi selepas dua tahun menunggu tiada hasil mahupun keuntungan diperoleh,” katanya ketika dihubungi, semalam,

Adiknya, Ahmad Syarwazi Mohamad, 30, juga kerugian RM30,000 kerana menceburi skim sama.

Peniaga, Faridah Salim, 37, pula berkata, dia sanggup berpindah ke kampungnya di Kuantan apabila dimaklumkan projek ternakan itu akan bermula bila-bila masa saja selepas membayar RM15,000 sebagai wang komitmen.

____________________________________________________________________________________


HCISB

Thursday, June 11, 2009

Sisters In Islam or Sisters of Ayah Pin?

SIS Leaders



SIS, Sebuah pertubuhan Sosial, Banyak pemimpin2 yang tak pakai tudung, bagaimana menggunakan nama ISlam, (Sisters In Islam) tetapi sering mengeluarkan kenyataan yang liberal dan sekular, (unconventional interpretation of Islamic principles) kenyataan yang menghalalkan cara untuk kepentingan mereka sahaja, yang selalunya kontroversi (kata2 mereka, ‘the renewal of Islamic thought must be an on-going process)

"We grew up with the idea that Islam was the right religion, But as adults we faced the fact that Islam was not just."-Zaniah Anwar (Kepala SIS)

Oleh itu, mereka2 ini telah memberi tafsiran sendiri yang baru terhadap sesetengah hukum bagi tujuan menghalalkan cara untuk kepentingan mereka sendiri.



Led by Zaniah Anwar.. Inikah orangnya yang ingin membuat tafsiran sendiri berkenaan sesetengah hukum dalam Islam? Orang yang nak buat The renewal of Islamic Thought?







Malaysian Pan Islamic Party alleged that the group’s activities were “dangerous” as it could cause confusion among the Muslims. "We are aware that their approach can easily be accepted by the Muslims and this is dangerous as it can twist their aqidah, especially the young and those who went through the secular education"


Their banned book " Muslim Women and the Challenges of Islamic Extremism"? The book, published four years ago, was banned by the Home Ministry last year on the sole ground that it was “prejudicial to public order” under Section 7 of the Printing Presses and Publications Act 1984.

Memberi Tafsiran sendiri terhadap undang2 poligami.

Ramai NGO2 lain yang membantah usul PAS supaya SIS diharamkan, however, Saya hanya menuntut SIS buang nama Islam dari nama pertubuhan itu.

"Sisters of Ayah Pin" sounds nice.


Marakbah SIS!

mullahkane.blogspot.com

Thursday, June 4, 2009

Sekitar Muktamar Dewan Pemuda PAS ke 50, Jun 2009

Markaz Tarbiah, Taman Melewar, Gombak. Hari Pertama





































Sasterawab Negara juga telah mendeklamasikan sajak bertajuk, "Suara di Dinding". Mullahkane dijemput oleh salah seorang AJK PAS Pusat untuk turut serta di dalam Muktamar ke 50 ini.


-Mullahkane

Wednesday, June 3, 2009

Ambo Mitok Maah Datuk Husay! Serik Doh!





KOTA BHARU, 2 Jun: Adun Paloh, Datuk Norzula Mat Diah telah memohon maaf secara terbuka kepada Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa ekoran dakwaan yang dibuatnya terhadap Husam tahun 2007 lalu.





Permohonan maaf itu dibuat dalam satu notis yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian hari ini, iaitu akhbar yang menyiarkan dakwaan yang berunsur fitnah terhadap Husam tahun 2007 dahlu.


Menurut notis itu, Nozula, Adun Paloh itu menarik balik laporannya kepada BPR yang mengaitkan Husam.


Notis itu berbunyi:


Notis Permohonan Maaf
"Saya, YB Datuk Nozula Mat Diah dengan ini dan dengan sepenuh hati memohon maaf tanpa sebarang syarat kepada YB Datuk Husam Musa kerana telah membuat laporan tidak benar dan tidak berasas terhjadap beliau kepada BPR pada tahuin 2007.



"Saya dengan ini menarik balik segala pertuduhan tersebut dan sesungguhnya menyatakan rasa kesal yang mendalam kerana pertuduhan tersebut telah menyebabkan tekanan kepada beliau serta memburukkan keperibadian beliau."


Norzula membuat dakwaan itu dalam satu sidang media dan juga melalui satu laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kenyataan beliau itu telah disiarkan dalam TV3, Berita Harian dan juga New Straits Times.

Sunday, May 24, 2009

Perjalanan Kes Mahkamah dan Konspirasi - TDM, Sila Jawab




Kenyataan TDM dan Urutan Konspirasi Kehakiman

oleh, Mullahkane

1. TDM tidak bersetuju cara BN mengambil alih Kerajaan Perak yang tidak mengikut perlembagaan

a. "Barisan Nasional (BN) acted too hastily in Perak and monarchs cannot remove elected heads of government."

b. Umno-BN was too careless and did not wait for an assembly but instead asked the Ruler to sack the menteri besar,” he said, referring to Sultan Azlan Shah’s decision to ask Datuk Seri Nizar Jamaluddin to resign.

c. Dr Mahathir said that BN should have done it properly and not “be in conflict with the law”

2. TDM kondem UMNO kerana mengambil 2 ADUN yang masih disiasat SPRM dan telah menyokong UMNO, TDM berkata Kerajaan Baru BN Perak hasil dari pertolongan ADUN-ADUN Rasuah.

a. "Presiden UMNO berkata UMNO sedia untuk menerima siapa sahaja untuk menjadi ahli. Ini memanglah dasar parti. Tetapi kedua-dua ahli yang ingin keluar dari PKR ini mempunyai masalah. Mereka dituduh terlibat dengan rasuah"

b. "Apakah UMNO begitu terdesak sehingga tidak dapat tunggu keputusan mahkamah berkenaan tuduhan terhadap mereka sebelum menerima mereka? Jika diterima sekarang dan kemudian mereka didapati tidak bersalah maka Kerajaan pimpinan UMNO (lebih kurang) akan dituduh mempengaruhi mahkamah. Benar tidak benar bukan soalnya. Pada pandangan masyarakat tuduhan ini tetap akan dipercayai. Ia akan punyai kesan dalam PRU13."

c. "UMNO sudah dianggap bergelumang dengan rasuah, selalu mungkir janji, mengutamakan kroni (BEKAS) Perdana Menteri di Terengganu. Jika kepada semua ini ditambah pula dengan penerimaan orang yang dituduh melakukan rasuah seks, imej UMNO akan jadi lebih buruk."


3. TDM berkata Sultan tiada kuasa pecat MB

a. "Perak Sultan has no right to remove Menteri Besar"

b. “I don’t know how different the Perak constitution is from the Federal Constitution but if a leader asks the Ruler to dissolve the assembly, the Ruler has the right to refuse. But he cannot remove the head of government either,” -T.Dr. Mahathir

c. "You cannot topple a menteri besar or a prime minister without a no-confidence vote in the assembly. There is no other provision,”


4. Mahathir saran undi tak percaya, pilihan raya sukar buat BN

a. Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) mengemukakan undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin jika mempunyai suara majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

b. Beliau berpendapat, BN akan kalah jika DUN dibubarkan untuk memberi laluan bagi pilihan raya baru.

c. Ini bermakna TDM amat percaya dan yakin bahawa NIZAR adalah MB Perak yang SAH.

5. Mahkamah Tinggi mengesahkan NIZAR sebagai MB SAH sejak Februari 2008

a. DS Nizar masih Menteri Besar atas alasan tidak ada sebarang undi tidak percaya (seperti idea Tun Dr. M) dibuat terhadapnya dalam DUN dan beliau juga tidak meletak jawatan.

b. Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim memutuskan perkara itu selepas mendapati kerusi itu tidak kosong kerana Nizar tidak pernah meletak jawatan.

6. Zambry Buat Rayuan di Mahkamah Rayuan

a. Dalam masa beberapa jam, Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

7. Zambry Kekal MB Haram, Nizar Cabar Lagi

a. NIZAR MOHON 5 HAKIM MENDENGAR KESNYA- Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mengemukakan permohonan bagi mendapatkan panel lima hakim Mahkamah Rayuan untuk mendengar permohonannya mengetepikan keputusan mahkamah itu minggu lepas yang membenarkan penangguhan pengisytiharan Mahkamah Tinggi bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah. Peguam Leong Cheok Keng, yang mewakili Mohammad Nizar, ketika dihubungi berkata, surat permohonan itu telah dihantar melalui faks ke pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan di sini, pada pukul 4 petang tadi. Alasan permohonan itu ialah kerana kes tersebut, yang ditetapkan pendengarannya Khamis ini, membabitkan kepentingan awam, selain melibatkan isu dan persoalan perlembagaan, katanya.

b. Apa yang berlaku, Nizar mohon rayuan di Mahkamah rayuan pada 13 May 2008, tetapi Mahkamah tetapkan tarikh pendengaran pada 5 hari selepas itu (18 Mei) kemudian ditangguh lagi ke 22 Mei. Nizar = Seminggu, Zambry = Beberapa jam. Inikah keadilan yang terdapat pada sistem kehakiman kita?

c. Nizar mohon untuk mendapatkan 5 hakim bagi mendengar kes rayuan ini kerana kes ini mempunyai kepentingan awam. Sebaliknya, hanya 3 yang disediakan, Mahkamah bagi alasan FAX Permohonan Nizar sampai 3 hari lewat. (Macam alasan yang sering diberikan oleh budak-budak sekolah yang tidak siap homework)

8. Hanya 5 Minit Diperlukan Oleh Hakim Untuk Menyebelahi Zambry

a. 5-minute finding (not judgment) of Ct of Appeal shot-gun session declaring Zambry lawful Perak MB - hydra-headed monster claims another victim

b. As Professor Shad Faruqui had presciently written in his weekly newspaper column, the Perak crisis has become “a hydra-headed monster that cannot be eliminated by ding-dong judicial decisions”, and today, the hydra-headed monster has claimed another victim with the five-minute finding (not judgment) of the Court of Appeal shot-gun session declaring Datuk Zambry Abdul Kadir as the lawful Perak Mentri Besar.

c. Dato' Paduka Husam Musa mengesyaki keputusan Mahkamah Rayuan telah DIATUR- “Saya ‘meramalkan’ tiga hari lalu bahawa Mahkamah Rayuan akan memihak kepada Zambry dan ia menjadi kenyataan semalam. Ia sebenarnya bukan ramalan tetapi maklumat. Maklumat selanjutnya ialah pembubaran Dun Perak dalam masa terdekat, selepas Mesyuarat Majlis Barisan Nasional sekali lagi Isnin atau Selasa ini,” kata Husam lagi.“Isu di sini ialah, jika maklumat ini terbukti tepat, adakah ujud unsur ‘pre-arranged’ dalam keputusan ini?

9. Apa Jadi Pada Usaha Kerajaan Berkenaan Dengan "JUDICIAL REFORM"?

To ensure that Malaysia move out of the “judicial darkness” in the past two decades, the elements of a far-reaching judicial reform programme must include:

• A Royal Commission of Inquiry on Judicial Reforms to make detailed recommendations after a probe into the “judicial darkness” of the past two decades;

• A just and proper closure to the 1988 judicial crisis over the sacking of Tun Salleh Abas as Lord President and Datuk George Seah and the late Tan Sri Wan Sulaiman Pawanteh as Supreme Court judges, bearing in mind that the victims of the “Mother of Judicial Crisis in Malaysia” were not confined to the three top judges sacked, the three other judges who were persecuted and hauled before a Judicial Tribunal but also the Malaysian people and nation who suffered for two decades the depredations of a deepening “judicial darkness”;

• Upholding the doctrine of the separation of powers through constitutional re-amendment of Article 121(1A) to restore the inherent judicial powers of the judiciary as entrenched in the Merdeka Constitution but which was taken away in a constitutional amendment in 1988 as part of the 1987-88 Operation Lalang crackdowns on fundamental liberties.

• A Judicial Appointment and Promotions Commission; and

• Overhaul of the Judges’ Code of Ethics to restore public confidence in judicial independence, impartiality and integrity, and to provide for a satisfactory and accountable mechanism for public complaints against judges, including the Chief Justice for breaches of the Judges’ Code of Ethics.

a. Apa jadi dengan KES VK LINGGAM? Siasatan sudah dibuat, Suspek telah dikenalpasti, tapi TINDAKAN? Tiada Tindakan, maka, adakah sistem kehakiman negara kita ini masih dalam suasana diperkudakan oleh pemimpin-pemimpin tertentu untuk kepentingan politik mereka?

Diharap Ayahanda CheDet dapat menjawab khususnya point no. 8 berkenaan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan terbaru dan janganlah menelan ludah sendiri.

MULLAHKANE

Saturday, May 23, 2009

MAHKAMAH RAYUAN KETEPIKAN DOKTRIN RAJA BERPERLEMBAGAAN

oleh :Mohamed Hanipa Maidin

Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi awal Januari 2010, Najib Tun Razak yang baru pulang ke rumah rasminya di Putrajaya tiba-tiba dikejutkan dengan satu surat dari Duli Yang Mulia Yang DiPertuan Agung ( YDPA ) bahawa beliau dan Rosmah hendaklah mengosongkan rumah rasminya kerana YDPA telah melantik orang lain sebagai Perdana Menteri menggantikan beliau.

Alasan YDPA di dalam surat tersebut adalah ahli-ahli Dewan Rakyat khususnya dari Pakatan Rakyat ( PR ) dan beberapa ahli BN yang mula menyokong PR telah berjumpa YDPA di Istana dan menyatakan bahawa mereka tidak lagi yakin dengan Najib dan mahu orang lain sama ada Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang atau Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Surat YDPA juga menyatakan bahawa jika Najib tidak meletak jawatan beliau hendaklah dipecat dari jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Najib merengus marah manakala Rosmah berteriak macam orang yang kena histeria . Najib yang masih marah dan berang berkata : “ Macam mana Tuanku dengan sewenang-wenangnya memecat patik sedangkan Parlimen tidak mengadakan apa-apa sidang atau membawa apa-apa usul atau undi tidak percaya kepada patik. Patik tidak nampak mana –mana peruntukkan di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan yang member kuasa kepada Tuanku untuk memecat patik sebagai Perdana Menteri. Macam mana patik boleh dengan mudah dipecat dan sebagai ganti dilantik orang lain sebagai Perdana Menteri sedangkan tidak ada sebarang undi tidak percaya diluluskan di Parlimen ke atas patik”.

Keluhan Najib didengar dengan tenang oleh YDPA . YDPA dengan senyum berkata kepada Najib : “ Adakah tuan hamba sudah lupa bahawa pada 22 hb Mei 2009 iaitu pada hari Jumaat jam 3.30 petang di tingkat bawah Palace of Justice, Putrajaya tiga orang Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Yang Arif ( Y.A ) Dato Raus Sharif, Y.A Dato Ahmad Maarof dan Y.A Dato’ Zainon Ali telah sebulat suara memutuskan antara lain bahawa

a. Seorang Menteri Besar ( di peringkat Negeri ) atau Perdana Menteri ( PM ) di peringkat Pusat secara tersirat boleh dipecat atau diminta letak jawatan jika Sultan atau YDPA memutuskan bahawa MB atau PM tidak lagi mendapat sokongan majoriti ADUN atau Ahli-Ahli Parlimen.

b. Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak atau Perkara 43 ( 4 ) Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut bahawa kaedah bagi menentukan bahawa seorang MB atau PM hilang keyakinan majoriti ADUN atau ahli-ahli Parlimen adalah melalui undi tidak percaya ( votes of no confidence ).

c. Kes Stephen Kalong Ningkan ( 1966 ) iaitu kes yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di Sarawak yang memutuskan bahawa Governor atau Sultan tidak ada kuasa memecat Ketua Menteri atau MB dan satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya tidak boleh lagi dipakai.

YDPA seterusnya menambah : “ Bukankah keputusan Mahkamah Rayuan tersebut yang tuan hamba inginkan bagi meraih keuntungan politik jangka pendek tuan hamba dan parti tuan hamba. Bukankah tuan hamba yang berkeras tidak mahu mendengar keluhan rakyat dan pemimpin partai komponen tuan hamba sendiri supaya krisis di Perak diselesaikan secara aman dan melalui amalan demokratik iaitu dengan kembali kepada rakyat melalui Pilihanraya semula di Perak. Maaf tuan hamba, Beta terikat dengan keputusan tersebut dan tidak boleh buat apa-apa . Maka Beta dengan ini memerintahkan tuan hamba dan sekeluarga keluar dari rumah rasmi Perdana Menteri kerana tuan hamba bukan lagi Perdana Menteri Malaysia."

Najib tersentak dan lemah segala sendi manakala Rosmah pula terkaku dan jatuh pengsan. Tiba-tiba mereka sedar keputusan Mahkamah Rayuan hari ini kini telah makan diri. Jika keputusan yang paling wajar dan munasabah oleh Y.A Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Y.A Dato’ Aziz Abdul Rahim yang memutuskan bahawa satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya sekaligus mengekalkan doktrin Raja Berperlembagaan ( Constitutional Monarchy ) keputusan Mahkamah Rayuan pula ditafsirkan oleh ramai cendikiawan undang-undang telah melahirkan doktrin baru iaitu Raja Mutlak ( Absolute Monarchy ). Jika Raja Berperlembagaan melahirkan kesejahteraan sudah tentu doktrin Raja Mutlak akan melahirkan suasana yang tidak menyenangkan.

Sketsa di atas adalah , bagi saya, cara terbaik untuk memahamkan para pembaca tentang kesan keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini.

Sebagai seorang anggota pasukan peguam Nizar, saya menghormati keputusan Mahkamah Rayuan tersebut. Tapi saya tidak pasti keputusan tersebut akan diterima dengan baik oleh rakyat khususnya rakyat di Perak.

Dalam keadaan keyakinan rakyat kepada institusi kehakiman masih belum pulih sepenuhnya sudah tentu keputusan Mahkamah Rayuan tersebut tidak dapat lari dari cemuhan rakyat. Inilah masalahnya apabila sesebuah institusi dalam sebuah negara sudah hilang keabsahan ( legitimacy ). Di negara ini apabila BN memerintah terlalu lama dan keabsahan parti tersebut dipertikaikan turut sama terpalit adalah institusi keadilan seperti Mahkamah , Peguam Negara dan polis. Apabila rakyat hilang keyakinan kepada sistem keadilan , maka sebarang keputusan Mahkamah apatah lagi keputusan seperti keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini sudah tentu tidak akan mudah diterima sebagai satu keputusan yang adil dan telus.

Sejak dari awal rakyat sudah nampak macam ada sesuatu yang tidak kena kepada cara kes rayuan Zambry dikendalikan. Zambry kalah di Mahkamah Tinggi pada 11/5/2009. Mahkamah Tinggi menolak permohonan Zambry bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman.

Pada 12/5/2009 di sebelah pagi Zambry membuat permohonan bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman. Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh pendengaran permohonan Zambry pada pagi hari yang sama . Tarikh pendengaran yang diberikan dengan tergesa-gesa sudah tentu memprejudiskan Nizar dan pasukan peguamnya bagi membuat persiapan yang teliti dan mendalam.

Pada tengah hari 12 hb Mei itu juga Y.A Hakim Dato Ramly membenarkan permohonan Zambry dan perintah diberikan tanpa sebarang syarat.

Nizar membuat permohonan bagi membatalkan perintah penggantungan yang diberikan kepada Zambry. Mulanya permohonan Nizar ditetapkan pada 18/5/2009 tetapi kemudiannya ditangguhkan pada 21/5/2009 iaitu pada hari yang sama rayuan Zambry didengar. Sudah tentu permohonan Nizar tidak lagi relevan untuk didengar atau seperti yang sering dikatakan ianya menjadi akademik.

21 hb Mei rayuan Zambry didengar dengan hujah lisan dan bertulis dikemukakan oleh pihak –pihak secara mendalam . Mahkamah hanya ambil masa satu hari sahaja untuk putuskan. Memang hebat Mahkamah boleh buat keputusan dalam masa satu hari .Tetapi cuba kita bayangkan jika kita menghantar baju untuk dijahit dan tukang jahit siapkan baju kita dalam satu hari- saudara boleh bayangkanlah tahap kualiti baju tersebut .

Suatu yang amat mengharukan kami ( pasukan peguam Nizar ) adalah meskipun Nizar kalah namun sambutan rakyat kepada kami di Mahkamah Rayuan hari ini seolah-olah menunjukkan Nizar yang menang dan bukannnya Zambry.

Untuk rakan pasukan peguam Nizar iaitu Tuan Haji Sulaiman Abdullah, Philip Khoo, Ranjit Singh, Razlan Hadri, Nga Hock Cheh, Chan Kok Keong, Mr .Leong, Edmond Bon, Amir Arshad dan Zulkarnain Lokman ingatlah keputusan hari ini tidak akan mematahkan semangat kita sebaliknya ia memberi semangat baru kepada kita untuk terus berjuang menentang kezaliman dan menegakkan keadilan . Kita jumpa lagi di Mahkamah Persekutuan insya’Allah.

Monday, May 18, 2009

Tak faham-faham jugak.

Bubar sajelah!! Tak faham2 ke, mahkahmah tinggi dah buat keputusan bahawa Mb sah perak ialah DS Nizar sampai skrg! Mahkamah tinggi dah terang2 cakap sejak feb 2009 smpai skrg, zambree tu mb x sah! Bila mahkamah dah confirmkan DS Nizar tu mb sah, keputusan mahkamah rayuan (zambry) yg dibuat oleh hakim dato ramli tu hanya menangguhkan ds nizar dr jalankan kembali kuasa mb sahnya, bukan menukar keputusan mahkamah tinggi terhadap nizar jadi mb tak sah.. Utusan dan media perdana putar belit dan buat propaganda bhw keputusan mahkamah rayuan itu mengembalikan status sah kepada zambry.. WRONG! tlg fhm betul2.. Zambry tetap mb tak sah sejak feb hingga skrg, maknanya, selepas keptusan mahkamah rayuan tu, zambry menyambung tugas sebagai mb haram! Bodohlah sape2 yg cadang nk buat sidang dun undi tak percaya. Mb haram, speaker haram sejak feb, segala apa yg di cetuskan oleh zambry semasa memegang jwtn mb haram ni kira tak sah sejak feb lah. Mcm mana ada menteri cadang bubar dun? Mb haram speaker br haram.. Kene bebalik pada keadaan asal, dr feb hingga skrg, nizar mb sah, sivakumar speaker sah.. Nak kalutkan apa lagi, bubar je lah, kembalikan kpd rakyat!

Mahkamah rayuan Zambry: 24 jam settle, dapat keputusan

Mahkamah rayuan nizar: seminggu n tambah Postpone & Delay tarikh lg..

Kangaroo. Seolah2 dlm 50 kes mahkamah, 1 je akan menongkah arus dan bg kemenangan pada bukan kerajaan..
Correct3.. Sistem kehakiman vk linggam takkan selesai. Judiciary tak bebas dan kawtim dgn bn.

Parti komponen bn yg sebenar:
UMNO
MCA
SPR
MIC
PPP
Gerakan
PDRM
KIMMA
SPRM
JPN
ISA

dan lain-lain...

Kalau lah UMNO ingin menggunakan isu Ketuanan Melayunya, maka mari kita kaji;

BN:
najib-melayu
tee kiat-cina
samy vellu-india

BN: 1 melayu, 2 bukan melayu

P.R:
DSAI-melayu
TGHH-melayu
Kit Siang-cina

P.R: 2 melayu, 1 cina

Majoriti ketua melayu: Pakatan Rakyat

Melayu lagi selamat di bawah Pakatan Rakyat kerana P.R ada dua pemimpin utama dari bangsa Melayu, BN ada 1 sahaja.

mullahkane

Tak perlu pilihanraya, cuma selesai melalui Dun -T.dr.M

Tun dr. M menyarankan agar tak perlu buat pilihanraya negeri bg memulihkan krisis politik di perak. Katanya BN akan kalah jugak kalau hadapi pilihanraya perak. Tun DR. M sarankan agar kemelut ini diselesaikan melalui perlembagaan @ sidang Dun undi tak percaya kepada NIZAR bg melucutkan jawatan menteri besar NIZAR, memandangkan Bn ada majoriti 3 katak tu.. NAH, INI BERMAKNA TUN DR. M sendiri iktiraf Nizar masih sbg MB yang sah! Kalau nizar adalah Mb haram seperti yg dicanangkan oleh bn, apa perlu cadangan Tun dr. M utk buat sidang dun undi tak percaya ni? Tapi, tun, saya mau tanya anda ni, anda setujukah dgn kronologi peristiwa sidang 705 dimana speaker PR diheret, dikurung dan BN melantik speaker Ganesan secara koboi ni? Ikut perlembagaan dan demokrasi kah? Jika anda setuju speaker sah dun perak masih lagi v.sivakumar, mana mungkin usul undi tak percaya itu akan diluluskan? Pandikar amin di parlimen pun dah reject beratus2 usul dr p.r... Che det, siapa speaker sah dun perak skrg mengikut pandangan anda? Saya cabar, Sila jawab dlm blog che det anda ya..

Thursday, May 14, 2009

UMNO Menyerah Kalah? Mungkin Akan Akur Dengan Pembubaran DUN

Adakah UMNO akhirnya terpaksa akur dengan desakan rakyat dan dalaman parti supaya isu krisis Perak ini diselesaikan segera? Krisis Perak bukan telah membuatkan UMNO dilihat sebagai kuat dan memegang kerajaan Perak, tetapi membuatkan UMNO menjadi 'Jackass' apabila rakyat boleh nampak jentera-jentera kerajaan ditunggang seperti keldai, SPRM nak masuk campur hal DUN (Nak dakwa speaker atas alasan salahgunakuasa), Mahkamah Overwrite keputusan Speaker, SPR ambil alih tugas speaker dalam hal kekosongan DUN (tugas SPR hanya menjalankan Pilihanraya, bukan 'overwrite' keputusan speaker mengenai kekosongan DUN), Polis masuk Dewan heret Speaker dan lain-lain hal. Apa mereka ini tidak belajar Public Admin ke? Legislative, Executive, dan Judicial buat hal masing-masing, 'Seperation of Powers' itukan semua orang yang ada ilmu tahu? Ini langgar semua. 'Jackass' la. Tunda sana tangguh sini haram sana kunci sini. Demokrasi Kanggaroo ciptaan UMNO.
Sila klik sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut berita Pembubaran DUN ini.

Mullahkane
Reformasi "Menuntut Zambree Berhenti Gila Kuasa"

Monday, May 11, 2009

Kebenaran Pertama Sudah Muncul!


Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim memutuskan demikian setelah mendapati jawatan Menteri Besar tidak boleh dianggap kosong dan undi tak percaya hanya boleh dibuat di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sekarang, semua kena bermula semula dari awal. Najib kecoh-kecoh bahawa pakatan rakyat langgar undang2 tubuh negeri perak, langgar undang-undang dalam sidang DUN.

Sekarang siapa yang langgar undang-undang dari awal lagi? Sidang DUN siapa yang rentap leher siapa? Siapa yang menggunakan unsur-unsur luar untuk merentap speaker dan mengurung beliau selama 1 jam?

Siapa dia yang ingkar arahan speaker untuk keluar dewan apabila speaker menganggap mereka ini telah digantung dan tidak berhak untuk menyertai sidang DUN 705?

Siapa dia yang melantik speaker lain dengan haram ketika Speaker V.Sivakumar masih berada didalam DUN?

Siapa dia yang mengeluarkan 13 tahanan ISA kerana hendak mengaburi rakyat tentang pencabulan demokrasi Sidang DUN PErak 705?

Siapa dia ini yang mengatakan DS NIZAR MB Haram?

Siapa dia ini yang rakus kuasa?

Siapa Dia ini yang takut untuk membubarkan DUN dan mengadakan pilihanraya semula (Confirm kalah teruk kalau buat balik)?

Kerana rakus kuasa dan disamping bimbang kalah teruk dengan pilihanraya semula lah, UMNO Langgar semua undang-undang dan prinsip demokrasi di PERAK.

mullahkane

Wednesday, April 29, 2009

Kenyataan DATO' SERI ANWAR IBRAHIM mengenai Calon PENANTI


– KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA –
28 April 2009

(Permatang Pauh, Pulau Pinang) Sesudahnya tsunami politik Mac 2008, rakyat Malaysia kembali ke peti undi sebanyak lima kali. Empat darinya kita menyaksikan rakyat Malaysia memilih Pakatan Rakyat, yang kelimanya walaupun dicemari politik wang dan penipuan, menunjukkan betapa rakyat begitu mengidamkan perubahan dan politik baru di negara ini.

Mesejnya jelas. Rakyat Malaysia mahukan perubahan dan menidakkan pemerintahan BN yang dikuasai Umno. Mereka mendakap perjuangan Pakatan Rakyat yang mahukan rakyat bersatu padu dan berusaha membasmi rasuah serta memastikan tidak ada lagi kaum yang dipinggirkan, baik Melayu mahupun kaum bumiputera Sarawak dan Sabah.

Oleh itu saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan calon KEADILAN bagi kawasan Penanti pada pilihanraya 31 Mei ini ialah En. Mansor bin Othman. Beliau merupakan Ketua Bahagian KEADILAN Balik Pulau dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri KEADILAN Pulau Pinang. Beliau juga telah berkhidmat selama 10 tahun sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat dan Timbalan Pengarah Pilihanraya Pusat KEADILAN. En. Mansor Othman juga telah berkhidmat dengan saya yang pada ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri sebagai Setiausaha Politik dari tahun 1996-1998.

Beliau telah mencurahkan tenaga demi membawa pembangunan ke Pulau Pinang dan saya yakin beliau bersedia untuk berkhidmat untuk penduduk Penanti sepenuh jiwa dan raga.

En. Mansor merupakan pemegang ijazah sarjana dari Universiti Sains Malaysia dan sarjana falsafah serta sarjana sastera dari Universiti Yale. Beliau merupakan Profesor Madya di USM dan Pengarah Pusat Kajian Dasar. Beliau secara aktif berusaha meningkatkan taraf pendidikan dan program belia di Pulau Pinang dengan penglibatan sebagai ahli Jawatankuasa Pendidikan Masyarakat dan Jawatankuasa Program Pembangunan Belia. Sebagai exco PEMADAM, beliau bekerja keras meningkatkan kesedaran awam berhubung penyalahgunaan serta langkah-langkah pencegahan dari terlibat dengan dadah.

Melalui program TEKUN di mana beliau sebagai Pengurus Besar, En. Mansor Othman terlibat secara aktif dalam pembangunan usahawan bumiputera, bertujuan meningkatkan kemahiran usahawan kecil dan sederhana serta membiayai usaha mereka dengan pemberian kredit mikro.

Saya merakamkan ucapan penghargaan kepada YAB Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana sudi bersama kita malam ini dan membuktikan kepada semua keteguhan kerjasama Pakatan Rakyat. Parti Keadilan Rakyat yakin DAP dan PAS pasti bersama-sama di dalam pihanraya kecil ini bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat.

ANWAR IBRAHIM

Tuesday, April 21, 2009

ZAMBRY PEROLEHI PERINTAH YANG TIDAK LAKU ?

Kata Hanipa Maidin di dalam blognya http://peguampas.blogspot.com/,

Pembaca ruangan ini masih bertanya kepada saya adakah dua perintah perisytiharan yang Mahkamah Persekutuan keluarkan pada 15/4/2009 yang mengisytiharkan penggantungan Zambry dan enam exconya dibatalkan tidak mencukupi untuk mereka menghadiri sidang DUN Perak nanti.

Jawapan saya adalah tidak mencukupi. Berikut adalah alasan-alasan saya.

a. Apa yang diperolehi oleh Zambry dan enam exconya hanyalah perintah deklarasi ( perisytiharan ) semata-mata. Tidak lebih dari itu. Di dalam undang-undang perintah deklarasi yang diperolehi oleh Zambry dan enam exconya tidak membawa apa-apa makna kerana perintah deklarasi tidak mempunyai kuasa pemaksaan ( coercive force ) .

Pakar undang-undang Pentadbiran, Prof M.P Jain secara jelas menyatakan

“ A declaration merely declares what the legal rights of the concerned parties are. A declaratory order has no coercive force as such nor does it quash any decision which may have been taken by an administrative authority.”

( Terjemahan : Perintah deklarasi hanya sekadar satu perisytiharan hak pihak-pihak yang terbabit dari segi perundangan. Perintah deklarasi tidak mempunyai kuasa pemaksaaan ( memaksa seseorang mengikut perintah tersebut ) .Perintah tersebut juga tidak memadam,membatalkan atau mengenepikan sebarang keputusan yang dibuat oleh mana pihak kuasa pentadbiran. )

b. Memandangkan Zambry dan enam exconya hanya memperolehi perintah deklarasi , perintah tersebut tidak meletakkan sebarang tanggungjawab ( impose an obligation ) ke atas Sivakumar untuk mematuhinya kerana dari segi rekod di dalam DUN di Perak, perintah penggantungan tersebut masih wujud selagi tidak dipadam oleh Mahkamah ( not quashed by the court ).

Untuk memudahkan faham saya bagi contoh berikut :-

Kita ambil satu kes misalnya seorang menyaman Jabatan Pendaftaran Negara (JPN ) kerana mengekalkan nama di dalam kad pengenalannya sebagai Ali bin Abu sedangkan beliau mendakwa telah menukar agama dan memohon namanya ditukar kepada John Abraham.

Katakan beliau meminta satu perintah deklarasi bahawa tindakan atau keputusan JPN yang tidak menukar namanya kepada John Abraham adalah tidak sah .

Katakan Mahkamah bersetuju dengan beliau dan mengisytiharkan bahawa keputusan atau tindakan JPN adalah tidak sah dan Mahkamah juga mengisytiharkan nama beliau adalah John Abraham . Maka persoalan yang timbul adalah adakah JPN wajib menukar namanya kepada John Abraham selepas beliau mendapat perintah perisytiharan tersebut ?

Dari segi undang-undang, JPN tidak wajib menukar namanya kepada John Abraham kerana Mahkamah hanya mengisytiharkan tindakan JPN adalah tidak sah tanpa memerintahkan nama Ali bin Abu dipadam dan ditukar kepada John Abraham.

JPN hanya wajib menukar nama Ali bin Abu kepada John Abraham jika pemohon mendapat perintah certiorari iaitu perintah mengenepikan/memadam ( quash ) keputusan JPN tersebut dan selanjiutnya perintah mandamus iaitu perintah mengarahkan JPN menukar nama beliau dari Ali bin Abu kepada John Abraham.

Selagi tidak ada perintah certiorari dan perintah mandamus tersebut maka nama beliau akan kekal di dalam kad pengenalan sebagai Ali bin Abu meskipun Mahkamah mengisytiharkan namanya John Abraham.

c. Dalam konteks kes Zambry lwn Sivakumar apa yang sepatutnya peguam Umno buat adalah selain mendapatkan perintah perisytiharan ( deklarasi ) bahawa penggantungannya tidak sah, Zambry juga sepatutnya memohon Mahkamah mendapatkan perintah-perintah berikut iaitu perintah certiorari iaitu perintah mengenepikan atau memadam keputusan Sivakumar yang menggantung beliau dan enam exconya dan juga perintah mandamus iaitu perintah meminta Sivakumar menbenarkan beliau dan enam exconya hadir ke dalam sidang DUN Perak.

d. Tanpa perintah certiorari dan mandamus tersebut maka perintah perisytiharan yang Zambry dan enam exconya perolehi dari Mahkamah satu perintah yang tidak membawa apa-apa kesan ke atas Sivakumar. Berhadapan dengan perintah seperti itu Sivakumar dengan tenang akan menjawab begini “ So what !”


Mungkin pembaca ingin bertanya mengapa Zambry dan enam exconya tidak memohon perintah certiorari dan mandamus sebaliknya hanya memohon perintah perisytiharan sahaja.

Ada dua sebab mengapa mereka tidak berbuat demikian .

Sebab Pertama adalah peguam Zambry sendiri secara jelas mengakui semasa penghujahan di Mahkamah Persekutuan bahawa Zambry tidak boleh memohon perintah certiorari dan mandamus kerana kedua-dua perintah tersebut tidak boleh dipohon di dalam kes ini disebabkan doktrin pengasingan kuasa ( separation of powers ).

Dengan lain perkataan peguam Zambry mengakui bahawa berdasarkan doktrin pengasingan kuasa , Mahkamah tidak boleh memerintah Sivakumar sebagai speaker untuk sama ada memadamkan keputusannya atau membenarkan Zambry masuk dan hadir di dalam persidangan DUN Perak.

Hatta jika kita lihat kepada 10 perintah yang Zambry pohon kesemunya adalah perintah berbentuk perisytiharan sahaja. Malahan Mahkamah juga tidak membenarkan perintah perisytiharan supaya beliau dan enam exconya untuk masuk , menghadiri dan mengambil bahagian di dalam sidang DUN Perak

Sebab kedua adalah Zambry dan enam exconya telah tersalah memilih prosedur Mahkamah. Jika beliau ingin memohon perintah certiorari dan mandamus , beliau perlu membuat permohonan semakan kehakiman di bawah Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 dan bukannya melalui Saman Pemula seperti yang mereka buat. Memandangkan mereka telah tersalah prosedur maka mereka dengan berat hati terpaksa hanya berpuashati dengan perintah perisytiharan yang tidak membawa apa-apa makna .

Atas dasar itu juga peguam Sivakumar juga telah berhujah bahawa perintah perisytiharan yang Zambry pohon sebenarnya tidak membawa apa-apa faedah dan meminta Mahkamah tidak melayan perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry tersebut.

Hujah peguam Sivakumar adalah berasaskan apa yang dinyatakan di dalam kes Fan Yew Teng v Government of Malaysia di mana Mahkamah telah menerima pakai apa yang dinyatakan oleh Erskine May di dalam buku Parlimentary Procedure ( 17th Edition ) di mana penulis telah menyatakan

“ The decisions of the court are not accepted as binding the house in matters of privilege, nor the decision of the House by the courts.

( Terjemahan : keputusan Mahakamh tidak diterima sebagai mengikat Parlimen atau DUN di dalam perkara menyentuh keistimewaan , begitu juga keputusan Parlimen atau DUN tidak mengikat Mahkamah.” ).

Mengapa , mungkin saudara bertanya, Mahkamah benarkan juga perintah yang tidak berfaedah tersebut ? Jawapan mudah saya ia adalah perintah untuk mengambil hati Umno. Perumpamaan yang mudah , ia adalah ibarat hadiah saguhati kerana menyertai pertandingan.

Jenis Umno ni , kita bagi mereka wang 1 sen pun mereka melonjak gembira sedangkan 1 sen boleh beli apa ?

Seperkara lagi yang saya perlu kongsi di sini adalah mengenai sidang DUN di bawah pokok yang diadakan pada 3 hb Mac 2009. Isu keesahan ( validity ) persidangan di bawah pokok tersebut juga merupakan salah satu isu yang dirujuk oleh Zambry semasa beliau merujuk kes beliau ke Mahkamah Persekutuan di bawah Perkara 63 Perlembagaan Negeri Perak.

Isu yang dirujuk adalah sama ada sidang bawah pokok pada 3 Mac 2009 adalah sah apabila ianya dibuat tanpa perkenan Y.M Tuanku Sultan Perak.

Selepas mendengar hujah peguam Zambry dan peguam Sivakumar ,Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk tidak membuat apa-apa keputusan terhadap isu keesahan sidang DUN di bawah pokok pada 3 Mac 2009 tersebut. Secara tersirat kita boleh menyimpulkan bahawa Mahkamah bersetuju bahawa sidang DUN di bawah pokok adalah sah.

Memandangkan tiada perintah Mahkamah yang membatalkan keputusan sidang bawah pokok , Umno terpaksa menerima hakikat berikut :-

a. Persidangan DUN di bawah pokok telah mengesahkan ( endorsed ) keputusan Sivakumar yang menggantung Zambry dan enam exconya selama 18 bulan dan 12 bulan..

b. Dengan pengesahan tersebut maka keputusan penggantungan tersebut adalah sah dan masih mengikat Zambry dan enam exconya yang lain.

c. Di dalam samannya Zambry mengatakan keputusan Sivakumar adalah tidak sah kerana keputusannya tidak disahkan oleh DUN Perak. Memandangkan sidang DUN Perak pada 3 Mac 2009 telah mengesahkan keputusan Sivakumar yang dibuat pada 18 Fenruari 2009 dan memandangkan Mahkamah Persekutuan tidak membuat apa –apa keputusan yang mengisytiharkan sidang bawah pokok adalah tidak sah maka keputusan DUN Perak di bawah pokok adalah sah dan mengikat Zambry serta enam exconya.

d. Apa yang Mahkamah putuskan hanya melibatkan keputusan Sivakumar pada 18 hb Februari dan bukannya keputusan DUN Perak pada 3 hb Mac 2009.

Kesimpulannya Umno hanya dapat perintah Mahkamah yang tidak membawa apa-apa faedah.

Wednesday, April 15, 2009

UMNO TERENGGANU Pengkhianat Rakyat





Ni nak tanye ni, mu orang-orang UMNO Terengganu ni, bakpe mu baloh sokmo same sendiri? Di berinya kuasa, mu bahang pitih masuk poket mu sendiri, tok kisoh mane2 bahagiang pong. Mu pegang duit royalti minyok, tapi mu dok membangungkan tranung. Mu gi wak monsoong Kap pulok doh, rakyat hok laing jd misking smpai bile2. PAS pegang 4 tahun lagi molek dari puok2 mu perintoh puluh2 tahun.

Ada duit untuk rakyat, mu g wak taman tamadun islam hok dok beri pekdoh pon pada rakyat sendiri. wak masjik utk pelancong. Habis ratus2 jute kat projek kawang2 mu je, konong nok mebangungkan teranung, pastu baloh sama sendiri puok2 mu. Padanglah dgn puok2 mu, pahtu

mu amik nama aku register jadi ahli parti mu. Last2 status aku ni jadi ahli Hantu je. UMNO Terengganu adalah UMNO yang paling tak bela rakyat sendiri dlm bnyk2 umno kat Malaysia ni. Kita berckap berdasarkan sumber pendapatan kerajaan negeri dengan nisbah rakyat melayu terengganu yang misking tu ghama (ramai). Natang ape gini, mane gi pitih2 hok mu dapak berpuluh2 tahun hasil dari royalti minyok tuh? Bakpe mu kayakan dirimu dgn puok2 mu je? bakpe mu biar rakyat2 bawah2 ni miskin serupe tule je?

Dah la UMNO Terengganu, mu menang pong sbb pengundi hantu dengan Undi POS, kalu dok reti perintoh, ni bagi je ke Pakatang Rakyak, baru senang hidup rakyak!

Ahli Hantu UMNO Chabang Tiga
(Bile mu orang nak pecak aku ni?)

MINI KARNIVAL WANITA BERSAMA RAKYAT





MINI KARNIVAL WANITA BERSAMA RAKYAT
Tarikh : 18 April 2009 (Sabtu)
Tempat : 419, Persiaran Idaman Villa, Bandar Baru Sendayan, Seremban.
Masa : 3 ptg – 12 mlm

Semua Dijemput Hadir

TENTATIF PROGRAM1
3 ptg – 7 mlm :

DIALOG SANTAI BERSAMA
YB Zuraidah Kamarudin (Ketua Wanita Keadilan Pusat / Ahli Parlimen Ampang)
YB Haniza Talha (Timbalan Speaker Wanita Selangor)
YB Siti Mariah Mahmud (Ahli Parlimen Kota Raja)
che'GuBard (MPT Keadilan / Ketua Bahagian Rembau)
YBhg Aisah Lamsah (Ketua Wanita Keadilan N.S)
(Ketua Dewan Muslimat PAS NS)

- PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA
- PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK
- Kaunter keahlian Keadilan, PAS, DAP
- ahli keADILan boleh dapatkan Kad Keahlian mereka
- Kaunter pendaftaran pengundi baru SPR
- Demonstrasi teh tarik oleh bekas juara teh tarik F&N 2004
- Penyampaian Sumbangan kepada anak-anak yatim / miskin
- JAMUAN PETANG


TENTATIF PROGRAM 2
WAKTU : Jam 9.00 Malam

CERAMAH PERDANA ISU SENDAYAN & PELANCARAN VCD SENDAYAN
Masa : 9 mlm
Penceramah :
YB Zuraidah Kamarudin (Ahli Parlimen Ampang / Ketua Wanita Keadilan Pusat)
YB Taufek Abd. Ghani (ADUN Paroi)
YB Chaa Kee Chin (ADUN Kepayang / DAP)
YB Aminuddin Harun (ADUN Sikamat / Keadilan)
che'GuBard (MPT Keadilan/ Ketua Bahagian Keadilan Rembau)

- PENYAMPAIAN HADIAH
- PRA PELANCARAN SRI KANDI KEADILAN

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi talian 012 3696474 Norazizi
Kepada yang ingin sama menderma untuk sumbangan anak yatim dan fakir miskin boleh hubungi Pengarah Program Pn. Mas Ayu 0173795204

Anjuran :
Wanita Keadilan Bahagian Rembau dengan Kerjasama Keadilan Bahagian Rembau
serta Wanita Keadilan Negeri Sembilan dengan sokongan PAS Rembau.

Friday, April 10, 2009

Mahasiswa Jurubicara Masyarakat

Mempunyai pengetahuan am dalam hal ehwal semasa dan perkembangan politik negara sepatutnya adalah menjadi perkara yang wajib ada pada mahasiswa dinamik, kerana mahasiswa ini adalah jurubicara masyarakat. Tetapi masalah mahasiswa sekarang ini adalah, mereka takut untuk bersuara atau melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti yang melibatkan politik khususnya yang melibatkan parti-parti bukan kerajaan. Ini adalah disebabkan adanya AUKU atau akta-akta lain yang menyekat kebebasan mahasiswa ini.



Memetik kata-kata Tun Dr. Mahathir;

“I am disappointed. When I talk to young people in the university, they are not interested. They are not interested in what is happening. They are interested in AUKU, akta Universiti dan Kolej Universiti. Kononnya kerana akta itulah maka mereka tidak boleh bergerak. Itu semua bohong, Zaman british dulu saya jugak tak dibenar terlibat dengan politik walaupun dalam universiti ataupun sebagai pegawai kerajaan. Tapi ada cara, kita boleh get around such regulations and rules, if you want, if you love your country. You’ll take the risk. But this one, tiada pun minimal risk, just to say outloud pun tak berani. Kalau nak bercakap, bisik. I’m so sorry to say this, because I’m disappointed in my own race. Selama ini saya cuba nak tukar pemikiran orang melayu, I failed.”



-Tun Dr. Mahathir



Tetapi semua ini akan berubah, apabila banyak pihak, samada ahli akademik, pemimpin politik, pemimpin mahasiswa dan individu tertentu mencadangkan supaya AUKU dipinda kearah yang lebih positif untuk kebaikan mahasiswa pada masa akan datang. Sebagai mahasiswa, saya melihat hujah dan pandangan yang dikemukakan oleh banyak pihak berkenaan kesan positif pindaan ini wajar dijadikan asas yang kukuh kearah melahirkan modal insan yang berkualiti. Walaupun mahasiswa itu tidak dibenarkan untuk memegang apa-apa jawatan dalam parti politik, namun sekurang-kurangnya dapat menjadi ahli biasa sudah memadai sebagai langkah pertama mendekatkan mahasiswa dengan hal ehwal semasa dan perkembangan politk negara.



Mahasiswa ini adalah Jurubicara Masyarakat. Sepatutnya, bukannya mahasiswa ini hanya tahu belajar, tamat belajar dan selepas itu cari kerja sahaja. Sebagai orang yang berpelajaran tinggi, golongan inilah yang sepatutnya bebas menyuarakan pendapat mereka dari segi akademik atau ekonomi. Ini pemuda-pemudi yang mempunyai cita-cita murni dan idealisme, solid untuk memperjuangkan nasib agama dan bangsa. Bukannya pemuda-pemudi ini membutakan mata dan memekakkan telinga dengan isu-isu semasa. Mahasiswa apa ini?



Lihat contoh terdekat di negara jiran, Indonesia. Gerakan pelajar mereka sungguh kuat dalam memainkan peranan penting dalam menjadi ‘check and balance ‘ kepada pemerintahan kerajaan Indonesia. ‘Gerakan Pelajar’ inilah yang telah memberikan transformasi dan reformasi dalam sistem kerajaan Indonesia kepada sistem yang lebih berdemokrasi dan pro rakyat.



Jika mahasiswa ini mempunyai perasaan takut untuk menjadi lebih dinamik, maka akhirnya tidak ke manalah apabila;



Mahasiswa takut kepada Pensyarah

Pensyarah takut kepada Dekan

Dekan Takut kepada Rektor

Rektor takut kepada Menteri

Menteri takut pada Presiden

Presiden takut kepada Mahasiswa




Jikalau anda perhatikan pada kenyataan terakhir itu, inilah yang saya maksudkan dengan ‘Student Power’.

Tetapi apabila budaya takut ini menular, semuanya jadi tidak dinamiklah akhirnya. Negara tidak maju ke hadapan dan idea tidak berkembang. Saya tidak mengatakan Mahasiswa itu perlu extreme dalam soal-soal hal ehwal semasa ini, tetapi sekurang-kurangnya ada pengatahuan, dan menyumbangkan idea bagi mengurangkan masalah-masalah negara, seperti yang saya sebut tadi, Mahasiswa adalah jurubicara masyarakat.



Mahasiswa adalah generasi muda yang matang, berfikiran terbuka dan sedia menerima pandangan sama ada daripada parti pembangkang mahupun parti pemerintah. Senario ini menjadikan mahasiswa lebih rasional dalam membuat keputusan. Kematangan ini sebagai persediaan mereka menjadi lebih dinamik serta mempunyai keyakinan terus bersaing pada peringkat global



Baru-baru ini kita ada mendengar sudah ada kumpulan yang ingin mendaftarkan ‘Parti Mahasiswa Negara’ ke Pendaftar Pertubuhan. Isu ini sepatutnya didebatkan oleh golongan cendekiawan atau professional samada sudah layakkah mereka-mereka ini untuk melibatkan diri dengan politik sepenuh masa, kerana mereka itu adalah Mahasiswa. Ini saya tidak bersetuju, kerana Mahasiswa tidak boleh menumpukan sepenuh masa untuk menjadi ahli politik, bagaimana pula dengan Kelas yang perlu dihadiri dan bagaiman pula ingin menjadi Wakil Rakyat dalam masa yang sama?



Di sini lah perbezaan diantara wakil rakyat dan Jurubicara Masyarakat itu perlu difahami oleh golongan-golongan Mahasiswa ini.





Mullahkane
Bekas Mahasiswa Universiti Bumiputera

Wednesday, April 8, 2009

Mengapa Ini Terjadi, Wahai PerKeMBer?

1. Perdana Menteri Flip-Flop dah letak jawatan pun, kalah 1-2 jugak.
2. Master of Puppet masuk balik parti dan turun kempen pun, kalah 1-2 jugak.
3. Tabur duit kepada pengundi-pengundi pun, kalah 1-2 jugak.
4. Buat Projek Kilat Mee Segera pun, kalah 1-2 jugak.
5. Memperkudakan S.P.R pun, kalah 1-2 jugak.
6. Tayang video Pak Sheikh hentam PAS dan DAP 14 tahun lepas pun (Yang ni cara paling desperate dan tak releven, malah memperbodohkan diri mereka sendiri) kalah 1-2 jugak.
7. Buat Transformasi dan peralihan kuasa pun, kalah 1-2 jugak.

Sejak dari P.R.U Mac 2008, dah kalah 4 dari 5 P.R.K selepas itu. Padahal P.R.K lah cara paling senang nak rampas kerusi, kerana Media Perdana, Agensi Kerajaan diperkudakan sepenuhnya bagi membantu kempen mereka, hingga kempen menjadi berat sebelah, menjadi PARTI VS KERAJAAN dan bukan PARTI VS PARTI.

Inilah akibatnya menukarkan arah perjuangan parti dari Parti Politik kepada Parti Korporat. Membela Nasib Orang Melayu telah menjadi slogan yang usang. Yang di atas mengejar jawatan dalam parti hingga timbul pepecahan dalaman, mengaut projek dan kontrak bernilai juta-juta untuk kepentingan perut sendiri dan kroni. Yang dibawah kejar 2, 3 ratus time pilihanraya atau pemilihan parti. Agenda Melayu menjadi minoriti di dalam arah hala tuju perjuangan parti. Menindas rakyat sendiri apabila merobohkan kampung-kampung peneroka melayu yang sudah diwujudkan puluhan tahun untuk memberi jalan kepada projek tokey-tokey besar.

Utusan Meloya dan TV123 tak henti-henti menjadi kuda tunggangan memperbodohkan pemikiran rakyat dengan agenda-agenda sempit dan berits putar alam. Tiada lagi kebebasan media apabila berterusan menjadi alat propaganda satu pihak sahaja.

Hanya mereka yang mempunyai mentaliti ahli-ahli bawahan ini sahaja yang akan melenting dan marah apabila artikel ini dikeluarkan, sambil memaki hamun penulis artikel ini sambil terpaksa mengakui hakikat kebenaran penulisan ini yang nyata. Hanya mereka yang dapat berfikir dengan waras akan dapat menerima kenyataan ini. Ini bukan cerita dongeng, ini bukan cerita palsu, tetapi suatu hari nanti kenyataan ini akan menjadi hikayat rakyat yang akan diingati selama ratusan tahun. Seperti Hikayat Hang Tuah membela melayu, penuh dengan pelbagai kontroversi baik dari segi Sultannya, derhakanya, kesetiaannya, sahabat-sahabatnya, samalah dengan situasi sekarang ini.


mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik...”


MULLAHKANE

Tuesday, April 7, 2009

Rayuan Undilah PAS Bagi Kerajaan PR (DS Nizar)




Asalamu'alaikum dan salam sejahtera

Setelah selamat hari penamaan calun , maka petugas telah membantu untuk saya menjelajah keseluruh pelusuk dan kawasan parlimen P059 Bukit Gantang.

Saya dapat melihat sendiri keadaan serta suasana kehidupan rakyat. Walaupun terpaksa berhadapan berbagai rintangan dan tohmahan serta tekanan, namun semuanya dapat dihadapi dengan tenang dan penuh kesabaran.

Selaku calun, saya mahu mengambil kesempatan melalui blog ini bagi memohon keampunan dan kemaafan dari seluruh pengundi, warga bkt gantang, petugas parti termasuk sahabat dan kenalan serta petugas dari umno-bn yang datang dari seluruh pelusuk tanah air, jika sekiranya ada dan wujud disepanjang kempen dan kehadiran saya dimana -mana majlis ceramah, kematian, tahlil, perkahwinan dan apa jua, saya menyentuh perasaan atau mengguris hati , maka saya merayu dan memohon untuk dimaafkan serta diampunkan kesemua kesilapan dan kesalahan saya. Jauh dilubuk hati saya tidak berniat negatif dan jahat, namun di sebaliknya hanya sekadar mengenengahkan haq dan kebenaran dan mengembalikan kestabilan politik di Perak dan Malaysia.

Kepada pimpinan Pakatan Rakyat peringkat negeri dan pusat terima kasih atas kepercayaan mencalunkan saya bagi mewakili Pakatan Rakyat dari PAS.

Kepada semua pengundi di Bkt Gantang, Bkt Selambau dan Btg Ai, selamat mengundi dan undilah Pakatan Rakyat. UNDILAH PAS UNTUK SEMUA. VOTE FOR PAS.

Kepada semua petugas parti PAS, DAP dan PKR, terima kasih tidak terhingga. Kepada Bloggers dan media, NGO tempatan dan luar negara, anggota keselamatan Pois dan perisik, terima kasih banyak-banyak! kepada semua penyumbang derma dan tenaga serta masa, selamat berjuang.

Kepada warga Bukit Gantang , selamat mengundi PAS. Hidup Rakyat dan Wasalam.

Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin

Sunday, April 5, 2009

UNDILAH CALON PAKATAN RAKYAT














MAHKAMAH BUKTIKAN SECARA JELAS NIZAR TIDAK DERHAKA
OLEH : BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI PERAK

Sejak krisis Perak dicetuskan oleh Umno, parti tersebut tidak henti-henti menuduh Y.B Dato’ Seri Nizar Jamaluddin sebagai penderhaka. Tuduhan derhaka tersebut dibuat hanya di atas andaian jahat semata-mata. Umno mengandaikan Y.B Dato’ Seri Nizar derhaka kerana enggan mematuhi keputusan Y.M Tuanku Sultan Perak.

Meskipun Umno sedar tuduhan derhaka tersebut tidak mempunyai asas sama sekali namun di atas prinsip “matlamat menghalalkan cara” yang menjadi teras atau rukun politik Umno, gendang derhaka tersebut terus menerus dipalu oleh Umno bagi mendapat undi rakyat dengan cara yang tidak bermaruah. Sejak dari awal Dato Seri Nizar dan Pakatan Rakyat ( PR ) tidak pernah berniat jauh sekali menderhaka kepada Y.M Tuanku Sultan. PR dan Dato’Seri Nizar menerima dengan terbuka konsep Raja berperlembagaan

PR boleh dan telah pun mengemukakan bukti-bukti sahih dan kuat yang secara jelas menunjukkan Umno adalah sebenarnya penderhaka kepada Sutan. Bukti-bukti yang PR kemukakan adalah bukti-bukti yang boleh diperolehi secara mudah dari rekod-rekod awam ( public record ) dan rekod rasmi. Apa yang berlaku sebenarnya adalah penderhaka Umno menuduh Dato’ Seri Nizar yang tidak derhaka sebagai penderhaka.

Dato’ Seri Nizar telah memfailkan saman ( semakan kehakiman ) ke atas Dato Dr Zambry di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mendapatkan antara lain perintah bahawa Dato Seri Nizar diisytiharkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Memandangkan beliau masih sebagai Menteri Besar Perak yang sah maka Dato Zambri tidak berhak memegang jawatan tersebut.

Semasa pendengaran saman tersebut pada 2/4/2009 ( khamis) yang lalu, pihak Peguam Negara telah bermatian-matian membantah saman Dato’ Seri Nizar tersebut di atas alasan Dato Seri Nizar sebenarnya mencabar keputusan Y.M Tuanku Sultan Perak dan keputusan Sultan, menurut Peguam Negara , tidak boleh dipertikaikan atau disemak oleh Mahkamah.

Pasukan Peguam Nizar berhujah bahawa Dato Seri Nizar tidak pernah berniat jauh sekali mencabar keputusan Y.M Sultan Perak . Peguam Dato’ Seri Nizar juga bersetuju bahawa kuasa Sultan tidak boleh dicabar di Mahkamah. Namun bagi mereka yang mahir dalam undang-undang pentadbiran ( administrative law ) , mereka tentu arif bahawa undang-undang membenarkan Mahkamah bertanyakan kepada mana-mana penjawat awam seperti Dato Zambry atas kuasa apakah beliau layak memegang jawatan tersebut di bawah Undang-Undang Tubuh Negeri Perak di dalam keadaan Nizar mendakwa beliau masih lagi Menteri Besar yang sah.

Pada 3/4/2009 ( Jumaat ) iaitu pada jam 3.50 petang ,Y.A Hakim Dato Abdul Aziz Abdul Rahim menolak bantahan Peguam Negara dan memutuskan permohonan Dato Seri Nizar bukan permohonan yang remeh ( not frivolous ) sebaliknya permohonan tersebut mempunyai merit dan asas yang kuat. Mahkamah menolak hujah Peguam Negara bahawa Dato Seri Nizar mencabar keputusan Sultan kerana berdasarkan saman yang Dato’ Seri Nizar failkan di Mahkamah adalah jelas Dato Seri Nizar tidak menyaman Sultan atau mempertikaikan keputusan Sultan.

Keputusan Mahkamah tersebut secara jelas dan terang menunjukkan bahawa sejak dari awal Nizar tidak pernah mempertikaikan keputusan Sultan . Keputusan tersebut sekaligus menyangkal dakwaan tidak berasas Umno bahawa Nizar adalah pernderhaka.
Keputusan Mahkamah membuktikan secara jelas bahawa isu derhaka yang Umno mainkan selama ini adalah satu politik jahat , politik murahan dan politik putar belit Umno Beginilah politik Umno dulu, kini dan tak tahu sampai bila.

Siapa Pejuang Melayu Sebenar?

Ada sesetengah orang mungkin akan menganggap saya ini radikal dengan taksub kepada pembangkang semata-mata.. Tetapi, ingin saya nyatakan, perjuangan bangsa melayu bukan hak mutlak UMNO sahaja. Juga Perjuangan Islam ini bukan Hak Mutlak PAS sahaja. Termasuklah Perjuangan Keadilan sejagat juga bukan hak mutlak PKR. PAS juga perjuangkan Melayu, malah menjaga melayu untuk dunia sampai akhirat. Kita sering terkeliru dengan perjuangan menyokong parti atau menyokong pemimpin parti. Itu yang jadi undi protes tu, sayangkan parti, tapi tak sokong pemimpin parti. Bila nak sokong PKR, orang2 UMNO menganggap Anwar itu nak jual melayu lah, dan lain-lain. Bila nak sokong UMNO pulak, keluar cerita rasuahlah, mongolia lah, dan macam2 hal.

Sokong Parti atau sokong pemimpin yang membawa parti tersebut?

Bila sokongan parti lebih besar dari sokongan kepada agenda perjuangan asal,

Masa pilihanraya terpaksa undi jugak calon parti walaupun kita sendiri dah tau yang calon tersebut tak elok, kotor dan lain-lain. Maka hasilnya, calon yang tidak elok tadi pun menanglah hasil dari sokongan undi kita, resultnya, parti mempunyai pemimpin-pemimpin yang tidak elok dan menguasai parti ini. Boleh merosakkan bangsa sendiri kalau pemimpin yidak elok yang kita pilih tadi itu banyak agenda sendiri melebihi agenda rakyat, semasa menjadi pemimpin. Bab kata Dr. M, kalau letak tunggul kayu sekali pun jadi calon, orang umno akan sokong jugak kerana tunggul tadi itu adalah Cap UMNO. Walaupun calon lawan itu mempunyai peribadi dan karisma yang amat tinggi. Contohnya semasa PRK Ijok 2007. Orang UMNO terpaksa menyokong Calon Hindu untuk menjadi pemimpin masyarakat mereka di IJOK. Calon satu lagi yang lebih berkaliber, tokoh korporat besar dan Melayu, di tolak oleh orang2 UMNO ini.

Kalau dah tau sesetengah pemimpin itu korup, kotor dan lari dari agenda perjuangan rakyat tidak kira lah PAS ke, PKR ke UMNO ke, kita kena lah tolak. Termasuklah calon-calon yang tunduk kepada pemimpin-pemimpin mereka yang rasuah dan kaki kebas harta rakyat. Ini namanya pembersihan dalaman, (reformasi = Islah Mastata'tum = Menuntut Perubahan Ke Arah Kebaikan)

Saya secara peribadi, tidak mempunyai apa-apa masalah dengan UMNO. Kerana saya dilahirkan dalam keluarga Hardcore UMNO. Yang saya tentang adalah pemimpin2 dalam parti itu yang sepatutnya dijatuhkan oleh rakyat kerana masalah korupsinya, masalah bolot kekayaan negara utk diri sendiri, kroni dan keluarga. Lagi-lagi UMNO yang ada sekarang adalah UMNO baru ciptaan Dr. M, sebuah parti yang 100% tiada kaitan dengan UMNO sebenar yang ditubuhkan sebelum merdeka itu. Semasa UMNO diharamkan pada tahun 1988, ada pihak yang cuba menghidupkan kembali UMNO dengan memberi nama "UMNO MALAYSIA", diketuai oleh kumpulan-kumpulan Tunku Abdul Rahman. Beliau bersama tokoh-tokoh umno yang lain telah cuba mendaftar pertubuhan UMNO MALAYSIA ini di Pendaftar Pertubuhan. Melihat kepada keadaan ini, Dr. M dan konco-konconya cepat-cepat menghantar borang pertubuhan baru iaitu 'UMNO BARU'. Logo UMNO yang ada sekarang ini adalah logo UMNO Baru. Walaubagaimanapun, secara ajaibnya, permohonan pertama Penubuhan UMNO MALAYSIA tadi telah ditolak oleh R.O.S, dan secara ajaib lagi UMNO BARU diterima sebagai Parti Politik baru yang sah. Maka lahirlah UMNO BARU dimana cita-cita perjuangannya lebih kepada mengaut kekayaan dan projek, beransur-ansur menjadi parti korporat dan bukan parti perjuangan rakyat lagi. Itu yang menyebabkan UMNO BARU sekarang ini dilanda dengan pelbagai masalah korupsi, berebut kontrak, projek, tanah dan saham atas nama bumiputera kerana mereka yang mengawal semua-semua ini. Bumiputera lain yang bukan UMNO tidak ada peluang atau punyai peluang yang tipis sahaja untuk merebut peluang dasar istimewa bumiputera ini.

PArti perjuangan adalah parti yang membela Rakyat secara tutp mata dan bukan terpilih. Kenyataan ini bukan di tujukan pada UMNO sahaja, malah kepada PAS dan PKR sekali pun.

Pemimpin PKR Korup, kita tolak.. Pemimpin PAS korup, kita tolak. Pemimpin PR curi tanah kerajaan atau kontrak, kita tolak dan heret mereka ke bawah. Bukannya kita membuta tuli menyokong mereka2 ini dan bantu mengangkat pencuri2 ini, tidak terkecuali PAS, PKR dan UMNO.

Kawan-kawanku, janganlah ambil hati, take it personal apabila kita kadang2 berbicara soal politik perjuangan melayu ini. Seperti yang saya katakan, perjuangan Melayu itu bukan Hak Mutlak UMNO, Perjuangan Islam itu bukan hak mutlak PAS, perjuangan Keadilan Sejagat itu bukan Hak Mutlak PKR.

Saya pun sayang melayu, saya pun mempunyai agenda2 UMNO didalam diri saya dari segi perjuangan Melayu. Cuma, saya lagi suka jika UMNO kembali kepada perjuangan asal, bukan mcm sekarang ini terpalit dengan Pelbagai isu korupsi, parti projek dll.. Saya Sokong UMNO jika UMNO membela orang2 melayu sambil tutup mata (bukan secara terpilih atau punyai target segmentation dimana hanya segelintir orang2 melayu yang ditolong dan diangkat..

Matlamat:
Islam, Melayu dan Rakyat nombor satu.
Projek, saham, kontrak tu biar yang kedua lah, itu pun jangan la bolot diri sendiri atau kroni-kroni, pembangkang pon melayu dan bumiputera.

Pemuda UMNO,
Jika ada pemimpin2 UMNO lain yang nak robohkan kg. Peneroka melayu semata-mata untuk memberi jalan kepada projek kawan-kawan depa, saya mintak pemuda-pemuda UMNO ini turunlah jadi perisai manusia, lawan balik orang-orang yang nak robohkan kampung-kampung melayu itu. Bukan cium keris depan tv sambil blakang tv itu memperkayakan diri sendiri dengan memperalatkan DEB utk perut dia sendiri. Pemuda ini mempunyai cita-cita murni, idealisma, bangkit mempertahankan isu2 melayu dan bukan mempertahankan pemimpin2 yang korup. Pemuda UMNO, bersama-sama bangkit menuntut PPSMI di kembalikan ke Bahasa Melayu, kerana sebagai pejuang Melayu, anda semua mesti mempertahankan mati-matian bahasa ibunda kita ini.


Pergi belajar dengan PEMUDA PAS, macam mana hendak berjuang isu2 ketuanan melayu yang sebenar ini. Selama ini Pemuda PAS yang banyak turun pdng mempertahankan melayu bawah-bawah ini, UMNO pula syik membela tokey-tokey besar sahaja.

Pilihanraya Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai, sokonglh calon yang akan membawa perubahan, bukan calon yang mengampu.

mullahkane

Friday, March 27, 2009

Analisis Fenomena Tidak Keluar Mengundi Penyumbang kepada Tsunami Politik




Fenomena tidak keluar mengundi telah menjadi perkara yang merunsingkan baik dari pihak kerajaan atau pihak pembangkang, kerana setiap undi itu adalah penting dalam menentukan kemenangan atau kekalahan sesuatu pihak.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati pengundi di kalangan orang Melayu terutama di kawasan bandar `tidak gemar' untuk keluar mengundi pada pilihan raya umum.
Sebaliknya, lebih 90 peratus masyarakat Cina di kawasan berkenaan keluar melaksanakan tanggungjawab tersebut. fenomena tidak mahu keluar mengundi ini berlaku kerana masyarakat Melayu terutama di bandar berasa begitu selesa.
Malaysia akan menghadapi tiga pilihanraya kecil dalam masa terdekat ini iaitu DUN Bukit Selambau, DUN Batang Ai dan Parlimen Bukit Gantang. Salah satu penyebab dan faktor kekalahan sesuatu parti itu adalah pengundi tidak melaksanakan tanggungjawab mereka.

Menurut teori Sains Sosial, kewujudan kelompok yang “kurang berminat” untuk berkecimpung dengan politik sekitar mereka digelar sebagai kelompok “Paroxial”. Cita-cita perjuangan dan idealisme tidak wujud didalam hati mereka. Kelompok paroxial ini seakan mati daya dan deria mereka untuk mengambil peduli tentang perkembangan politik. Kebiasaannya, kelompok paroxial ini tidak banyak dalam sistemik sesebuah masyarakat. Jumlahnya lebih kurang 5 peratus sahaja. Oleh itu, jumlah 4 juta ini membawa makna besar, iaitu majoriti anak muda Melayu menjadi kelompok paroxial dan tidak berminat dengan politik. Mengapa tiada kesedaran politik? Manakala pengundi-pengundi bukan muda juga mempunyai sebab-sebab tertentu untuk tidak melaksanakan tanggungjawab memilih pemimpin-pemimpin tempatan dan nasional.


Antara faktor-faktor pengundi-pengundi tidak melaksanakan tanggungjawab mereka adalah:

1. Fakta SPR: 4 juta warga muda terutama dari bangsa Melayu masih gagal
dijejaki dan didaftarkan sebagai pengundi. Golongan ini lebih tertumpu pada generasi elit


2. Keghairahan pemuda-pemudi kontemporari sudah diseret ke kancah hiburan
berbanding melibatkan diri dalam alam politik.

3. Kebanyakan pengundi yang telah pindah rumah ke negeri lain belum tukar
alamat pendaftaran SPR dan juga tidak ingin meluangkan masa untuk keluar
mengundi. Mereka tidak tukar alamat pendaftaran kerana sibuk bekerja,
beranggap susah dan leceh, tidak tahu cara tukar alamat pendaftaran atau
acuh tidak acuh tentang politik.

4. SPR mengambil masa agak lama dalam proses pendaftaran pengundi baru. Bakal Pengundi Baru terkandas dengan proses pendaftaran yang memakan masa. SPR juga tidak mengemaskini senarai pengundi berdaftar terutamanya yang telah mati atau bertukar alamat atau pengundi hantu (Di Ijok, 46 orang berada dalam alamat yang sama, malahan alamat tersebut adalah sebuah rumah kedai)

5. Nama tiada dalam senarai walaupun sudah berbulan-bulan mendaftar sebagai
pengundi. Ini kerana senarai daftar pengundi belum diwartakan.

6. Umur tidak cukup ketika waktu pilihanraya.

7. Tiada kesedaran politik, tidak pernah mendaftar sebagai pengundi walaupun
umur sudah tua, beranggapan sesiapa pun yang diundi, hasilnya tetap sama
kepada rakyat dan tiada perubahan.

8. Pengundi di ugut oleh sesetengah pihak agar tidak keluar mengundi atau tidak mengundi calon-calon tertentu atau Pengundi di pengaruhi supaya tidak keluar mengundi oleh sesetengah pihak bagi menjatuhkan pemimpin parti yang sedia ada.


9. Protes- Pengundi melakukan protes terhadap parti mereka dengan tidak keluar
mengundi hingga menyebabkan parti lawan mencapai kemenangan. Pengundi sudah
muak dengan parti mereka sendiri, tetapi tidak pula sanggup untuk mengundi
parti lawan.

10. Protes dalaman terhadap Calon parti yang dipilih, menyebabkan segelintir
penyokong Calon lain yang tidak terpilih itu tidak keluar mengundi walaupun
calon itu adalah dari parti yang sama.

11. Nama telah dicuri dan digunakan oleh orang lain untuk mengundi. Walaupun
nampak kelakar, hakikatnya kes ini berlaku di merata tempat, hasil dari
permainan politik kotor sesebuah parti itu.

12. Nama didaftarkan di tempat lain tanpa notis atau tanpa pengetahuan si
pengundi.

Perkara-perkara inilah yang amat perlu dititik beratkan oleh parti-parti politik inilah punca sebenar Tsunami Politik 2008. Samada BN atau PR, adalah penting untuk menjejaki pengundi-pengundi yang 'hilang' ini sebelum tiba waktu mengundi. Mereka inilah yang menjadi faktor kekalahan atau kemenangan sesuatu parti itu. Mungkin SPR perlu memperkuatkan sistem pengkalan data mereka dengan menambah tenaga kerja yang lebih ramai untuk proses pendaftaran pengundi.


Mullahkane.blogspot.com



-Mullahkane

Saya Ahli UMNO Yang di Daftarkan secara Automatik Oleh Pakcik Saya secara Senyap2.


Hari ini dalam sejarah, 27th March 2009, saya baru tahu rupa2nya saya adalah ahli umno berstatus: Aktif. HAHAHAHAHAHA Mau tau kenapa jadi mcm ni, ini adalah kerana keluarga dan sanak saudara di kampung itu semua adalah ahli Hardcore UMNO Turun Temurun... HAHAHA one of my relative ni dah pakai IC saya ni register senyap2 untuk nama saya sebagai ahli.. Jadi, secara rasminya saya adalah ahli umno.. hahaha aku mau projek kaut sana kaut sini! hahaha GILA, hahaha aku tak boleh terima kenyataan ni! hahaha.. status aktif plak tu hahaha ini semua kerja sedara mara kat kampong la ni

Alang2 dah jadi ahli UMNO ni, di sini saya mempunyai tuntutan2 dan beberapa perkara yang ingin saya suarakan

1. Sebagai ahli Parti UMNO, Saya menuntut supaya SPRM Menyiasat dan Menangkap Jerung2 Besar dlm parti saya ini.

2. Sebagai ahli Parti UMNO, Saya menuntut supaya SPRM Diletakkan 100% di bawah Parlimen dan bukan JPM.

3. Sebagai ahli Parti UMNO, Saya menuntut supaya dibina sebuah stesen Pelabuhan Minyak di Kelantan dan tak perlu minyak2 dari pelantar MInyak di Perairan Kelantan itu dilencong ke Siam atau Kerteh. Kelantan ini kan majoritinya melayu, jadi sebagai ahli parti melayu, saya mendesak UMNO kelantan tak perlu main politik lagi dlm membela nasib orang melayu kelantan.

4. Sebagai ahli Parti UMNO, Saya menuntut supaya dalang sebenar pembunuhan Altantuya di tarik ke Mahkamah

5. Sebagai ahli Parti UMNO, Saya menuntut SPRM membuat siasatan terhadap kes komisyen Sukhoi dan Scorpene dan bukan membakul sampahkan laporan2 yang telah dibuat.

6. Sebagai ahli Parti UMNO, Saya menuntut supaya PPSMI dimansuhkan, kerana saya adalah ahli Parti Melayu, maka saya memperjuangkan Bahasa Melayu.

7. Sebagai ahli Parti UMNO, Saya menuntut peimipin2 parti saya yang membuncitkan perut mereka dengan menyalahgunakan kuasa memanipulasikan Dasar Bumiputera ini dihukum hudud kerana merampas harta rakyat.

8. Sebagai ahli Parti UMNO, Saya menuntut supaya PM Abdullah terus kekal menjadi Perdana Menteri Malaysia, Jika tidak, serahkan jawatan itu kepada Bekas Pemangku Presiden UMNO /Timb. Perdana Menteri 1998.

9. Sebagai ahli Parti UMNO, Saya menuntut agar kampung2 melayu seperti Kg. Berembang, Kg. Rimba Jaya dll tidak lagi dirobohkan kerana ingin memberi laluan kepada projek2 kroni2. PArti Melayu sepatutnya membela orang melayu, bukan merobohkan kampung melayu semata2 nk bg laluan projek kepada kawan2.

10. Sebagai ahli Parti UMNO, Saya menuntut supaya pemimpin2 parti saya yang mencuri kontrak2, saham2, tanah atas nama bumiputera ini diheret ke Mahkamah Rakyat.

11. Sebagai ahli Parti UMNO, Saya menuntut supaya DUN Negeri Perak Dibubarkan dan memberikan kuasa memilih Pemimpin kembali kepada rakyat.

12. Sebagai ahli Parti UMNO, Saya menuntut rakan separti saya, Dr. Zambry, berhenti dari menjadi MB tidak sah.

13. Sebagai ahli Parti UMNO, Saya menuntut supaya pemuda2 umno lain, tidak menjadi pencacai dan pekakas perasuah. Jangan menyokong UMNO Baru ini membuta tuli atas dasar jasa kemerdekaan dan nak tolong orang melayu. Ini bukan parti saya yang sekarang ini, tp itu adalah Parti UMNO Tunku Abdul Rahman.

14. Sebagai ahli Parti UMNO, saya menasihatkan agar muda-mudi tidak terpengaruh dengan dakyah2 wang yang ingin ditaburkan oleh PArti saya ini utk menyokong parti ini.

15. Sebagai ahli Parti UMNO, Saya menuntut agar nama UMNO ini ditukar kembali menjadi 'UMNO BARU' seperti yang didaftarkan semuala pada tahun 1988. Ini kerana UMNO Baru ini tiada kaitan dengan UMNO Original yang memperjuangkan kemerdekaan, UMNO Baru (Parti Saya) ini adalah Parti Korporat yang memperjuangkan Projek dan Kekayaan

(Read my lips. Umno was formed in 1988, not in 1946 like they claim. Okay, there was an earlier Umno registered in 1946, which was deregistered in 1988. But then they tried to register another Umno called Umno Malaysia. The people behind the attempt to register the new Umno were ex-Prime Ministers and Umno leaders such as Tunku Abdul Rahman, Hussein Onn and so on. When those who walk in the corridors of power found out that the veteran leaders of Umno were attempting to register a new Umno called Umno Malaysia, they too submitted an application to register a new Umno, which they called Umno Baru.

The Registrar of Societies was faced with a dilemma. They had received two overlapping applications to register new parties. One was called Umno Malaysia and the other one, the application that came in later, was called Umno Baru. The Registrar could not register two parties with almost the same names, even though one was called Umno Malaysia and the other Umno Baru. There was no problem with them using the ‘Umno’ name as the original Umno registered in 1946 had already been deregistered and therefore the name was ‘free’. So the ‘Umno’ name could be used. But the Registrar could approve only one Umno, not both.

The Registrar then did the correct thing in the spirit of first-pass-the-post or first-come-first-serve. Since the Umno Malaysia application was the first application and the Umno Baru application came later, the Registrar approved Umno Baru and rejected Umno Malaysia.

Hold on! Should it not have been Umno Malaysia that should be approved and Umno Baru that should be rejected, instead of the other way around? Well, never mind, they must have made an honest mistake. What happened was that the later application (Umno Baru) was approved while the earlier one (Umno Malaysia) was rejected on grounds they can’t approve two parties using the same ‘Umno’ name.

Then something very strange happened, other than the Registrar approving the later application and rejecting the earlier one. The ‘Baru’ in the ‘Umno Baru’ name mysteriously disappeared and, today, Umno Baru is known as just Umno.-RPK)


16. Sebagai ahli Parti UMNO, jika tuntutan-tuntuan saya ini gagal di penuhi, saya menuntut agar UMNO DIBUBARKAN TERUS DAN KITA SEMUA KEMBALI KE PERJUANGAN RAKYAT YANG SEBENAR IAITU YANG DIPELOPORI OLEH PAKATAN RAKYAT!

Ahli UMNO No. 0375----
Wan Amierrul Ikhwan
UMNO Cawangan Kg. Tokku

About MULLAHKANE

"I am learning to understand rather than immediately judge or to be judged. I cannot blindly follow the crowd and accept their approach. I will not allow myself to indulge in the usual manipulating game of role creation.

Fortunately for me, my self-knowledge has transcended that and I have come to understand that life is best to be lived and not to be conceptualized. I am happy because I am growing daily and I am honestly not knowing where the limit lies. To be certain, every day there can be a revelation or a new discovery. I treasure the memory of the past misfortunes. It has added more to my bank of fortitude.

I'm not in this world to live up to your expectations and you're not in this world to live up to mine.If I tell you I'm good, you would probably think I'm boasting, If I tell you I'm no good, You know I'm lying. If you don't want to slip up tomorrow, speak the truth today.

I am not teaching you anything. I just help you to explore yourself. Because what works well with me might not work for you, and vice-versa!"

Mullahkane